Laman Utama

28 Oktober, 2010

KOSEC (Pt. 2)

Sent: Wed, 27 October, 2010 20:50:49

Sambungan....
 
Sahabat ku sekelian, sahabat persekolahan ku....
 
Tujuan kita mengadakan Koperasi Lepasan Sekolah Clifford Perak Berhad (dalam penubuhan).
 
Sebagaimana saya utarakan sebelum ini, ada diantara kita yang hidup berpusar dengan pendapatan penggajian yang tetap dan mengikut teori yang ada, kita perlu menjana pendapatan yang pasif. Pasif disini yang tidak memerlukan tenaga kita untuk kita terlalu memantau. Kita tidak perlu menghabiskan masa yang banyak dan kudrat kita untuk menjanakan pendapatan ini.
 
Saya akui memang banyak 'business model' (cara mengendalikan perniagaan) dipasaran, kita boleh melaburkan wang kita didalam ASN, ASB, Saham Amanah (Unit Trust), menyimpan dalam bank atau Tabung Haji dsb atau pun menyertai Multi Level Marketing (MLM). Dalam melaburkan wang dalam unit saham amanah, ianya tidak memerlukan perhatian yang serius dan ianya boleh mengembang dengan sendiri.
 
Tapi sahabat ku, adakah kita sanggup berbuat demikian dan adakah kita mampu menambahkan tabungan/simpanan tersebut setiap bulan..... ada diantara kita mungkin mampu dan telah berbuat demikian. Syabas saya ucapkan.
 
Tujuan Koperasi ini adalah untuk mengembelingkan segala modal dari kita semua. Business Model yang akan diguna pakai adalah untuk memaksimumkan pulangan kepada ahli ahli Koperasi. Ya, mungkin hasil nya tidak dapat kita merasai sebanyak mana yang kita mahu, namun cuba lihat Atok Nenek kita, mereka menanam pohon durian manggis (malah pokok buah buahan) dengan mengetahui mereka tidak mungkin merasa hasil nya, akan tetapi lihatlah bagaimana mereka membelai dan menjaga pohon pohon tersebut untuk dinikmati oleh anak cucu cicit mereka.
 
Begitu lah dengan pelaburan sahabat sekelian, InsyaAllah, hasil nya akan melimpah kepada anak cucu cicit kita sekiranya ianya ditadbirkan dengan baik dan ikhlas.
 
Dalam pemikiran penubuhan Koperasi ini, dimasa akan datang dengan izin dan kurnia Allah, kita akan mengeluarkan bantuan pembelajaran kepada anak anak ahli yang memerlukannya. Tidak akan timbul lagi persoalan tidak mencukupi wang ringgit untuk membiayai pelajaran dan tidak timbul lagi permasalahan anak terpaksa meninggalkan bangku sekolah kerana menampung kehidupan harian keluarga.
 
Di dalam perancangan juga, kita akan memakmurkan bandar Kuala Kangsar - impian saya adalah supaya Koperasi kita ini di kenali sebagai penjana ekonomi Kuala Kangar, baik dari segi pertanian, perniagaan dan pembelajaran.
 
Rangka jangka pendek setelah diluluskan penubuhan Koperasi ini adalah untuk meletakkan asas pengurusan yang kukuh dimana segala transaksi akan terurus dan telus. Rangka jangka pendek juga adalah untuk menceburi perniagaan yang akan membawa pulangan yang cepat tapi halal. Umpamanya menyewa sebidang tanah dan menanam cili, serai, daun pandan dan sebagainya. Menyewa tapak kolam ikan dan membiak ikan. Banyak lagi cara untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan halal. Menyewa rumah kampung secara berkelompok untuk dijadikan home stay atau eko tourism. Banyak yang dapat kita lakukan dengan aset yang ada pada kita semua.
 
Andainya sahabat ku tahu harga cili serai daun pandan ikan haruan ikan keli di Kuala Lumpur, nescaya peluang ini sahabat ku semua akan berebut rebut.
 
Namun sahabat ku, ini semua akan menjadi angan angan sahaja sekiranya anda, sahabat sahabat ku sekelian, tidak menghadirkan diri pada 6hb November 2010 di Bilek Mesyuarat SM Clifford Kuala Kangsar pada jam 2.30 petang.
 
Oleh itu sahabat sahabat ku, datanglah mereliasasikan impian ini. Bersama kita mengorak langkah membina kehidupan baru. Pelaburan masa dan diri sahabat pada hari tersebut akan membuahkan hasil InsyaAllah.
 
Hanya kita mampu mengubahkan nasib kita sendiri....
 
Wallahualam.
 
Bersambung...... Insya Allah


Thanks and Regards
SA Sulaiman


WONDERFUL WORLD!

Sent: Tue, 26 October, 2010 23:39:40

Dear Friends & Salam ALL,

 

The best thing that have ever happened to me the last one year was to reconnect back with all of you after all these years. The wonderful moments spent, the togetherness, the joy and laughter, the meets were like a missing link and puzzle that had brought so much satisfaction and had derived unfulfilled wishes and dreams filled.

 

This friendship had become so relevant that in every each passing day, in between space our moments will not be complete without hearing social vibes and news amongst us while dutifully carry out our professional endeavor that most of us excel and good at in our own right.

 

The time now is just right for us to elevate this friendship of us to the next level. The opportunity comes knocking to our door now to chart our friendship destiny from merely a social network of best and good buddies of yesteryears to something more meaningful from now and beyond.

 

The coming meet on the 6th November 2010 to establish our own KOPERASI is an important milestone to this cause. A few of us had gone through sweat and pains to envision plans for all of us to benefit and reap in the long run once our KOPERASI is formalized. Nevertheless before this is materialized we need your support, participation and most importantly your commitment TO BE PRESENT on that day!

 

There's a proverb that says. "Journey of a thousand mile start with a single step", I'm asking you to take this first step TO BE PRESENT at our ALMA MATER to enable all of us to progress and elevate this friendship of us that had gone stronger each passing day to a more fruitful for all of us to benefit from 6th November 2010 onwards and beyond!

 

SEE YOU ALL IN KUALE COME SATURDAY, 6TH NOVEMBER 2010, 1400 HRS ONWARDS.

 

Hasni CPO


KOSEC (Pt. 1)

Sent: Tue, 26 October, 2010 15:06:26

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa kini kerajaan telah melancarkan ETP (Economic Transformation Program) untuk meningkatkan pendapatan per kapita penduduk Malaysia. Tujuannya mengujudkan a high income nation.

Kita warga Cliffordian berpeluang juga untuk menjalankan Economic Transformation sendiri dengan penubuhan KOSEC.

KOSEC merupakan vehicle (alat) untuk kita meningkatkan tahap ekonomi kita. Ianya bukan perkara yang mudah dan bukannya perkara yang akan berhasil serta merta.

Ianya akan memerlukan pengorbanan masa tenaga dan pemikiran dari kita semua.

Untuk kita merealisasikan KOSEC marilah kita bersama hadir untuk mengujudkan KOSEC pada 6hb Nov 2010 jam 230 petang di Bilek Mesyuarat SM Clifford Kuala Kangsar.

Bagi rakan rakan di Ipoh Kuala Kangsar Taiping dan kawasan berdekatan, datang awal supaya kita dapat mengagak berapa yang kita perlukan dan supaya boleh kita memanggil lepasan sekolah untuk menampong kekosongan.

Nobody can change your future but you.


SA Sulaiman PPA ACIS Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TURN UP IN CLIFFORDIAN COLORS!

Sent: Sun, 24 October, 2010 14:38:23

Dear Friends & SALAM ALL,

 

For the past one year, all of you had proven how great and fantastic you were when we started to rekindle again the friendship that was absence over more than 30 years. Today, I'm suggesting and calling all of you to show your patriotism, to reflect how passionate you are by coming and turning to the school that we had left 30-35 years ago in it's colors come Saturday, 6th November 2010!

 

The CLLIFFORDIAN COLORS that I meant comes in many ways as per follows :-

 

1.       The black color T-Shirt that you'll bought during our 1st Reunion at Chandan Gallery.

2.       The White T-Shirt and Black T-Shirt with the Clifford School Logo some of you all wore during our football match between Team Pusat & Team Utara during MBK at Riverside Resort.

3.       The Yellow & Black color T-Shirt that some of you bought during the MBK at Riverside Resort sold by the school Koop at site.

4.       The lucky ones that won the 20th, 30th, 40th, 50th, 60th, 70th thousand postings in Latif, Pa, Man Sifu, Aiznin, Uzai respectively.

5.       The Short sleeve shirt I noticed wore by Yasin and John Amaluddin which they bought at one designated shop sold in Kuale.

6.       If none of the above is available, just turn up in YELLOW & BLACK COLORS!

 

This coming MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI is a very important milestone for all of us as we move forward and into our 50's and will be witnessed by the KOPERASI COMMISSION from Ipoh.

 

There's no way to kick start this OFFICIAL ESTABLISHMENT & CONGLOMERATE OF OURS by turning up and coming in our ALMA MATER, CLIFFORDIAN COLORS!

 

SEE YOU ALL ON SATURDAY, 6TH NOVEMBER 2010 @ 1400HRS SHARP AT CLIFFORD SECONDARY SCHOOL &  FILL UP THE AVAILABLE PARKING LOTS IN THE SCHOOL COMPOUND TO THE BRINKS!!

 

HASNI CPO

  


IN ALL OF YOU I TRUST

Sent: Sat, 23 October, 2010 21:55:46

 

Dear Friends & SALAM ALL,

 

In no less than two Saturdays all of us will have the opportunity to meet again and I believe majority of you are looking forward for this moment. What makes it more special, this time around we will be meeting at a place where we began and started to rejuvenate our early adulthood life. A place called school where conformity ruled ; school uniforms, text, exercise books & other gadgets that we had along those days. Of course minus hand-phones, notebooks, I-Pads or MP3 unlike our kids now.

 

The time and moment where carefree is the vocabulary we carried with us once. Where the heavyweight of responsibility like we are now was never in the agenda at that time. Those days that had travelled over time and we dearly missed!

 

For many years whenever I'm back to the place I called my hometown, never once I ever stepped into the school boundaries that had shaped my life now. Never once too that I had my pool of old school friends joining in arms sneaked beside the stairways of the main building, entered into the classrooms, peeped into the school office or teachers room, walked and danced on the school field or even sat on the stool and benches where we used to have our meals at the canteen.

 

Come Saturday, 6th November 2010, we shall be there to experience those moments again. This time around for a different cause. A cause to shape our lives towards a more committed friendship endeavor. Hopefully towards a cause that we shall reap the benefits together, THE ESTABLISHMENT OF OUR OWN KOPERASI.

 

I expect all of you to be there in full force. I expect to see again all the familiar faces. In all of you I trust!

 

Regards & Wassallam

Hasni CPO


22 Oktober, 2010

Peristiwa Semusim Yang Lalu... (posted by Sham)

Sent: Fri, 22 October, 2010 7:30:47

Aku kaget dengan rentetan kehidupan yang bersimpang siur yang menimpa sebahagian anak Adam. Diuji dengan perkara perkara yang bisa melonglaikan rasa perjalanan yang terbantut, oleh kerana prinsip yang dipegang, tanpa mengenal tolak ansur mundur kebelakang. Tambah heran, dengan sikap sikap manusia yang ada ketikanya tidak layak dipanggil manusia dalam tindakan. Seolah olah sifat kehaiwanan menguasai diri dalam bertindak.

Aku jadi heran, bagaimana bisa kita jatuh dilubang yang sama pada kedua kalinya, apakah tidak cukup pengalaman dalam pengendalian kemudi hidup, atau saja, roda roda kehidupan terlalu pantas putarannya.

Aku jadi bisu seribu bahasa...., lebih baik berdiam diri, membiarkan masa masa tua ku berlalu. Dengan ketenangan, aku mohon petunjukMu, Ya Rabb...agar membuka hijab pemikiranku, agar bertindak menurut neracaNya.

LCCT KLIA



Usia Emas Dilalui... (posted by Sham)

Sent: Wed, 20 October, 2010 0:20:47

Serasa amat baru , mengingat hari hari kelmarin, yang pergi telah menjejak separuh abad, serasa diingatan hanya baru berlaku sepurnama yang lalu. Rupa rupanya telah separuh abad berlalu. Gigi ku tinggal bumpernye cuma, namun akan serasa akan luruh seperti tulang tulang berserakan. Serasa telah lewat usia, pabila melihat anak anak telah dewasa, dan merekalah yang bakal menerajui, apa yang telah dipugar selama ini, untuk diusahakan.

Masihku teringat, serasa kelmarin berlalu, disaat lunturnya tenaga dan mengerepot kulit kulit melalui penuaan.

Rakan rakan, esok pasti datang, dengan tidak menangguh apa apa, dilalui dengan serakah kita yang menginginkan, yang tinggal hanya cita cita, tapi masih tidak kunjung tiba.

Bagi kita yang ada keyakinan itu, tidak ku perolehi di dunia, akan ku dapati ia di hari akhirnya, namun itu adalah ketentuan, apa yang dihajati, diberi tangguh hingga hari akhir.

Usaha dan terus usaha, tiada dalam kamus bagi kita yang senantiasa berjuang mengharungi kehidupan dengan bahasa kegagalan, cuma kita diberi tangguh.

Teruskan berjuang dengan kehidupan.


17 Oktober, 2010

Kitalah WARISAN itu

Sent: Sat, 16 October, 2010 16:10:59
Subject: Re: [7378] Kitalah WARISAN itu

Salam 73/78

    Yang tinggal pada kita adalah sebuah kenangan. Yang terpahat pada kita hanyalah ingatan pada sebuah pekan bernama "Kuala Kangsar" dan dua buah sekolah yang membudaya perwatakan kita, "Clifford Primary and Secondary".
    Setiap kali kita kembali ke pekan kecil yang tenang, walau pada waktu-waktu tertentu ia menjadi tersangat sibuk (musim perayaan Aidil Fitri), pasti kita terusik. Pasti kita terusik jika kita terus mencari tapak-tapak di mana kita bermain, di mana kita mencari hiburan dan mengisi waktu lapang, pasti kita termanggu. Tempat-tempat yang selalu kita bicarakan di ruang ini tiada lagi. Manakan kita berjumpa dengan deretan warung cendol dan laksa yang tersandar pada dinding kedai emas itu lagi. Yang tinggal hanyalah jam besar, tetapi gelung besi mengelilinginya jua telah tiada. Kehidupan pasti ditelan zaman. Kita tidak mampu kembali pada suatu waktu itu.
    Bazaar tempat kita bermain menyorok sewaktu di usia lower form juga telah tidak wujud. Mana ada lagi lagi pohon ketapang rendang tempat kita menghirup air bubur cha-cha. Restoran Kassim dipinggir jambatan telah lama dirobohkan atas nama mengisi ruang pelancungan.
    Bau hanyir "market" lama hanya tinggal kenangan. Bangunan suram di bawah lembah yang sentiasa digenangi banjir juga tida k terbayang rupanya lagi.
    Mana pergi Pohon besar redup untuk  Sipengunting rambut? Segalanya hanya memori untuk kita Cliffordian 73/78 kongsi bersama.
    Jika bukan kita yang mengimbau indahnya Kuale waktu itu, siapa lagi?. Anak-anak kita tidak mungkin mahu berkongsi bersama, jika runtuhan kenangan itupun tiada....bagaimana bicara kita untuk hebahkan pada mereka.
    Kita akan pergi. Seperti saudara kita arwah Afandi, mahupun arwah Sazali, atau Ezani, Shafei dan lain-lain lagi (Al-Fatihah). Tetapi sebelum kita pergi, pastikankan kita tinggalkan kenangan abadi untuk kita kongsi bersama. Kerana hanya kita yang mengerti indahnya memori yang pernah kita ukir bersama. dan kini kita bina sebuah TUGU PERSAHABATAN. Kitalah warisan itu. Kitalah yang dapat meneruskan kesinambungan indahnya sebuah persahabatan yang kita anyam dan jalin dari liku-liku pergaduhan zaman kanak-kanak, liku-liku cinta yang kita ukir di pekan Kuale. Kita anyam dan jalin persahabatan atas nama Cliffordian 73/78.
    Allah SWT merahmati niat murni kita.

Salam Hormat
Yasin Ismail


13 Oktober, 2010

Ruwetnya Pedagang (...posted by Sham)

Sent: Wed, 13 October, 2010 8:23:51

Kehidupan selaku pedagang, mengharapkan hari hari yang berlalu, adalah lebih baik dari semalam, itulah harapan seorang pedagang. Pedagang merindukan dihari hari baiknya masa lalu, selalu terkenang dan bernostalgia, ketika waktu waktu ia mula melangkah kealam dunia dagangan.

Pabila terkenang hari hari yang berlalu, ia tersenyum sendirian, alangkah indahnya masa masa yang lalu. Begitulah ehwalnya pedagang yang merenung masa depannya, apakah dagangan yang dibawanya diterima pakai untuk diperdagangkan.

Begitulah analogi perjalanan kehidupan insan, sering melihat keenakan menjalani kehidupan dikala tiada kebertanggongjawaban dipikul atas bahunya, ibarat anak kecil, celik matanya penuh dengan riang ria, sakit ia menangis. Tapi bagi seorang pedagang, melihat hari hari mendatangnya dengan penuh harapan. Agar apa dicitakan datang dengan kebaikan.

Usaha dan ikhtiar, telah jenuh diusahakan, namun pengharapannya terserah pada taqdir yang menentukan.



Bicara Ampun Seorang Sahabat

Sent: Wed, 13 October, 2010 0:47:36

Bicaralah sahabat ku
sebanyak mana yang  ingin dibicarakan
bicaralah bagaikan tiada noktah penghujungnya
aku sedar akal dan rasa mu tiada surutnya
aku tidak pernah jemu dan bosan mendengarnya

Ampunlah sahabat ku
kerana salah dan silap ku
aku sedar aku tidak sunyi dari dosa-dosa
aku  insaf dan ingin bertaubat
ampunilah aku........

Tolonglah sahabat ku
kedaifan mendasari kelemahan ku
tolonglah dan bantulah aku di lembah hina ini
aku sedar aku serba fakir dan miskin
aku tak bisa keluar dari jurang ini.....keseorangan

Sayangilah sahabat ku
kerinduan terpatri di hati ku
pemergian mu ku rela seiring doa ku
aku masih sayang kemesraan yang terbina
aku juga sedari takdir tak bisa  diubah-ubah

Tangisilah sahabat ku
tangisan ini bukti aku masih seorang insan
jiwa ku masih lemah
hati ku masih lembut
langkah ku masih longlai
tidak ku tahu berapa lama aku harus begini

Khuatirilah sahabat ku
kebimbangan ku untuk menjejaki kesedihan ini di hari esok
aku bukanya gagah dan perkasa lagi
tak bisa ku tahan sakit ku ini
kesakitan yang memamah jasmani ku

Bantulah sahabat ku
aku perlu nasihat mu
aku perlu ihsan mu
aku perlu bicara mu
bicara yang bisa mendodoi jiwa ku ini
bicara yang mengugukuh kerapuhan roh ku ini


Amir Md Akhir


Perlu kah aku menunggu?

Sent: Tue, 12 October, 2010 23:38:58

Perlukah aku menunggu
Kabar berita
Dari mu

Perlukah aku setia
Pada janji yang tidak pernah dilafazkan

Perlukah aku sedia
Akan hujan yang tak pasti turun

Perlukah aku mendaki
Gunung dengan kaki ku yang setia ini

Perlukah aku menanggong beban ini
Yang bukan kau letakkan

Perlukah aku
Mengejar bayangan mu
Bayangan suci
Bayangan azali

Dimanakah penamat
Dimanakah penambat
Dimanakah akhir kalam.

SA Sulaiman ACIS
For God King and Country


12 Oktober, 2010

Sahabatku Afandi Hashim

Sent: Tue, 12 October, 2010 9:48:31




Kenangan Bersama Arwah Fandi ketika kami menjelajahi Bukit FIRIM Kepong sambil berkongsi idea untuk berkarya…terlalu singkat rasanya persahabatan ini, namun begitu, dapat juga aku merasakan kehalusan hati jiwa seninya serta keindahan naluri ikhlas yang dibawa bersamanya. Kembalinya dia kerahmatullah pada 8 Okt 2010 adalah satu kehilangan bagi warga Cliffordian 7378 . Al Fatiha.

megataf

YOU'LL ALWAYS BE REMEMBERED MY FRIEND (...posted by Khairol)

Sent: Tue, 12 October, 2010 16:22:39

Affandi
Sungguhlah jauh engkau pergi
Pergi mu itu tak kan kembali
Jalan menuju kepada Ilahi
Meninggalkan kami yang masih disini
Untuk menyambut seruan Ilahi
Pergi mu itu tiada berganti
Semoga roh mu dicucuri Ilahi
Allah Maha Suci lagi mengasihi
Untuk umat Muhammad bernama Affandi
Sungguhlah mudah engkau pergi
Itulah jalan yang engkau lalui
Kembali menuju ke rahmatul Ilahi
Hanya doa untuk diiringi
Bismi..Bismi...Bismi
Ya......Affandi


And what I've learnt

Sent: Tue, 12 October, 2010 1:48:24

Life can be frightening, difficult, lonely and a very much complex experience. However, it is good to know that there is someone who watches over us and never leaves us in the best and  the worst of it all.

I say to myself, "Why worry when you can pray!" but have we done enough?............... and to be left alone and leaving everything we built and cared. Ohhhhh...I'm not sure if I can take it.

Seeing someone leaving us is something unbearable..... and what I've learnt after doing a lot of thinking, I choose instead to live each day to the fullest, confident that God holds me securely and safely in His hands. I will try not to drag the hurts and the angers of yesterday into a new day. God, lead me to the best of each passing day.

Yasin Ismail

11 Oktober, 2010

Coretan Sore - Untuk Sahabatku Hishamuddin

Sent: Sun, 10 October, 2010 22:01:02


rasenye inilah last posting dari arwah fendi......ALFATIHAH

From: Afandi Hashim <fandi6491@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Mon, October 4, 2010 10:53:28 PM
Subject: Re: [7378] Coretan Sore - Untuk Sahabatku Hishamuddin

apa ke...tidak yop!! dalam sekolah kena le!! datang.....kalau boleh teman nak cium tanah bumi sekolah tu!....last teman kat sana 1978'

Balasungkawa -sahabatku Afandi Hashim

Sent: Sun, 10 October, 2010 1:38:41

Seusai pertemuan aku dan rakan ku Razi bersama Pak Yazir di kantornya di daerah Sudirman, kami bercadang menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Sabang. Perjalan dari kantor Pak Yazir ke Sabang tidaklah jauh cuma 3 km tetapi seperti biasa di kota Jakarta jarak seperti itu tidak menjamin kita akan segera sampai ke destinasi yang dituju. Kami bertiga menaiki "Mercy" Pak Yazir, mobil itu dipandu oleh supirnya Pak Adat. Setelah hampir 30 minit kami sampai di rumah makan Nasi Padang Garuda yang terkenal di Jakarta. Mobil "Mercy" itu kini telah berada di kawasan parkir, aku terima panggilan daripada Azlin namun setelah dua deringan panggilan itu terputus, kata hati ku tak sabar juga Azlin ni, pasti yang mau ditanyanya tentang beg laptop yang aku telah janjikan untuk dibawa balik ke Malaysia, mungkin dia mau lebih daripada 5. Aku cuba menghubunginya tetapi talian sibuk. Tidak beberapa minit kemudian aku menerima SMS daripada Azlin, aku masih di kerusi depan mobil Pak Yazir, di sebelah ku Pak Adat, di tempat duduk belakang Razi dan Pak Yazir. Aku membaca isi kandung SMS itu...kepala ku berputar pening, lidah ku kelu dan jantung ku berdegup kencang, libang libu aku jadinya, terasa badan ku amat lemah dan longlai. Pak Adat di sebelah ku langsung kaget, antara jelas dan tidak di telinga ku, ku dengar suara Pak Adat bertanya pada ku "Kenapa Pak Amir?" Aku tak bisa menjawab terus, lidah ku bagaikan keras dan beku tetapi ku kuatkan semangat dan hati untuk menjawab pertanyaan pak supir itu, "Sahabat saya baru sebentar tadi meninggal dunia Pak", tanpa ku sedari airmata  ku mengalir di kedua-dua pipi ku. (Aku sebenarnya seorang yang sukar untuk menangis, kali terakhir aku berada dalam keadaan demikian. apabila emak ku meninggal dunia 6 tahun lalu, begitu juga apabila ayah ku meninggal dunia 16 tahun lalu dan anak ku  yang ketiga meninggal 15 tahun lalu seringnya rasa sedih ku pendamkan di dalam hati). Di usia yang sudah mencapai 50 tahun (HUT ku pada 25 September)  atau setengah abad ini aku telah berada dalam situasi yang pelbagai, telah ku lalui tinggi rendahnya langit, dangkal dalamnya lautam, lurah jurangnya bumi namun tidak pernah ku tempuhinya dengan tangisan tetapi kini jiwa ku terlalu nipis atas perginya seorang sahabat, aku masih bingung di kerusi empuk Mercy S320. 

Lalu Pak Adat mencelah "Sabar Pak Amir, teman bapak itu sudah kembali kepada sang penciptanya, Allah s.w.t., dunia ini Pak hanya laluan sementara sahaja, gak ada yang lebih dari itu, gak ada yang kekal abadi", bergetar hati ku mendengar kata-kata Pak Adat, aku sedar falasafah hidup manusia di bumi Allah ini tetapi ada waktunya aku lupa, tidak ku sangka seorang yang baru ku kenal tidak sampai setahun bisa mengingati ku, Pak Adat menambah lagi,"Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada almarhumnya (bahasa Indonesia menggantikan perkataan arwah), di waktu itu juga rakan-rakan yang masih berada di tempat duduk belakang turut bersetuju, sebelum aku memulakan bacaan, Pak Adat bertanya lagi "siapa nama teman bapak itu? Aku menjawab, Afandi Bin Hashim. Lalu kami berempat melangsungkan niat kami bersedekahkan al-fatihah kepada arwah sahabat ku. Seusai itu hati ku berkata, 'orang tidak pernah kenal sahabat ku Afandi turut mendoakan rohnya berada di tempat yang dirahmati Allah, Ya Allah....Allahuakbar.... (menitis airmata ku, sebak dadaku,terasa tangan Razi menepuk di belakang ku, mungkin itu tanda supaya aku bersabar lagi). Untuk menghormati rakan ku dan Pak Yazir aku kuatkan kaki ku untuk keluar dari mobil itu untuk memasuki rumah makan, nasi padang sudah tidak enak bagi ku pada tengah hari itu.

Afandi Bin Hashim telah ku kenali 32 tahun yang lalu sewaktu dia memasuki kelas 5A2 pada  tahun 1978 bulannya tidak ku ingat tetapi yang pasti selepas keputusan M.C.E. 1977 dikeluarkan.Beliau adalah pelajar repeat, ikut kata Yasin upper 5. Seorang pelajar lain yang turut bersamanya ialah Shahrin Yahya yang memasuki kelas 5A1(maaf sekiranya ada silap ku tentang hal ini) Tidak ada sebarang masalah bagi beliau untuk mengadaptasi keadaan dalam kelas semasa itu. Sebenarnya aku memandang Fandi ni agak "rock", beliau pernah bercerita kepada ku tentang kejadian dan peristiwa yang agak semborono kepada ku,(tak perlu aku jelaskan di rauangan ini, biarlah ia menjadi rahsia ku). itu semua fasa kehidupan yang dilalui oleh remaja di tahun 70an. Selepas M.C.E. 1978 aku tidak bertemu beliau sehingga pada tahun 1980 di pekan Kuale, aku dijemput ke rumahnya di Ara Panjang, aku bermalam di rumahnya, aku diperkenalkan kepada emak dan kakaknya, serta serba sedikit tentang hal keluarga. Di bilik kami berbual pelbagai cerita sehinggalah aku menegurnya tentang jeans Levis yang dipakainya, (aku belum pernah memilikki sehelai jeans Levis), setelah didengari pujian aku itu langsung dia menyalin seluar itu dan memakai kain pelikat lalu memberi aku jeans Levis, "Nah ni kau punye Amir, aku tau pujian kau ada makna, tersentak aku dibuatnya, aku menafikannya, tetapi beliau tetap meneruskan niatnya "ambik je le, kita kan berkawan" aku sebenarnya bukannya inginkan jeans itu, benar-benar aku hanya memuji jeans itu yang "seasonnya" amat menarik,(aku seringnya membeli jeans semasa musim durian di Padang Asam, tetapi memang belum aku membeli jeans Levis kerana di waktu itu aku tak berapa kenal tentang jeans atau dunggaree (secara jujurnya beliaulah yang mengajar ku tentang jeans dan berpakaian "rugged" itu istilah dan definisi yang digunakan beliau) sehinggalah kata-katanya "kau ni kawan aku ke bukan, kalau kau tak ambik malam ni kau balik le ke Padang Asam", "aduh...macam mana balik tengah-tengah malam ni", kata hati ku, mau tak mau aku terima pemberiannya itu.Aku memakai jeans itu selama dua tahun, dalam tempoh itu juga telah membeli jeans Levis dan Lee, sehinggalah ke hari ini blue jeans aku tiada yang berjenama lain selain dari dua jenama itu.

Esok tengah harinya selepas makan tengah hari aku dan Fandi pergi ke Kuale dengan bas yang paling setia di laluan Manong - Kuale, Bas Wai Thong. Samapi di Kuale beliau langsung ke Karai dan aku balik ke Padang Asam. Aku tidak bertemu Fandi selepas itu hinggalah pada tahun 1982, pertemuan kami di Kuale yang tidak dirancang berakhir di rumah ku di Padang Asam. Dia bermalam di rumah ku, semasa di bilik ku di melihat kaset-kaset lagu yang aku miliki, kebanyakannya lagu-lagu rock Scorpion, komen beliau lagu-lagu tersebut begitu komersil, bukan. rock yang sebenar, beliau mencadangkan aku mendengar lagu-lagu Pink Floyd,aku terpengaruh dengan atittude rock Fandi. Aku pada tahun itu mengajar di sekolah swasta di Kamunting, esoknya aku ke pekan Taiping dan terus ke kedai musik mencari kaset-kaset Pink Floyd, aku membeli koleksi album yang seingast aku ada 4 atau 5 yang terkenal dengan lagu "Another Brick In The Wall". Aku terpengaruh dengan konsep musik rock yang diperkenlkan oleh Fandi.Memang unik musik Pink Floyd, aku kira unik juga penggemar lagu band ini, begitu jugalah si Fandi ni.

Aku terputus hubungan dengan Fandi hampir dua tahun, pada tahun 1984 aku bertemu dia kembali di Graduation Dinner Part Six Law Diploma In Law ITM di hotel yang kini Hilton PJ (lupa nama hotel itu di waktu itu.Majlis itu sebenarnya meraikan Part Six Diploma In Law, Aiznin adalah salah seorang pelajar yang diraikan waktu itu. Fandi bekerja di hotel itu di beverage department, malam itu aku dibelanja minum oleh Fandi. Pada malam itu kali terakhir aku bertemu Fandi sehinggalah pada Februari tahun ini di Wangsa Walk sebelum program MBK.

Aku secara jujurnya bercadang nak menulis sebuah coretan tentang Fandi sepertimana aku menulis tentang Sham beberapa minggu yang lalu, cuma agak tertangguh kerana aku memerlukan beberapa maklumat daripadanya, aku bercadang selepas aku balik dari Jakarta pada 9/10/10 akan menghubunginya tentang hal itu, aku juga berjanji kepadanya untuk membeli DVD "Children Of The Heaven", telah banyak kali apabila aku ke Jakarta itulah permintaan dan pesannya.  Pada Jumaat itu selepas makan tengah hari itulah masa yang aku bercadang untuk mencari pesanannya di toko-toko di sekitar Mangga Dua dan Senayan. Namun apa daya ku lagi.........terkilan rasa hati ku ini.....

Tulisan ku ini sebenarnya amat sukar untuk ku tahmidkan, kerana hati ku sebak, airmata ku menitis acap kali, jari-jari ku kaku untuk menaip dan minda ku bagaikan tidak keruan, namun ku kuatkan hati untuk mencurahkan apa jua yang terkandung dalam hati dan jiwa ku tentang sahabat ku yang seorang ini yang aku kenal sebagai Fandi. Seringnya kalau aku menulis sebanyak ini cuma satu jam atau kurang dari itu, tetapi kali aku telah menulis sejak malam Sabtu di Hotel Orchardz, Jakarta dan ku sambung dalam pesawat MH722 pada malam tadi dan berkahir di Kuarters KLIA pada tengah malam ini. Akan ku selesaikan juga tulisan ini.....

Memang telah ada sahabat-sahabat yang menulis tentang ingatan dan kenangan bersama Fandi, aku sedar itulah curahan hati tulus mereka, tidak dinafikan kita sebenarnya tidak banyak meluangkan waktu bersama sahabat kerana komitmen dan hal-hal yang lain atas nama tanggungjawab. Biarlah apa jua yang kita kenangkan bersama itu menjadi ikatan tebal dan kukuh antara kita bersama, aku tidak mahu mengulang apa yang telah disampaikan oleh para sahabat sebelum ini, kita telah memahami dan menjadikanya sempadan dan teladan, aku amat menyanjungi usaha kumpulan kita 73/78 selama ini, cuma persoalan bagi diri ku ini adakah aku punya waktu untuk menyaksikan penzahirannya.

Salam,
Amir Md Akhir
Kuarters KLIA

10 Oktober, 2010

BALASUNGKAWA: BUAT SAUDARAKU, AFFANDI HASHIM

Sent: Sat, 9 October, 2010 15:11:06

Belangsungkawa; Affandi Hashim

Mr Fandi KOLE "O". Apakah aku tidak lagi ucapkan kata-kata ini dalam hangatnya kemesraan

But your eternal memory shall never fade
Nor lose possession of your kind gesture;
Nor shall Death brag the wonder you owe

When in eternal gathering to time you grow
So long as we still breathe, and in our togetherness
So long lives this, and this gives life to you

    Jarak hampir 32 tahun jurang perpisahan yang terbentuk, aku hampir lupa pada rakan yang bernama Affandi. Tidak terlalu rapat dengannya tetapi sangat mengenali antara satu dengan lain. Mungkin tidak berpeluang membentuk keserasian pada tidak itu. Lantas dengan tiada izin dariNYA, sewaktu di Tingkatan 5, aku pula berpindah sekolah mencari halatuju dan Affandi, sepertimana yang telah diketahui rakan-rakan semua "retain" Tingkatan 5.
    Waktu mengembalikan pertemuan itu. Segalanya terjadi secara spontan. Bermula dengan "reborn" di Galeri Chandan pada Januari 9 dan beberapa siri pertemuan khusus untuk Program "MBK" pada Mac 27. Pertamanya Affandi menjengah pada mesyuarat malam di Riverside Kuale. Aku kaget dan kagum dengan commitment yang ditonjolkan bersama dengan Ridzuan Mansor dan Aiznin, "Aaaaaahhhh, datang dari KL, sanggup dan penuh ikhlas".
Keduanya,sewaktu mesyuarat kedua di Riverside dan berganjak ke Rest House. Hari itu aku banyak berbicara dengannya terutama tentang paip yang aku gunakan. kami lebih banyak berbual berdua. Dari situ aku terasa banyak kerasian antara kami. Affandi kerap menghubungi aku atau mencatat dengan jelas dan besar "Mr Yasin........" dalam postingnya. Jika kami berbual, kerap pada waktu malam dan masih terngiang "trademark"nya....."Kita jumpe nanti,..yakkkk!!!!!!" dalam pekat kualenya.
    Saudara Affandi yang aku kenali sangat berat persahabatannya dan amat mesra. Kita tidak perlu gusar tentang gambar-gambar untuk gathering kita kerana Affandi sentiasa hadir bewrsama kamera. Semalam aku pulang untuk ziarah akhir kepada sorang bernama sahabat Cliffordian 73/78 sambil memasang video "Barbra Streisand" hadiah seorang sahabat bernama Affandi.
    Masih terbayang sewaktu di Wangsa Walk bersama Aiznin dan rakan lain pada June, Affandi menghadirkan diri walaupun sibuk dengan urusan keluarga. Beliau datang untuk meraikan aku yang berkunjung ke KL. Aku masih menyimpan "tin ash-tray" hadiah darinya dan kami sama-sama ketawa di Pusat Memandu di padang Ampang tentang kedegilan kami untuk merokok. Affandi ketawa dalam perbualan kami tentang singnature aku "Gunsmoke".
    Dalam perjalanan aku ke Lumut pada June 28, Affandi beberapa kali menalipon bertanyakan lokasi aku dan pada malam itu berkata, "Mike tido di bilik teman le, biorkan Sham sorang". Affandi, yang penuh dengan seni dan sangat menghargai erti persahabatan. Keikhlasan beliau menyebabkan aku sering dengan postingku, "Mr Fandi KOLE "O"...calling-calling"
   
Pada malam Aidil Fitri, bersama Sham panjang aku berbual dengan beliau. Pada malam Aidil Fitri ketiga, Affandi agak terkilan kerana aku lewat menalipon dia, menyatakan kami berkumpul di kedai Seli, berkumpul lebih awal.
    Dalam jangkamasa 10 bulan pertemuan kembali, aku banyak kenangan mesra seorang sahabat bernama Affandi.
    Saudara affanfi, bersemadilah, but your eternal memory shall never fade. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atasmu.
    "kapan lagi seindah namamu lagi"

Al- Fatihah

Salam Hormat
Yasin Ismail


09 Oktober, 2010

YOU'LL ALWAYS BE REMEMBERED MY FRIEND

Sent: Sat, 9 October, 2010 10:30:58

Dear Friends and SALAM TO ALL,

 

A friend that always obliged and there for you in the name of friendship, that's Arwah Affandi Hashim to me and to all of you. I woke up this morning and my thoughts and moments went to him whom had left us as God may have loved him more. My association with him as a friend was way back after the 1st meet at Tropicana Golf & Country Resort and prior our 1st Reunion of friends at Chandan Gallery.

 

Wangsa Walk was the place the numerous meet we had, a dutiful father who sent and fetched his daughter either twice or 3 times in a week to the place for her Gym session. Irrespective of how small the company was, me and him, sometimes with Megat Fuzy, Mior Puaat in company too and spoke about all of us, the things that he did, such a creative person by nature and his love, passion for art.

 

You just name it too, whenever there's any meet and gathering that we had, he will always be there, Wangsa Walk, Restoren Sri Melayu, Chandan Gallery, MBK, Moh Terojah Lumut, Raya Gathering and many other small meets, he will be there clicking and snapping photos and posted them back to us and in his Facebook page. A friend who loved food, introduced me a restaurant which was very near to my office and served amongst the best curry, prawn mee in town taste quite similar the likes from Ipoh.

 

His home was quite near to my office and although I haven't been to his place but always meet up for a cup of coffee at Old Town Café. Had always been a Kampong Boy, inspired and planned to go back to his roots in Kuala Kangsar when the right moment came along. That's what he shared with me whenever we talked. My few last encounters with him was after Hari Raya, again meet up for coffee at our usual spot. I got to speak to his elder sister at PUSRAWI yesterday, and the sister kept mentioning to me that he was so engrossed about his school old boys and shared a lot of stories and vibes of all of us.

 

Unknowingly, the signed had showed especially when our President wrote a mail in the GG when he requested either me, Aiznin or Rahman make the arrangement to collect his hand-made pressed T-Shirt for Zamzuri being the 80,000 posted mails winner. I called him 3 days before his demise yesterday, and he just mentioned that I will bring it along for the 6/11 MAP meeting in Kuala. I mentioned to him by then, the 90,000 winner mails will surpassed. Obliging as he is, "I'll wait whoever will be the 90,000 posted winner and I'll get the right size before pressing it." That's the few lines of the conversation we had.

 

He was actually looking forward for the MAP meeting in Kuale next month. His masterpiece and now a collector items were all the T-Shirts pressed and designed by his two hands. The lucky ones who got it, Aiznin, Pa, Rahman, Uzai, Latip, can't remembered the other two and Zam which he haven't passed it to me yet shall remain as a good remembrance of him.

 

To those whom pay their last respects at PUSRAWI, the likes of Rahman, Arif Kati, Mior Puaat, Megat Fuzy, Khairul Umam, Mail Talang and the many during his burial at Enggor, Karai to name them, Ustaz Jamaluddin, Latip Karai, Seli, Duan Poly, meor Helmi, Nonie, VP Azlin, Jijul, Yasin, Usop, Chai YK, Chan, Lope, Khalid, Ajih, Muhaidi, Man Karman, Mat Zainudin Perabot, Duan Nasib, Ben, Zuli and the rest in attendance, we bid farewell to a great, true friend.

 

YOU ARE IN OUR THOUGHTS AND DOA and we'll cherished all our moments and times together.

 

 

CPO.


07 Oktober, 2010

Kuala kangsar: Rindu itu makin membara

Sent: Wed, 6 October, 2010 23:35:20

    Kawan
Ciffordian 73/78
    Masih banyak yang tersimpan dalam lipatan sejarah kehidupan kita suatu ketika dahulu, zaman alam persekolahan. Benarlah apa yang diucapkan apabila kedewasaan melanda kita. Tiada zaman yang indah, tiada zaman yang menakjubkan, tiada zaman yang mampu menciptakan seribu keindahan dan seribu pengalaman. Alam persekolahanlah "pentas' kita mengenali dan menjelajahi serta melayari impian yang kita kini terjemahkan pabila dewasa.
    Apabila kita tinggalkan "bangku sekolah", kita sebenarnya meninggalkan keajaiban "sebuah mimpi' masa depan. Menempuh alam dewasa, alam percintaan dan alam pekerjaan. Kita terus melangkah mencari suatu tapak kukuh untuk kita bina 'mahligai impian' Kawan, sebenarnya "mahligai" itu telahpun kita rangkakan dan rencanakan sewaktu di alam persekolahan.
    Masih ingatkah kita dalam waktu-waktu santai bersama rakan-rakan sekolah, kita bualkan "impian" kita menuju kedewasaan. Pernahkah dalam waktu berbual itu kita terfikir masalah yang akan kita tempuhi. Tidak sama sekali!. Kita hanya bicarakan "apa yang indah untuk kita terjemahkan"
    Sewaktu kita "putus hubungan", baru kita tersedar dari lamunan bahawa kecilnya jumlah rakan untuk kita kongsi masalah. Tidak seperti di alam persekolahan, hinggakan waktu menonton wayang di Rex mahupun Cathay,  kita tempah sebaris kerusi atau pernah dua dan kita baris bersama rakan-rakan. alangkah...alangkan riang dan ria waktu itu menonton "Towering Inferno, Fist of Fury" atau indahnya dan tersenyum puas dengan "SWALK" di Rex.
    Sebenarnya tuhan masih sayangkan kita. Kita dipertemukan semula. Bermula dari inisiatif beberapa rakan, kini kita mempunyai jumlah lingkungan rakan yang sangat besar. Kita berhubung semula. kita ria kembali, kita imbas kembali kenangan indah zaman dan alam ria membesar di Kuala kangsar. Kita rujuk kembali "jalan-jalan kenangan".
    Kemudian setelah kita aturkan beberapa siri pertemuan, kita isi dengan cerita-cerita suka-duka dahulu, ...dan kita sangka kita telah singkap semua kenangan.... tetapi apabila ketemu lagi rakan yang hilang dan dihidangkan dengan ceritanya seperti dipaparkan oleh sahabat kita Khairol Ab Ghani...kita tersentak semula dari lamunan. Rupa-rupanya masih banyak lembaran yang belum kita singkap. Kita sebenarnya banyak mencipta sejarah dan kenangan kehidupan di Clifford Secondary School , apatah lagi di Clifford Primary dimana kita mengenali erti sahabat dan apa itu bilik darjah serta kantin, ruang berebut makanan.
    Kita perlu kembali, menjejaki lorong-lorong yang pernah kita tinggalkan  "debu-debu kenangan"
Karam Singh Library masih tersimpan rakaman aksi kita. Bilik-bilik darjah itu, jika dapat bersuara, pasti akan menegur-sapa mesra penghuninya. Papan hitam itu banyak melorekkan kenangan kita. Bengkel Industrial Arts banyak menyimpan gulung-gulung "ketam papan" yang kita lampiaskan di lantainya. Kita ketawa riang sambil mengetam papan, hasil cooper-tooling melekukkan dan mengabadikan beribu gumpal rindu kita. dan juehkan bibir meneguk air paip selepas penat menyepak biji kelapa sawit...Pagar yang kita panjat pasti ketawa menerima kehadiran kita......
    Jenguk dan jengahkan diri pada 6 November ini. Bumi bertuah Kuala Kangsar ingin , masih rindu untuk kita berhimpun kembali di Alma Mater

Salam Hormat
Yasin Ismail




From: hasni.ahmad <hasni.ahmad@ficranova.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Monday, 4 October 2010 16:14:39
Subject: RE: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

SAHIH AHLIL 4B macam miker…..!!

 

From: cliffordian7378@googlegroups.com [mailto:cliffordian7378@googlegroups.com] On Behalf Of Hrharom
Sent: Monday, October 04, 2010 2:12 PM
To: Clifford7378
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

 

Umam
hindustan abih mike ya

Hrharom Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>

Sender: cliffordian7378@googlegroups.com

Date: Sun, 3 Oct 2010 22:52:38 -0700 (PDT)

To: <cliffordian7378@googlegroups.com>

ReplyTo: cliffordian7378@googlegroups.com

Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

 

masih ku ingat......tika di pejabat menjemput mu....ada ketika kita basah bersama mengharungi hujan....makam malam bersama.....ketika aku menghadiahkan sepasang sepatu biru untuk disamakan dengan baju kurung biru mu...dan kita sama-sama menyanyi dan berdansa disuatu konsert antarabangsa.....semuanya masih segar diingatan ku....Nam...lunak suara mu...bak buluh  perindu....


Man, kalo nak bercinte dgn anak mami kena pande nyanyi menari ala ala industan sikit....depa suka Man....aduh!waduh!

 


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Mon, October 4, 2010 11:32:56 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara


Shabnam.....sesejuk embun pagi...kejernihan mata.mu....kelembutan sikap mu....keperibadian sederhana mu...manis tutur kata mu.......tiada ganti

 


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Mon, October 4, 2010 10:56:59 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

Shabnam.....memori bersama mu masih segar...baik budi mu akan ku kenang selamanya

 


From: Zubir Nazeri <zuebay3393@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Sun, October 3, 2010 10:57:53 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

teman teringat lagu Jamal Abdillah........Kekasih Awal Dan Akhir

 


From: "alli.hishamudin@gmail.com" <alli.hishamudin@gmail.com>
To: Cliffordian Mail <cliffordian7378@googlegroups.com>
Sent: Sun, October 3, 2010 1:44:10 AM
Subject: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

Aku menjadi kaget dengan Pulau Pinang ini, lebih lebih lagi Pulau ini banyak mempunyai sejarah bening kehidupan, imbauan dari kisah kisah yang lalu, sedari kecil, dizaman anak anak hingusan, biasa dijenguk Pulau ini, untuk dilawati ketika dihujung tahun Disember, adakalanya saban tahun kesitu dengan van arwah Pak Mad, ayah Seli, dilintasi dengan feri dari tanah besar ke seberang, aku jadi lebih kaget, bila ketika itu, kekasih awalku berkursus di Minden, Maktab Perguruan Pulau Pinang, disekitar awal 80 an, namun itu telah berlalu lebih 30 tahun yang silam, akibat kemalangan jalanraya di tahun 1984, peristiwa itu mencatat sejarah hitam dalam aku membina kehidupan, cerita cerita seperti Tenggelamnya Kapal van der Wijck, dibaca jalan cerita, beginilah kisah cinta agong laksana Romi dan Juli, mengharungi cinta remaja, yang tiada hujung baginya, diakhiri dengan kematian. Aku sering menjadi bingong, bila untong diri, tidak menyebelahi cita rasa, apa yang diimpikan.

Begitulah phobianya aku dengan Pulau ini, dengan kisah kisah Minden, dan USM ketika itu tersergam dengan igauan menara gading yang tidak upaya ku masuki ketika itu, begitulah tekadku ketika itu, azam merubah dari lingkaran setan yang begitu sukar untuk diterjah keluar.

Aku lebih kaget dengan adanya insan insan melalui keperitan hidup, dilalui dengan kepelbagaian permasalahan membina kehidupan. Namun aku tidak berdaya apa apa untuk mencapai cita cita ke situ, namun aku lalui keperitan ke menara gading dengan laluan yang sukar.

Aku tidak kesampaian ke situ dengan jalan jalan yang tersekat sekat. Kini, Minden, masih lagi menyimpan insan insan berjiwa halus dan seni yang halus, melalui keperitan kehidupan.

Namun itu adalah takdir, kita tidak bisa mengubahnya, hanya Tuhan yang lebih mengetahui akan hajat hajat hambaNya.

Kini, Minden telah menjadi nostalgia dan memori untuk kesekian lamanya, digenangi dengan airmata, yang aku sendiri tidak memahami, dengan deruan angin sepoi sepoi bahasa, mengingati peristiwa silam. Hanya Tuhan mengetahui dan perencanaanNya, mengatasi itu semua.

Hentian Alor Pongsu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

 

 



 



06 Oktober, 2010

Coretan Sore - Untuk Sahabatku Hishamuddin

From: AMIR MD AKHIR
Sent: Sun, 3 October, 2010 22:27:48

Pagi itu bumi yang sudah lama kering dibasahi air hujan yang turun lebat pada malamnya, di sekitar kota terasa dingin, suasana yang sebegini membuat dia malas untuk membangunkan diri daripada katil yang bertilamkan empuk dan bugar itu."Kepala aku berat ni, macam mana aku nak bangun ini, semuanya silap aku juga, aku tidak seharusnya makan malam terlalu lewat, badan ku rasanya amat berat, aku  tidur lewat, tetapi aku sudah biasa dengan keadaan begini tetapi kali ini lain macam aja", kata hati Hisham.Tubuhnya yang besar itu bukan baru "berbentuk" sebegitu, dia sudah bertubuh sedemikian sejak alam persekolahannya dan saban tahun semakin meningkat usianya semakin bertambah berat dan besar tubuhnya sehinggalah setahun dua agak stabil "pembesarannya".

Namun dia harus bangun  dan "check-out" daripada hotel pagi ini, dia harus pulang ke utara hari ini juga, dia sudah tiga hari di ibukota ini. Hisham akur akan kehendak tugasnya di kota ini, kalau ikutkan hatinya tidak perlu dia datang sejauh itu dari utara tanah air tetapi apakan daya itu sudah menjadi tuntutan pekerjaannya sejak beberapa tahun lalu, turun naik dari utara ke  kota raya dan sebaliknya adalah sebahagian daripada rutin kerjanya. Tenaga untuk berulang alik sejauh itu menakjubkan, mungkin ada sesuatu yang menambah kekuatannya, terdengar desas-desus mengatakan kekuatannya bertunjangkan 3cajus......pasti!

Sebagai seorang jururunding atau lebih senang disebut sebagai "consultant", dia harus melakukannya  sendiri, "one man show", ungkapan yang amat sesuai untuk mendeskripsi jawatan dan kerjanya. Langkahnya untuk meletak jawatan dari organisasi besar dan bekerja sendiri tanpa majikan nekad diambilnya setelah bekerja makan gaji sejak bertahun lamanya. Keazaman yang jitu itu tidaklah sia-sia, tekad dan motivasinya menubuhkan sebuah firma jururunding tidak sia-sia dan berhasil untuk beliau berdikari dalam mengharungi alam kehidupan ini.

Pekerjaannya sudah selesai di kota ini walaupun mungkin ada yang belum selesai tetapi hal-hal yang kurang penting itu boleh diselesaikan setiba di pejabatnya. Kelmarin sehari suntuk dia ke pejabat-pejabat pelanggannya di daerah lembah  metropolitan itu, banyak hal dan perkara dibincangkan, semuanya atas urusan bisnis.Dia sering datang ke kota besar ini untuk berbisnis, itu yang dibilangnya kepada teman-temannya yang tinggal di kota ini. Tetapi kali ini dia tidak mewar-warkan tentang kehadirannya, cuma di "postings" dia memaklumkan akan kehadirannya, itu pun sesudah kerjanya selesai....kenapa?

Dia sering berbicara tentang kehidupannya, ada waktunya seperti kisah biografi, bersejarah dan penuh teladan. Kisah dan pengalaman yang dilaluinya di negerinya sendiri dan juga yang ditempuhinya di negara asing. Sememangnya pengalaman yang ditempuh itu mengajarnya tentang kehidupan dan itu semua dikisahkan semula di "postings" dalam kumpulan rakan-rakannya. Dia sedari pengalamannya harus dikongsi bersama rakan-rakan, kesedaran itu  tidak dituntut daripada mereka tetapi sekadar segalur pengalaman yang mampu menjadi sempadan dan teladan.

Sementalahan, rakan-rakannya tidak pernah bosan dan jemu kisah-kisah yang diceriterakan olehnya, bak kata seorang rakannya kisah-kisahnya itu bagaikan "music to my ears", Setelah diamati, tidak ada silapnya untuk menggambarkan kisah-kisah beliau sedemikian rupa, selain itu terpancar rasa kasih beliau terhadap rakan-rakan. Agak keterlaluan jika dikatakan beliau seorang yang berjiwa halus...tapi mana tahu mungkin juga. Apa pun pengisahan yang disampaikan beliau menusuk kalbu dengan cara yang tersendiri dan eksklusif,. beliau memiliki "trade mark", yang tidak perlu dipatenkan, rakan-rakan sudah mengenali penyampaiannya, begitu juga isi kandungan yang tidak akan tersasar daripada bermotifkan persahabatan dan kehidupan.

Agak menarik juga postingnya yang terkini menghasilkan luahan hatinya di Pulau Pinang sewaktu usianya di awal 20an. Kisah di sebuah pulau yang penuh nostalgia, cuma tiada lagu dan irama yang seiring dengan memori itu, mungkin ada...Kisah dan pengisahannya tidak sunyi meruntun jiwa sahabat-sahabatnya,itulah keistimewaan dan ketrampilannya yang tiada banding dengan sahabat-sahabat yang lain.

Tiadalah berakhir coretannya, cuma waktu menjalur ruang untuk dikongsi bersama, teruskan usaha mu wahai sahabatku, ampuhkan diri kami dengan pengisahan mu, biar satu hari nanti ia menjadi sirah.......

Amir Md Akhir