Laman Utama

07 Oktober, 2010

Kuala kangsar: Rindu itu makin membara

Sent: Wed, 6 October, 2010 23:35:20

    Kawan
Ciffordian 73/78
    Masih banyak yang tersimpan dalam lipatan sejarah kehidupan kita suatu ketika dahulu, zaman alam persekolahan. Benarlah apa yang diucapkan apabila kedewasaan melanda kita. Tiada zaman yang indah, tiada zaman yang menakjubkan, tiada zaman yang mampu menciptakan seribu keindahan dan seribu pengalaman. Alam persekolahanlah "pentas' kita mengenali dan menjelajahi serta melayari impian yang kita kini terjemahkan pabila dewasa.
    Apabila kita tinggalkan "bangku sekolah", kita sebenarnya meninggalkan keajaiban "sebuah mimpi' masa depan. Menempuh alam dewasa, alam percintaan dan alam pekerjaan. Kita terus melangkah mencari suatu tapak kukuh untuk kita bina 'mahligai impian' Kawan, sebenarnya "mahligai" itu telahpun kita rangkakan dan rencanakan sewaktu di alam persekolahan.
    Masih ingatkah kita dalam waktu-waktu santai bersama rakan-rakan sekolah, kita bualkan "impian" kita menuju kedewasaan. Pernahkah dalam waktu berbual itu kita terfikir masalah yang akan kita tempuhi. Tidak sama sekali!. Kita hanya bicarakan "apa yang indah untuk kita terjemahkan"
    Sewaktu kita "putus hubungan", baru kita tersedar dari lamunan bahawa kecilnya jumlah rakan untuk kita kongsi masalah. Tidak seperti di alam persekolahan, hinggakan waktu menonton wayang di Rex mahupun Cathay,  kita tempah sebaris kerusi atau pernah dua dan kita baris bersama rakan-rakan. alangkah...alangkan riang dan ria waktu itu menonton "Towering Inferno, Fist of Fury" atau indahnya dan tersenyum puas dengan "SWALK" di Rex.
    Sebenarnya tuhan masih sayangkan kita. Kita dipertemukan semula. Bermula dari inisiatif beberapa rakan, kini kita mempunyai jumlah lingkungan rakan yang sangat besar. Kita berhubung semula. kita ria kembali, kita imbas kembali kenangan indah zaman dan alam ria membesar di Kuala kangsar. Kita rujuk kembali "jalan-jalan kenangan".
    Kemudian setelah kita aturkan beberapa siri pertemuan, kita isi dengan cerita-cerita suka-duka dahulu, ...dan kita sangka kita telah singkap semua kenangan.... tetapi apabila ketemu lagi rakan yang hilang dan dihidangkan dengan ceritanya seperti dipaparkan oleh sahabat kita Khairol Ab Ghani...kita tersentak semula dari lamunan. Rupa-rupanya masih banyak lembaran yang belum kita singkap. Kita sebenarnya banyak mencipta sejarah dan kenangan kehidupan di Clifford Secondary School , apatah lagi di Clifford Primary dimana kita mengenali erti sahabat dan apa itu bilik darjah serta kantin, ruang berebut makanan.
    Kita perlu kembali, menjejaki lorong-lorong yang pernah kita tinggalkan  "debu-debu kenangan"
Karam Singh Library masih tersimpan rakaman aksi kita. Bilik-bilik darjah itu, jika dapat bersuara, pasti akan menegur-sapa mesra penghuninya. Papan hitam itu banyak melorekkan kenangan kita. Bengkel Industrial Arts banyak menyimpan gulung-gulung "ketam papan" yang kita lampiaskan di lantainya. Kita ketawa riang sambil mengetam papan, hasil cooper-tooling melekukkan dan mengabadikan beribu gumpal rindu kita. dan juehkan bibir meneguk air paip selepas penat menyepak biji kelapa sawit...Pagar yang kita panjat pasti ketawa menerima kehadiran kita......
    Jenguk dan jengahkan diri pada 6 November ini. Bumi bertuah Kuala Kangsar ingin , masih rindu untuk kita berhimpun kembali di Alma Mater

Salam Hormat
Yasin Ismail




From: hasni.ahmad <hasni.ahmad@ficranova.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Monday, 4 October 2010 16:14:39
Subject: RE: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

SAHIH AHLIL 4B macam miker…..!!

 

From: cliffordian7378@googlegroups.com [mailto:cliffordian7378@googlegroups.com] On Behalf Of Hrharom
Sent: Monday, October 04, 2010 2:12 PM
To: Clifford7378
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

 

Umam
hindustan abih mike ya

Hrharom Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>

Sender: cliffordian7378@googlegroups.com

Date: Sun, 3 Oct 2010 22:52:38 -0700 (PDT)

To: <cliffordian7378@googlegroups.com>

ReplyTo: cliffordian7378@googlegroups.com

Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

 

masih ku ingat......tika di pejabat menjemput mu....ada ketika kita basah bersama mengharungi hujan....makam malam bersama.....ketika aku menghadiahkan sepasang sepatu biru untuk disamakan dengan baju kurung biru mu...dan kita sama-sama menyanyi dan berdansa disuatu konsert antarabangsa.....semuanya masih segar diingatan ku....Nam...lunak suara mu...bak buluh  perindu....


Man, kalo nak bercinte dgn anak mami kena pande nyanyi menari ala ala industan sikit....depa suka Man....aduh!waduh!

 


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Mon, October 4, 2010 11:32:56 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara


Shabnam.....sesejuk embun pagi...kejernihan mata.mu....kelembutan sikap mu....keperibadian sederhana mu...manis tutur kata mu.......tiada ganti

 


From: Khairol Ab ghani <dklkughani@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Mon, October 4, 2010 10:56:59 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

Shabnam.....memori bersama mu masih segar...baik budi mu akan ku kenang selamanya

 


From: Zubir Nazeri <zuebay3393@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Sun, October 3, 2010 10:57:53 AM
Subject: Re: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

teman teringat lagu Jamal Abdillah........Kekasih Awal Dan Akhir

 


From: "alli.hishamudin@gmail.com" <alli.hishamudin@gmail.com>
To: Cliffordian Mail <cliffordian7378@googlegroups.com>
Sent: Sun, October 3, 2010 1:44:10 AM
Subject: [7378] Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

Aku menjadi kaget dengan Pulau Pinang ini, lebih lebih lagi Pulau ini banyak mempunyai sejarah bening kehidupan, imbauan dari kisah kisah yang lalu, sedari kecil, dizaman anak anak hingusan, biasa dijenguk Pulau ini, untuk dilawati ketika dihujung tahun Disember, adakalanya saban tahun kesitu dengan van arwah Pak Mad, ayah Seli, dilintasi dengan feri dari tanah besar ke seberang, aku jadi lebih kaget, bila ketika itu, kekasih awalku berkursus di Minden, Maktab Perguruan Pulau Pinang, disekitar awal 80 an, namun itu telah berlalu lebih 30 tahun yang silam, akibat kemalangan jalanraya di tahun 1984, peristiwa itu mencatat sejarah hitam dalam aku membina kehidupan, cerita cerita seperti Tenggelamnya Kapal van der Wijck, dibaca jalan cerita, beginilah kisah cinta agong laksana Romi dan Juli, mengharungi cinta remaja, yang tiada hujung baginya, diakhiri dengan kematian. Aku sering menjadi bingong, bila untong diri, tidak menyebelahi cita rasa, apa yang diimpikan.

Begitulah phobianya aku dengan Pulau ini, dengan kisah kisah Minden, dan USM ketika itu tersergam dengan igauan menara gading yang tidak upaya ku masuki ketika itu, begitulah tekadku ketika itu, azam merubah dari lingkaran setan yang begitu sukar untuk diterjah keluar.

Aku lebih kaget dengan adanya insan insan melalui keperitan hidup, dilalui dengan kepelbagaian permasalahan membina kehidupan. Namun aku tidak berdaya apa apa untuk mencapai cita cita ke situ, namun aku lalui keperitan ke menara gading dengan laluan yang sukar.

Aku tidak kesampaian ke situ dengan jalan jalan yang tersekat sekat. Kini, Minden, masih lagi menyimpan insan insan berjiwa halus dan seni yang halus, melalui keperitan kehidupan.

Namun itu adalah takdir, kita tidak bisa mengubahnya, hanya Tuhan yang lebih mengetahui akan hajat hajat hambaNya.

Kini, Minden telah menjadi nostalgia dan memori untuk kesekian lamanya, digenangi dengan airmata, yang aku sendiri tidak memahami, dengan deruan angin sepoi sepoi bahasa, mengingati peristiwa silam. Hanya Tuhan mengetahui dan perencanaanNya, mengatasi itu semua.

Hentian Alor Pongsu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

 

 



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan