Laman Utama

06 Oktober, 2010

Nostalgia Pulau Pinang Pulau Mutiara

From: alli.hishamudin
Sent: Sun, 3 October, 2010 1:44:10

Aku menjadi kaget dengan Pulau Pinang ini, lebih lebih lagi Pulau ini banyak mempunyai sejarah bening kehidupan, imbauan dari kisah kisah yang lalu, sedari kecil, dizaman anak anak hingusan, biasa dijenguk Pulau ini, untuk dilawati ketika dihujung tahun Disember, adakalanya saban tahun kesitu dengan van arwah Pak Mad, ayah Seli, dilintasi dengan feri dari tanah besar ke seberang, aku jadi lebih kaget, bila ketika itu, kekasih awalku berkursus di Minden, Maktab Perguruan Pulau Pinang, disekitar awal 80 an, namun itu telah berlalu lebih 30 tahun yang silam, akibat kemalangan jalanraya di tahun 1984, peristiwa itu mencatat sejarah hitam dalam aku membina kehidupan, cerita cerita seperti Tenggelamnya Kapal van der Wijck, dibaca jalan cerita, beginilah kisah cinta agong laksana Romi dan Juli, mengharungi cinta remaja, yang tiada hujung baginya, diakhiri dengan kematian. Aku sering menjadi bingong, bila untong diri, tidak menyebelahi cita rasa, apa yang diimpikan.

Begitulah phobianya aku dengan Pulau ini, dengan kisah kisah Minden, dan USM ketika itu tersergam dengan igauan menara gading yang tidak upaya ku masuki ketika itu, begitulah tekadku ketika itu, azam merubah dari lingkaran setan yang begitu sukar untuk diterjah keluar.

Aku lebih kaget dengan adanya insan insan melalui keperitan hidup, dilalui dengan kepelbagaian permasalahan membina kehidupan. Namun aku tidak berdaya apa apa untuk mencapai cita cita ke situ, namun aku lalui keperitan ke menara gading dengan laluan yang sukar.

Aku tidak kesampaian ke situ dengan jalan jalan yang tersekat sekat. Kini, Minden, masih lagi menyimpan insan insan berjiwa halus dan seni yang halus, melalui keperitan kehidupan.

Namun itu adalah takdir, kita tidak bisa mengubahnya, hanya Tuhan yang lebih mengetahui akan hajat hajat hambaNya.

Kini, Minden telah menjadi nostalgia dan memori untuk kesekian lamanya, digenangi dengan airmata, yang aku sendiri tidak memahami, dengan deruan angin sepoi sepoi bahasa, mengingati peristiwa silam. Hanya Tuhan mengetahui dan perencanaanNya, mengatasi itu semua.

Hentian Alor Pongsu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan