Laman Utama

10 Oktober, 2010

BALASUNGKAWA: BUAT SAUDARAKU, AFFANDI HASHIM

Sent: Sat, 9 October, 2010 15:11:06

Belangsungkawa; Affandi Hashim

Mr Fandi KOLE "O". Apakah aku tidak lagi ucapkan kata-kata ini dalam hangatnya kemesraan

But your eternal memory shall never fade
Nor lose possession of your kind gesture;
Nor shall Death brag the wonder you owe

When in eternal gathering to time you grow
So long as we still breathe, and in our togetherness
So long lives this, and this gives life to you

    Jarak hampir 32 tahun jurang perpisahan yang terbentuk, aku hampir lupa pada rakan yang bernama Affandi. Tidak terlalu rapat dengannya tetapi sangat mengenali antara satu dengan lain. Mungkin tidak berpeluang membentuk keserasian pada tidak itu. Lantas dengan tiada izin dariNYA, sewaktu di Tingkatan 5, aku pula berpindah sekolah mencari halatuju dan Affandi, sepertimana yang telah diketahui rakan-rakan semua "retain" Tingkatan 5.
    Waktu mengembalikan pertemuan itu. Segalanya terjadi secara spontan. Bermula dengan "reborn" di Galeri Chandan pada Januari 9 dan beberapa siri pertemuan khusus untuk Program "MBK" pada Mac 27. Pertamanya Affandi menjengah pada mesyuarat malam di Riverside Kuale. Aku kaget dan kagum dengan commitment yang ditonjolkan bersama dengan Ridzuan Mansor dan Aiznin, "Aaaaaahhhh, datang dari KL, sanggup dan penuh ikhlas".
Keduanya,sewaktu mesyuarat kedua di Riverside dan berganjak ke Rest House. Hari itu aku banyak berbicara dengannya terutama tentang paip yang aku gunakan. kami lebih banyak berbual berdua. Dari situ aku terasa banyak kerasian antara kami. Affandi kerap menghubungi aku atau mencatat dengan jelas dan besar "Mr Yasin........" dalam postingnya. Jika kami berbual, kerap pada waktu malam dan masih terngiang "trademark"nya....."Kita jumpe nanti,..yakkkk!!!!!!" dalam pekat kualenya.
    Saudara Affandi yang aku kenali sangat berat persahabatannya dan amat mesra. Kita tidak perlu gusar tentang gambar-gambar untuk gathering kita kerana Affandi sentiasa hadir bewrsama kamera. Semalam aku pulang untuk ziarah akhir kepada sorang bernama sahabat Cliffordian 73/78 sambil memasang video "Barbra Streisand" hadiah seorang sahabat bernama Affandi.
    Masih terbayang sewaktu di Wangsa Walk bersama Aiznin dan rakan lain pada June, Affandi menghadirkan diri walaupun sibuk dengan urusan keluarga. Beliau datang untuk meraikan aku yang berkunjung ke KL. Aku masih menyimpan "tin ash-tray" hadiah darinya dan kami sama-sama ketawa di Pusat Memandu di padang Ampang tentang kedegilan kami untuk merokok. Affandi ketawa dalam perbualan kami tentang singnature aku "Gunsmoke".
    Dalam perjalanan aku ke Lumut pada June 28, Affandi beberapa kali menalipon bertanyakan lokasi aku dan pada malam itu berkata, "Mike tido di bilik teman le, biorkan Sham sorang". Affandi, yang penuh dengan seni dan sangat menghargai erti persahabatan. Keikhlasan beliau menyebabkan aku sering dengan postingku, "Mr Fandi KOLE "O"...calling-calling"
   
Pada malam Aidil Fitri, bersama Sham panjang aku berbual dengan beliau. Pada malam Aidil Fitri ketiga, Affandi agak terkilan kerana aku lewat menalipon dia, menyatakan kami berkumpul di kedai Seli, berkumpul lebih awal.
    Dalam jangkamasa 10 bulan pertemuan kembali, aku banyak kenangan mesra seorang sahabat bernama Affandi.
    Saudara affanfi, bersemadilah, but your eternal memory shall never fade. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atasmu.
    "kapan lagi seindah namamu lagi"

Al- Fatihah

Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan