Laman Utama

28 Ogos, 2010

Moreh - 28/8

Sent: Fri, 27 August, 2010 20:34:35

Salam kengkawan semua...

Semoga puasa kite telah sempurna zahir dan bathin hendaknya.

Esok aturcara kite akan bermula dengan tahlil dan doa selamat.
Oleh itu kpd semua yg balik Kuala, sila hadir di masjid Ridzuaniah pada pukul 630 ptg utk acara tersebut.
Seterusnya kite akan berbuka puasa dan solat maghrib, isyak dan berterawih.
Menurut Kama, pihak caterer masih belum menentukan menu apa yg hendak di masak.
Jadi kite terimalah seadanya ya..
Sekiranya berhajat nak makan kuih muih, mintak tolong beli sendiri kerna tidak di sediakan olih caterer..beli lebih sikit utk kengkawan..
Lastly, sila parking di luar pagar masjid utk mengelakkan anda ter JEM dlm masjid.
Sekiranya ada apa2 pertanyaan bolih lah call teman atau Kama.

Sekian di maklumkan..

Selamat berteraweh..wassallam..


26 Ogos, 2010

HANYA ENGKAU (...posted by MAF)

Sent: Wed, 25 August, 2010 5:22:34

 

KINI AKU BERADA DIWAKTU PAGI

TANPA MENGUASAI DIRIKU

MELAKUKAN SESUATU KEBAIKAN

ATAU MENOLAK SEGALA RINTANGAN

 

MUNGKIN PAGI INI KU HARUS MATI

ATAU HIDUP SEHINGGA TIBA MASANYA

TIADA DAPAT KU MENGAMBIL

BEGITU JUGA TIADA DAPAT 

MENGHINDARI NYA

 

HANYA ENGKAU MAHA ESA

HANYA ENGKAU MENENTUKANNYA

HANYA ENGKAU YANG MENGURNIA

HANYA ENGKAU

HANYA ENGKAU

 

AKU PERLU PIMPINMU

DALAM SEGALA PERKATAANKU

SETIAP LANGKAH DAN GERAKKU

AGAR SENTIASA TAAT KEPADAMU

 

LIRIK ; MEGATAF ( 1995)

LAGU : MEGAT A AIZZAT

VOKAL : MEGAT A AIZZAT

 


25 Ogos, 2010

Kita dan Kebiasaan (...posted by Sham)

Sent: Wed, 25 August, 2010 0:44:20

Saban tahun, kita di selubungi dengan agenda agenda ritual, yang melahirkan insan yang biasa dengan kerja pengulangan, diatas laluan fitrah kejadian manusia, yang ditunjuk jalan, untuk mengerti akan ilmu ilmu Ketuhanan. Selaku hamba, tidak banyak pilihan, taat atau engkar semata, mahupun ianya berbentuk ritual saban tahun, pada bulan bulan tertentu dan juga harian. 

Tahun ini, ia datang lagi, adakah ini kedatangan akhir bagi kita, sebelum dijemput pulang. Pulang dengan representasi atas kerja kerja kebiasaan, mahupun yang luar biasa, dituntut dilakukan sekali seumur hidup.

Apa pilihan kita atas yang kebiasaan ini, pilihan hanya pada diri kita sendiri. Peluang terbuka luas, pencariannya tanpa henti, terus mencari dan penuh pengharapan. Lakukanlah seolah olah kita dipanggil esok, dan kerjalah seolah olah kita bakal hidup selama lamanya. Inilah pandangan hidup hakiki selaku insan.

Selaku insan, kita sering lupa dengan janji janji kita, atas hakiki kehidupan, walaupun diikrarkan saban hari, sesungguhnya kita alpa dan lalai atas tanggongjawap itu. Kemana kita nak mengadu, atas kapasiti apa alasan yang nak diberi.

Tepuk dada tanya selera. Selamat berjuang rakan rakanku, keatas kehidupan yang makin getir.


24 Ogos, 2010

PANTUN HARI JUMAAT (...posted by CPO)

Sent: Fri, 20 August, 2010 17:53:37

Nonie balik Kuale dari KL

Lepeh berkerojer sana sini

Kneez beraya di TL

Pasei Boss tak approve cuti

 

Chan suka makan popia

Favorite Jijul kueh  akok

Nin buka posa dalam kereta

Minum ayour pekena rokok

 

Zam kepingin nak makan cokodok

Yasin kesurau berbuka puasa

Sham gemor  bubur lambok

Zubir makan laksa utara

 

Bawah Lembah orang berjuer

Ayour nyior, tebu dan laici

Latip dah jelepek duduk tersander

Pa gelap mata semua nak beli

 

Gulei  pajeri oh gulei nangka

Kueh Maneh kurong dek semut

Seli pening bila  tiba raya

Ajih soh lepeh Moh ke Lumut

 


Sent: Fri, 20 August, 2010 23:18:13

Bakor lemang reboih ketupat

Masak rendang daging kerobor

Teman ni cuma nak peringat

Moreh 28hb kalu tak sedor

 

Balik kuale naik kereta

Cadang bertolak Sabtu tengahari

Yang dr Kuale Lumpor boleh turut serta

Yang kat Kuale tak datang memang nak kena tembii

 

Masjid Ridhuaniah terserogam indah

Ustaz Jamaludin datang berjubah

Petang tu kite ke pasor juadah

Beli kueh mueh saja nak nambah

 

Man Karman, Ben dan Noni

Yasin ngikut jejak Cikgu Mustapha

Sham dari perlis zam from penanti

Wakil manjung ajih dan Pa

 

Cadang bersahor dikedei Seli

Latip Karei sampei lambat

Lepeh makan kite tong2 sekaki

Balik le kneez kalu mike berajat



21 Ogos, 2010

Moreh - Terkini 19/8

Sent: Thu, 19 August, 2010 21:53:51

Salam kenkawan, semoga posa kite ari sempurna hendaknya zahir dan bathin.
Berikut adalah berita terkini selepas Kama berjumpa dgn cikgu Mustafa :-

1- untok berbuka hanya di sediakan nasi dan lauk pauk sahaja. Kalo teringin nak kuih kite kena beli sendiri.
( Kalo teringin nak makan kuih kite ceroyer le kat pasar Ramadan lembah dan bawak ke masjid)

2- kite dah booking untok 40 orang termasuk cik gu2 semua. Mintak tolong Ben sampaikan cerita pada cik gu2. Cik gu Mustafa pun akan war2kan kepada demer jugak.
Tak pasti sama ada Yong2 form 6 akan hadir. Tak de sorang pon yang contact teman.

3- kite di nasihatkan parking luor pagor masjid malam tu..sebab kalo parking dalam kawasan masjid silap2 ari bulan tak bolih nak keluor cepat..sebab masjid ada buat tazkirah belah malam tu..

4- menu lauk pauk akan di beritau kendian..ikut cerite Kama yang ni tukang masak baru..

5- susunan atur cara pon akan di kongsi kendian selepas cik gu Mustafa dah finalise semuanya...

Sekiranya ada apa2 yang nak di tokok tambah bolih beritau kat orang Kuala...teman, Kama, Ben, Latip etc etc

PS. Tolong sms yek, BB ni tak berape semiyak lagi..

Salam Ramadhan buat semua..


Tho' it is broken, broken and broken again...still it is there the MOON on the water...hrharom

Semalam Dalam Perjalanan

Sent: Tue, 17 August, 2010 17:46:43
 
Semalam samada aku bermimpi atau aku menyeberang ke alam yang tidak dilihat oleh mata kasar. Aku berada ditempat yang amat nyaman dengan angin sepoi sepoi bahasa. Tempatnya teduh dipenuhi dengan pohon pohon rendah yang lebat dengan buah buahan. Buah kegemaran ku buat Tin dan buah Zaiton banyak bertumbuh. Sungguhpun aku tidak tahu bagaimana buah Tin tumboh dan masak namun aku yakin buah yang aku nampak tadi buah Tin - entah macamana aku mengetahuinya Wallahualam.
http://officeimg.vo.msecnd.net/en-us/images/MB900049413.jpg
 
Bagaimana aku berada disitu tidak pulak ku ketahui, namun yang pasti aku berada disuatu tempat yang aman nyaman dan tenteram. Sungguhpun demikian anak telinga ku terdengar raungan yang amat menghiris hati sekali kala dan juga bunyi deruan api yang kuat sehingga membuat aku takut. Aku cuba mencari penghuni di Utopia ini - dimana mereka? dan siapakah Penghulu nya.
 
Namun usaha ku tidak berhasil dan aku berasakan aku telah berjalan berbatu batu, aku terlihat sebuah bangunan di ufuk dan terus melangkahkan kaki menghala ke sana. Dari jauh aku lihat beberapa orang melambai lambai ke arah ku dan ada pula yang seolah olah menghalau aku dari tempat itu.
 
Kota yang putih dengan tompok tompok kelabu tersergam indah dihadapan ku, rupanya seperti sebuah mesjid tapi tiada pula penanda arah kiblat dan tiada pula balai azam.
 
Aku hairan kerana dalam perjalanan ku disini aku tidak berpeluh dan tidak berasa penat. Yang amat menghairankan lagi tiada sumber air ku temui, tiada sungai anak sungai sumur atau apa apa sumber air. Yang lebih pelik pokok tumbuhan subur....... bisikan burung dan senggara hutan riuh kedengaran.
 
Ku berjalan lagi menghampiri makhlok yang melambai aku namun jarak masih tidak juga berdekatan.
 
Ku berhenti dibawah sebuah pohon - ku lihat ianya pokok Tembusu yang ku jangkan sudah se abad berdiri disitu.
Sedang ku berehat, ku terpandang wajah rakan seperguruan ku malah tiga rakan seperguruan ku. Terkejut aku, dimanakah aku ini, hati ku bertanya........ peloh jantan mengalir tanpa henti dari keningku, gementar tubuh badan ku, mengigil aku.
 
Rakan yang aku lihat tadi berada jauh namun iras rupa dan badan masih ku ingati seolah olah aku baru berpelokan dengan mereka semalam, walhal sudah hampir tiga dekad tidak berjumpa. Sudah tiga dekad kami saling meninggalkan masing masing.
 
Aku yakin yang aku lihat itu rakan rakan aku. Yang ku panggil sulong, pakaian nya kemas bertampong tapi kemas dan bersih, muka nya berseri tetapi bersedih. Namun Abang Sulong seolah olah tidak melihat aku. Abang Sulong berdiri seolah olah menunggu sesuatu, ditolehnya ke kanan dan ke kiri, didongaknya keatas dan mengeling gelingkan kepala beiau.
 
Abang Tengah ku lihat berbongkok sedikit. Berkelana kemas namun ada juga bertampong pakaian. Mukanya tidak dapat ku lihat dengan jelas. Namun tangan beliau sentiasa dibelakang dan sentiasa ku lihat Abang Tengah seolah olah berdebat dengan diri sendiri. Berkumat kamit mulut nya - samada berwirid atau berkata kata dengan diri nya. Abang Ke tiga ku lihat kurang berbeza dengan yang lain. Tidak segak tapi kemas dan rapi.
 
Ku cuba menarik perhatian mereka, namun tiada suara yang keluar dari halkum ku. Namun mereka pandang pada ku dan didalam kepala ku kedengaran suara Abang Sulong bertanya 'kenapa kamu kemari?'. Abang Tengah berkata 'belom lagi NIN' dan Abang Ketiga bersuara 'balik dolu, kirim salam pada yang lain'.
 
Lantas aku bertanya pada diri ku dan kepada mereka 'dimana saya, Apak, Man dan Zali?' dan terus aku dapati aku berada diverendah mesjid ditaman perumahan ku.
 
Kemana aku tadi dan bagaimana aku kembali?
 
Allahu Akbar.....................................
 
Ya Rabbi Ya Rahim - terima lah sedekah ku pada rakan rakan ku yang telah pergi dahulu dari ku dan pakai kan lah mereka dengan sebaik baik pakaian.
 
Ya Allah - sesungguhnya kami selalu lupa, ingatkan lah kami dan berilah kami keikhlasan dalam hati dan nurani kami.
 
Thanks and Regards
SA Sulaiman


Kita dan Kehidupan XIV (...posted by Sham)

Sent: Tue, 17 August, 2010 10:53:31

Perjalanan terakhirku ke negara negara dibawah angin dan atas angin adalah disekitar Oktober, 2009, sebelum pertemuan pertama rakan rakan lamaku di zaman persekolahan yang dijadualkan pada 10 10 2009, sebelum perjalanan dibuat, pernah juga bertanya mem, nak ikut ke ke Perth, kebetulan MAS ada menawarkan pakej tambang yang agak mampu beli, sekitar RM 1,000 pergi balik. Lantas dijawapnya, mun kalu negeri orang putih, tak mahu ikut sekali. Lantas ku pelawa rakan perniagaanku selama 15 tahun, Fakhrudin, menjelajah bumi Perth. Berkelana kami berdua di bumi Perth untuk beberapa hari.

Yang menarik di Perth, adalah dunia bagi golfer, namun yang bukan kaki golf, merayau rayau lah kami berdua diantara pinggiran pinggiran Perth melihat lihat dipersekitaran.

Swine River menyaksikan kehadiran kami dengan tenang, namun setenang tenang sungainya, jangan difikir tiadanya buaya. Itulah bahasa kiasan, untuk tenangnya Swine River.

Setenang tenangnya biasa menenggelamkan feri feri lalu lalang disitu dan ada jua kematian dilaporkan.

Jauhnya perjalanan, menambah dan meluaskan horizon pemikiran, agar kita memikirkan kebesaran Tuhan Seru Sekian Alam, keatas kejadian kejadian dibumiNya yang luas terbentang.


Kajang Pak Malau kajang berlipat.. Kajang hamba mengkuang layu..
Dagang Pak Malau dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu

Begitulah  tulisan akhir bagi Kita dan Kehidupan, bagi mengisahkan pengalaman perjalanan kehidupan, serta pengalaman pengalaman yang terselit disana sini, hanyalah sebahagian dari kehidupan kemanusiaan. Sama sahaja dimana jua, ada yang baik dan ada yang buruk, bergantung pada masa dan tempat.

Berhati hati bagi rakan rakan yang bakal berjalan mahupun mengembara diusia emas.



Kuale: Kita susuri suatu ketika

Sent: Mon, 16 August, 2010 11:38:11

Just now Guru phoned me. he has the intention to contribute for our More this August 28th. Right now I can imagine how wonderful Kuale will be with the Cliffordians 73/78 be coming back and fill every corner of the small wonderful town of Kuale with their families. Tell our children how we celebrated fasting month those days. Without the pasar Ramadhan, the excitement was no less. We will be at the Lembah, by the riverbank, at the Penambang and especially most of us will be at cathay and Rex, watching whatever movies to be screened.
    Kepada semua perantau, selamat kembali ke Kuale. Kuale rindu pada riuh-rendah kita. Ibubapa (yang masih berpunya) pasti tidak sabar menanti kepulangan Perantau. Kemanapun kita pergi, di manapun kita berada, Kuale adalah bermulanya kita. mengajar kita erti kehidupan, sebak perindu.
    Bangunan usang di lembah, deretan kedai bermula dengan kedai getah dan basikal, berakhir dengan kedai emas.....di antaranya adalah kedai tumpuan kita sewaktu di sekolah rendah. mana mungkin kita lupa kedai Swami. Kangsar Store...antara aroma rempahnya kita mencari majalah dan komik. Di bulan Ramadhan, melalui kedai itu, aroma rempahnya melagukan keroncong perut anak kecil berusia 11-12 tahun.
    Dewasanya kita, kita masih menyusuri deretan kedai usang itu menuju ke lembah untuk membeli pau cina. Tiada pasar Ramadhan untuk kita, tetapi api ria ramadhan tetap membara. Lupakah kita tentang Ally Store. Melo Store atau Bazaar Kuale. Di sini kita memcelah antara tailors untuk ke Sin Cheong menempah seluar baju raja sewaktu di sekolah rendah. kita ke Ally Store atau Melo untuk hanya membuat perbandingan sebelum di hari minggu menuju ke Taiping. Ahhhhh....alangkah waktu itu.
    Sang Perantau, kuale sentiasa setia menanti kita, bagai akurnya ibubapa bertanya khabar bila kita kelapangan untuk pulang dan bersama berbuka puasa.
    Bawalah anak-anak kita, ceritakan pada mereka kasih kita di Kuale, ajar mereka mengenali asal-usul kehidupan alam kanak-kanak kita dan menempuh remaja sebelum kita terdampar di halaman kita berada kini.

 

    Selamat pulang Perantau. Kasih kita abadi, sesuci Lebaran....................

 

Salam Ramadhan

Yasin Ismail


Kehidupan Fakir (...posted by Aiznin)

Sent: Sat, 14 August, 2010 22:46:32

Perjalanan hidup selepas meninggalkan Kuala Kangsar dilalui dengan diri sebatang kara. Mencari tujuan hidup berbekal iman yang tidak kukuh.

Namun kehidupan masih ketagih pengalaman dan pengalaman.

Lalu ku sertai kumpulan pendiri sunnah Rasul yang bergelar tabligh.

Seluruh Malaya dijejaki dari Pattani hingga ke hujung benua Asia. Berkelana periuk belangga demi mencari keredaan Allah yang azali.

Pada mula disyaratkan selama 3 hari di Mesjid India Kuala Lumpur sebelum dibenarkan bertaburan dimuka bumi.

Bermulalah musafir jalanan dalam kehidupan fakir.

SA Sulaiman


Sent: Sat, 14 August, 2010 22:59:20

Maka bermulalah perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Iran. 

Menaiki pesawat TUDM atas izin Allah dari Sg Besi. Diletakkan di Pulau Pinang dan dari Pulau Mutiara menuju ke Hat Yai dengan menumpang pelbagai kenderaan. 

Setengah bulan diperjalanan sampai di Qom untuk berjemaah dengan Ayatollah Khomeni yang ketika itu menyambut jemaah kami dengan menunjukkan keindahan Qom. 




20 Ogos, 2010

Antara Kuale dan Tepen (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 13 August, 2010 18:02:51

    Bila bercerita tentang Ramadhan, tentang bulan puase. tentang kenangan zaman persekolahan menengah...pasti ramai antara kita teringatkan pekan Tepen. Tepen adalah pekan yang pasti kita kunjungi sewaktu di bulan puasa. Hari Jumaat telah berpakat. Beberapa kumpulan akan pasti menuju ke stesen bas kuale awe pagi dan berimpun belakang parker bas Red & Yellow. Masih ingat tebing rumah Jalil dan arwah Shafie. Atau ada yang berlonggok depan panggung Cathay.
    Sampe waktunya bas Reliance (kuale/Ipoh), Wai Thong (Manong) dan Red & Yellow (kita pangge bas Tepen) tiba di pekan Kuale membawa budok-budok Clifford yang berpakat untuk ke Tepen. Gang Berek, muka lazim Lapok sampe dan kita rame-rame terokam bas Tepen dengan tambang RM1.20 pergi/balik. Destinasi utama ialah Larut matang Supermarket. Bekalan duit dalam poket paling banyak RM50.00.

(akan sambung, nakan teman ajak ke Pasar Ramadhan, teman berbuke di surau je)
   
Yasin Ismail


Kita dan Kehidupan XIII (...posted by Sham)

Sent: Thu, 12 August, 2010 20:41:44

Sesudah mula saja keluar semula ke dunia luar, dimulai dengan lawatan ke Istanbul, pada Oktober, 2008, kebetulan MAS telah menganugerahkan tiket award percuma untuk seorang untuk beberapa destinasi pilihan, maka setelah dibuat penilaian, maka destinasi Mumbai di jadikan pilihan. Kebetulan ketika itu perayaan Diwali cukup hampir semasa dalam tempoh lawatan.

Mumbai atau Bombay, dikenali sebagai Kota Bollywood, dimana banyak pengambaran filem filem Hindi dibuat disini, terkejut dengan suasana kebisingan merintih dewa dewa sehingga akhir dinihari, tidak ketiduran untuk 2 malam, siangnya dah salah faham dengan charging tambang teksi, habis duit poket dibuatnya, sehingga terpaksa buat "cash advance", di mesin Standard Chartered Bank.

Dengan perasaan terharu, keesokannya ku mulakan langkah perjalanan ke Agra, demi melihat antara 7 perkara ajaib di dunia, Taj Mahal, lambang Demi Cinta Shah Jahan keatas isterinya, lantaran dibina Mousoleum yang hampir saban hari dilawati pelancong dalam dan luar negeri, 750 rupee untuk sekali masuk, dan bagi rakyatnya hanya 20 rupee.

Perjalanan dari Mumbai ke Agra menelan waktu 24 jam dengan keretapi, dan singgah semalam di Agra, keesokannya diawal pagi melihat sekeliling Taj Mahal untuk 2 jam sebelum menaiki keretapi semula ke Bombay.

Untuk melia benua kecil -India, laluan ideal adalah dengan menaiki keretapi, yang mempunyai railway line sejauh 60000 batu. That The Incredible India, jika nak masuk kali ke 2, Northern India menjadi pilihan destinasi, Lucknow, Kashmir dan gigian Banjaran Himalaya.


Sent: Sat, 14 August, 2010 13:18:30
Subject: [7378] Re: Kita dan Kehidupan.

Benua kecil India, meninggalkan banyak sejarah yang perlu dipelajari, dikaji dan di ketengahkan untuk di bincangkan.

Namun disudut persejarahan itu, banyak memberikan kesan keatas peradaban manusia di masa kini. Kehidupan kita tatkala ini adalah dibayangi dengan perjalanan sejarah silam.

Dilihat sahaja zaman silam, sistem beraja di India, Kesultanan Delhi, dan seumpamanya. Antara tinggalan yang amat menarik untuk dilihat adalah Taj Mahal , mausoleum yang terletak di Agra, India, dibina oleh Shah Jahan yang hanya mengenangkan isterinya Mumtaz Mahal. Aurangzeb, anak kepada Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, adalah antara yang menjadi bahan sejarah India untuk kurun ke 17 dan awal kurun ke 18. 

Sukar untuk dinilai dari sudut kemanusiaan dan keinsanan akan tinggalan tinggalan sejarah ini untuk dibahaskan dan dilihat bagaimana sukarnya rakyat dibawah takluk itu, demi menyiapkan suatu mercutanda yang masih ada, walaupun sudah hampir 500 tahun berlalu.

(Untuk bacaan bacaan lanjut, boleh rujuk difacebook dicarian, type Aurangzeb, Shah Jahan, Mumtaz Mahal)

Itulah serba sedikit catatan sejarah silam, yang diambil pelajarannya, dijadikan iktibar disepanjang zaman.

Incredible India.


Sent: Sat, 14 August, 2010 19:04:08
Subject: [7378] Re: Kita dan Kehidupan.

Alah Bisa Tegal Biasa, begitulah perumpamaan yang menggambarkan seseorang, yang dulunya asing baginya, tetapi sudah dilalui pelbagai ragam kehidupan, telah terbiasa dengan mehnah dan kerenah masyarakat. Namun selaku penduduk nusantara yang kaya budi dan bahasa, tidak tercorot dengan arus kemodenan yang menonjolkan global view kehidupan, mesti ala tamadun dunia terkini, namun ianya masih terpahat disanubari, mengenai tujuarah kehidupan hakiki, yang biasa menentukan perjalanan akhir selaku insan.

Sehari selembar benang, lama lama jadi kain, kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Begitulah keadaan perantauan berkelana di negeri asing, tidak sama dinegeri sendiri, kita dilahirkan di langit nusantara, berubah tempat dari langitnya, terasa asing dan janggal sekali dari sudut perasaan dan jiwa raga.

Terpelengung dengan soalan imigresen di Lapangan Terbang JFK New 
York, "Mr. Alli, why did your ticket did not have a returned date?", guling perin dengan soalan sedemikian, walaupun itulah kali ke 3 masuk New York, sebelum kejadian Sept 11. Macam lah lapar sangat nak duduk dinegeri dia.

Begitu juga kejadian di Heathrow London, melalui intoregasi yang panjang, sehinggalah lenguh berdiri mengadap nya, selaku pedagang picisan , berkelana mencari ruang dan peluang ada di mana mana, untuk dipetik dan dinikmati hasilnya. tapi bukanlah semudah itu bergoleknya rezeki, ikhtiar sepenuhnya, "since you have travel a lot in Europe, Australia and US as well, welcome to our country.", kata imigresennya kepada teman. Risau dengan deportation, kerana sebelum itu, ada rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Begitu asing juga, mana perginya orang Inggeris, yang rata ratanya, adalah imigeran dari India dan Pakistan, yang mengawalselia pintu masuk negerinya.

Begitulah negeri bekas kolonial dan selembar kisahnya seorang pedagang. 

Negeri terakhir dilawati adalah Perth Australia, dimana pemergian kali ini ditemani oleh business associate, yang sama sama membangunkan kerjaya perniagaan sebelumnya, dan pemergian ini menerima pengalaman pedih dengan interogasi paling lama, 3 jam diselongkar seluruh beg dan badan, "you are being suspect of drug traficking", apo nak dikato, ikut miker ler weh, rupa rupanya, dihari yang sama, ada rakyat Malaysia ditahan di Sydney.

Beginilah sukarnya perjalanan masuk ke negeri asing, dicap pelbagai, mengikut acuan mereka. 

Di Perth, berjumpa rakan dari Malaysia yang menuntut PhD disana, melepaskan remuk redam kisah di laluan masuknya Perth, rupa rupanya inilah pengalaman rata rata rakyat asing dibumi Australia.



18 Ogos, 2010

RAMADHAN OH RAMADHAN! (...posted by CPO)

Sent: Thu, 12 August, 2010 12:49:20

Ramadhan datang lagi

Membawa seribu erti

Menguji jati diri

Sejauh mana cinta pada Ilahi

 

Ramadhan datang lagi

Mengusir segala sunyi sepi diri

Dinihariku yang malap kian berseri

Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci

 

Ramadhan, datangmu memang kunanti

Rinduku padamu sentiasa mekar ditaman hati

Segar mengharum dibingkai rohani

Menjadi inspirasi pengabdian diri

Sepenuh jiwa raga pada Allah Rabbul'alamin

 

Ramadhan, kuharap kali ini kau takkan pergi

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi

Dan hanya akan datang menjengah kembali

Dengan membawa malam seribu erti

Pada tahun hadapan nanti


Nostalgia Puasa: Kuale di Hati (...posted by Yasin)

Sent: Thu, 12 August, 2010 12:56:18

    Sedang melamun sendirian. Terbaca nukilan saudara Azmi. Terimbau kenangan sewaktu kecil di kampung, Lagu P. Ramlee "Dendang Perantau" terngiang di sanubari. Resam hidup. Dekat berbau tahi, jauh berbau bunga. Kita titip setiap kenangan, suka atau lara menjadi penglipura di rantauan.         Lewat petang tadi berbuka di surau.......... Hati diusik rasa. Teringat di surau atau di Kota Lama Kiri lebih dikenali madrasah, selepas zohor, bersibuk dengan orang-orang tua, mengupas bawang dan sebagainya untuk penyedian "pencuk" , kata orang tempat aku menganti istilah bubur lambok.
    Meriah suasana waktu itu, seronok ditegur kerana orang tua tidak mahu memarahi di bulan puasa. Tadi pagi mengail di sungai Chepias, dapat beberapa ekor ikan tilan. Tak tahu apa nak buat. Bawa pulang ke rumah, ibuku tak sudi dengan ikan itu. Akhirnya ikan itu lepas ke teman mengail aku.
    Sambil membantu, sambil berbincang dengan rakan-rakan tetang persiapan " Malam 27". pasti kami akan bersedia untuk melawan dan bertanding dengan Madrasah Setambah dan Kampung Jias tepi sungai dan rumah Pak Mat Nek'joh. Kata mereka ini semua pakar buat panjut. Kata aku, kita lawan. Pernah mendapat tempat ke3 dan ke4. Wang hadiahnya, adik aku yang ambil, habis satu tin minyak tanah. Tungkus-lumusnya bermula dari puasa 4, Selepas berbuka, kami akan mengayuh basikal untuk mencari tong susu, terawih...ahhh pasti tinggal lagi. waktu pagi mencari buluh di tebing sungai. Yang elok pasti akan jadi meriam buluh, lawan Kota Lama Kanan. Juga perlu dicari tanah liat untuk panjutbuluh.
    Cuti sekolah, kami berkayuh ke Kuale, terus ke tebing sungai Perak, membawa "monopoly' yang abang Yunus beli sewaktu dia belajar di New Zealand dan sekarang ditinggalkan di kampung (Allahyarham Dato Prof. Mohd Yunus Noor -Al-Fatihah). Kata aku, abang Yunus dah pesan, "Awang boleh ambik bawa keluar dari rumah, orang lain tak boleh". Sebenar abang Yunus tak larat nak larang aku Lagipun abang Yunus takkan marah pada aku, aku baik dengan anaknya Rosli dan Farid. Bagi duit raye lagi ade. Maka bermainlah kami dari pagi hingga lewat petang, sembahyang langsung. Itulah alam kanak-kanak, baru darjah 5-6.
    Kayuh basikal, balik rumah untuk berbuka amat memenatkan. Kalau ada lebih duit, akan ke lembah beli pau daging cina, baru 2 kupang sebji. Tapi kena sorok di rumah nanti, kalau abang aku tahu gerenti lesap. Tiba di rumah, ibu tercinta akan berleter. "Cuti sekolah bukan nak nolong orang kat madrasah".
    Kemudian ibu beritahu, more buka puasa malam ni giliran Pak Zam (Dato Abdullah Zawawi (bekas Timb. Peng. SPR). Orang banyak duit buat nasi minyak le. Dia ada bagi duit raya kat kamu. "Aahhhh......dengus hati aku, nama aje adik-beradik, nak raya baru bagi duit, mana sempat beli baju raya".
    Hidup kami tidak senang, tidak juga susah, cuma aku kematian bapa dalam usia yang sangat awal, darjah 3. jika bapa aku masih ada , aku tidak nakal begini, bapa aku pegawai kerajaan, super-scale (bahasa ketika itu)
    Kawan-kawan Cliffordians 73/78, Clifford menghasilkan ramai cendiakawan, ramai Tan Sri dan Datuk. Antaranya Tan Sri Sabki Jahidin> Rekod 100m nya belum pecah lagi di Clifford , kata Pak Noor(Mat Noor Long - Al - Fatihah), bapa, Dato Yunus. Kita patut berbangga dengan alma mater kita. Ayah Lop (Noni kenal) Megat Nordin, S/U pertama LLN dan adiknya Dekan UTM.
    Mari kita imbau kembali. Kuale dihati....
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


RAMADHAN OH RAMADHAN! (...posted by CPO)

Sent: Thu, 12 August, 2010 12:49:20

Ramadhan datang lagi

Membawa seribu erti

Menguji jati diri

Sejauh mana cinta pada Ilahi

 

Ramadhan datang lagi

Mengusir segala sunyi sepi diri

Dinihariku yang malap kian berseri

Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci

 

Ramadhan, datangmu memang kunanti

Rinduku padamu sentiasa mekar ditaman hati

Segar mengharum dibingkai rohani

Menjadi inspirasi pengabdian diri

Sepenuh jiwa raga pada Allah Rabbul'alamin

 

Ramadhan, kuharap kali ini kau takkan pergi

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi

Dan hanya akan datang menjengah kembali

Dengan membawa malam seribu erti

Pada tahun hadapan nanti


IN OUR THOUGHTS AND DOA....

Sent: Tue, 10 August, 2010 0:33:56

Dear Friends and Salam ALL,

 

Exactly a year ago, August 9, 2009 a good buddy, friend of mine and to the majority of you, SAZALI NORDIN @ KUTU passed away after months fighting due to colon cancer. Fate took its cause after his resilience fighting the battle over two operations, in and out from Serdang Hospital with me, our President, Faisal and his close business associates plus family members endured the pain and suffering that he went through until the day that he left us forever.

 

On that August 9 night prior his burial, we managed to gather a number of our friends, the likes of Aiznin, Fuzy, Aziz Brojin, Duan Mansor, Mustafa Kulup Ngah, Suhaimi Putu, Shakip Emir, Duan Omar and a few others to pay our last respects.

 

One of his unfulfilled wishes and dream were to gather and have a reunion of sort for this batch of ours Cliffordian 73/78 which on numerous occasions we talked and shared this aspiration together. A few of us had actually fulfilled his wishes although he was no longer around to be part of it as God may have loved him more.

 

He was actually more like a brother to me. We have always touched base from as early after we left school, while he was with MAS, at Mafira, left Mafira when Faisal offered him a job at Arc Radius, parted ways with Arc Radius to be on his own and until the moment he was diagnosed with colon cancer and the day he passed away. 'Until death do us part', that's how close we were as friends and buddies!

 

A year ago I quietly mourned the loss of a good buddy and friend!

 

MOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT. ALFATIHAH.

 

Regards and Wassallam

Hasni

   


Sent: Tue, 10 August, 2010 9:57:56
Subject: Re: [7378] IN OUR THOUGHTS AND DOA....

Sudah setahun ianya berlalu, tatkala kematian disampaikan berita diangin lalu, aku dikejutkan dengan deringan telefon mengkhabarkan berita kepulangannya Arwah Sazali, ketika itu, aku berada di Kuala Lumpur atas sifatnya bekerja di luar kawasan hakikiku, di Perlis, lantas dikhabarkan juga pada Aziz di Melaka, Husni yang baru dipindahkan dari Perlis , bertugas ditempat barunya, di KL, lantas perkhabaran itu diterima setelah Arwah telah disemadikan pada petangnya, keesokannya, aku , Aziz dan Husni kerumah Allahyarham menziarah di USJ, disitulah sebahagian kecilnya rakan rakanku yang tak pernah ditemui, ditemukan, Faisal, Duan Omar, dan beberapa yang lain, tidak teringat, dan di malam itulah detik sejarahnya, dimulakan untuk mengumpul rakan rakan 7378 dicapai kata putus untuk ditemukan semula pada 10 10 2009.

Peristiwa kematian Arwah Sazali menjadi pemangkin, diwujudkan semula, menjejak rakan rakan yang terpisah.

Di detik itulah, terasa , tua benar, tatkala mencapai usia emas, ditemukan semula, berkomunikasi, dan berinteraksi, moga kejadian ini dapat mendidik hati hati, yang kita juga bakal dipanggil pulang, yang detik detiknya, semakin hampir.

Yang masih ada, diberi ruang dan kesempatan, untuk berbakti pada masyarakat dan ummah sejagat, dikorbankan sedikit usia yang masih ada, kearah redha Tuhan, sebelum kita kembali.

Alfatihah, buat teman, Arwah Sazali, yang tak pernah kutemui setelah meninggalkan alam persekolahan di tahun 1978.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Date: Tue, 10 Aug 2010 08:41:42 +0800

Having the privilege of meeting him months and a few days before he passed away....although suffering from cancer... but I would rather still say that he went peacefully cos he knew and he actually smiled at me when we last shook hands...
He is a brother Cliffordian who share the same birthday with me , I will definitely miss the birthday wishes from him year after year...but  will also remember him.....Al Fatiha.

megataf 

 


MATLAMAT GOGGLEGROUP REVISITED SETELAH HAMPIR SETAHUN

Sent: Mon, 9 August, 2010 15:18:53

Kata-kata cebisan dibawah ini adalah untuk direnungkan, di dalam kita menjana persahabatan yang telah lama hilang dek zaman, dan tugas hakiki inilah yang mencernakan kesinambungan persahabatan yang telah lama terpisah, keikhlasan dalam berkawan, menyatakan hasrat dan berinteraksi agar, kita saling memahami antara satu sama lain. Ini adalah bingkisan untuk sama sama kita menjaga keharmonian dalam Group ini, "Yang benar benar kesulitan dan terhimpit dengan permasalahan, kita cari solusi untuk meringankan beban rakan rakan kita."


Revisited; Ingat Mengingati. sesungguhnya, rakan rakan kita adalah cermin pada diri kita sendiri.

Salam Semua,

Ada kedapatan dari suara suara yang tidak berapa enak didengari menyuarakan disini, amat  berbesar hati dan bangga kerana berada di kalangan saudara saudara semua yang teman kira adalah satu 'group old boys' yang telah berjaya dalam usaha merapatkan persahabatan dengan tidak mengira keturunan, bangsa dan agama.

Terima kasih teman juga khas kepada saudara Faizal yang mengutarakan  3 garis panduan pada hari pertama yang telah pun membuahkan hasil kejayaan ini iaitu :

1. Agar kita tidak berpolitik  sesama kita oleh kerana mungkin antara kita tidak sama pegangan ideologinya. 
2. Tidak berdakwah tanpa mengambil kira 'sensitivity' kengkawan yang berlainan ugama dan bangsa.
3. Tidak berurusan business yang melibatkan kewangan persendirian serta 'pinjam meminjam' yang boleh membawa kepada 'terlupa' membayar, kerana kita semua tahu disebabkan wang bukan sahaja ianya boleh merosakkan persahabatan malah perkawinan juga boleh jadi cerai berai.

Dengan itu teman kira , kita perlulah meneruskan kejayaan usaha sama kita ini dan berhati hati dalam perkara perkara telahpun membuahkan hasil dan ianya perlu dijaga oleh kita semua .

Sekali lagi SYABAS CLIFFORDIAN 7378 !!

--
HISHAMUDIN ALLI
HDL Management Consultancy Sdn. Bhd.
23, 1st Floor, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah,01000 Kangar, Perlis

Ruang kosong Ihya Ramadhan (...posted by Yasin)

Sent: Sun, 8 August, 2010 11:30:18

Salam
Pernah saya nyatakan di dalam diri kita ada satu ruang....ruang yang tanpa kita sedari...kita biarkan ia kosong kerana sibuknya kita mengejar kehidupan materialistic. Kita terus mencari keperluan hidup, lupa pada persekitaran.    
    Tanyalah diri, jika perkumpulan Cliffordians73/78 ini cuba diwujudkan pada sekitar 1980an, apakah kita mampu membahagikan masa for this cause. I doubt it because we were at that pariticular time were very busy building our life, career and family. We dedicated fully on that.
    Lantas masa berlalu. Alhamdullillah, ramai kita berjaya membina diri, membina kesejahteraan keluarga and we are much contented with what we achieved...and one morning I woke-up with a call of my long-lost friend conveyed the news of our late Sazali. Then I realised how time flies and I almost lost my beautiful life of the yesteryears. How I longed to see my dears friends, faisal, Aiznin, Lapok, Lampang, to mention a few. At that very moment I knew there a vacuum in me need to be filled with something news...
    Kita ingin menyambung siratulrahim, Kosong itu perlu dipenuhi kerana ada yang 'tertinggal dalam rantaian hidup kita" Sebenarnya dalam kita berlari mengejar kehidupan, kita tinggalkan sesuatu di belakang...dan kini hidup kita makin tenang dan ingin kita sambungkan tali sejarah kehidupan.
    Kini, ramai diantara kita merasakan 'kosong itu telah terisi".
    tetapi ada lagi ruang kosong itu. masih ada ruang lagi. Kekeluargaan, family life. As our children leave us...like what we did once in the early 80's, there is a vacuum again, and now it is what we called "empty nest".
    Kembali kita mencari sesuatu untuk mengisi pula ruang itu, ruang kemesraan. Kita kini ingin dibelai, alangkah anak-anak pula sibuk mengejar kehidupan mereka. Saya kerap menalipon anak, ingin wujudkan kemesraan yang dahulu terlalai untuk untuk memenuhi kehendak kerana kesibukan itu.
    My dear cliffordians..di ruang ini kita boleh berbicara. Berkongsi pengalaman. jangan kita sekali lagi membiarkan ruang terlalu kosong....
 
    Selamat Menyambut Ramadhan yang hening. Ihya Ramadhan. Kita perantau, pasti terkenang kampung halaman. Kuale, tempat bermula kita menghayati seronoknya ramadhan, meriam buluh Sayong, Panjut Kota Lama. Damainya lembah sungai perak, kita membuang masa menanti waktu berbuka, popia mamak di lorong lembah, sayang jam besar.
Tidak mungkin kita kembali ke alam itu....tetapi kenangan bersam rakan Clifford abadi. Salam mesra. Ku sambut salam dan ucap mesramu.
    Ini tahun kedua ibu tidak bersama aku menyambut Ramadhan yang hening. Kasihmu abadi. Sempat aku ke pusara.,,,menyatakan rinduklu pada usia senja ini. tadi aku bertanya khabar pada anakku.
    Kita ketemu pada 28 ogos, jika Allah SWT mengizinkan kita. Insyaallah.
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


16 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan XII (...posted by Syam)

Sent: Sat, 7 August, 2010 21:45:22

Dalam teori pemasaran dan begitu juga ekonomi, membangkitkan suatu usul, bahawa produk atau servis yang ditawarkan, yang dah nak hampir menurun permintaannya, perlu diperkenalkan produk atau servis baru bagi meneruskan agenda syarikat dan perniagaan syarikat.

Yang pastinya, pemeliharaan berterusannya survival, memerlukan jalan yang betul dilalui, agar ianya tetap evergreen, dan dapat menggarapkan pulangan demi survival itu sendiri.

Mencari kurniaan Tuhan dan rezeki yang tidak terbatas ini, dimana sahaja, adalah peluang yang terbentang luas, bertebaranlah mencarinya, dengan keizinanNya, rezeki biasa datang tanpa diduga. Begitulah kehendakNya.

Sudah puas merantau dan berkelana, hanya di lingkaran kita, biasa memperluaskan horizon pemikiran, sejauhmana kita berjalan, dilingkaran itulah kurniaan Tuhan terbentang luas, awal tahun 2005, kuperluaskan kembaraku di kota London, setelah 45 tahun umur jasad, dijejaki jua tanah kolonial ini, melihat lihat dipersekitaran Selat Inggeris, sehingga Exeter, kebetulan ada rakan dari Perlis yang menyambung PhD disana, dan juga rakan lama di ITM yang berkhidmat di London. Perjalanan  ini mengembangkan pemikiran, agar kita lebih berhati hati dalam tindakan dan mematangkan pemikiran, dan kehidupan hakiki sebenarnya. Setelah balik ke Malaysia, Tabung Haji telah mengutus surat atas kesediaan mereka menerbangkan aku dan isteriku menunaikan Haji pada hujung tahun 2005, maka berkursus lah untuk persediaan kearah matahari jatuh. Itupun setelah kali ke 3 tawaran itu dibuat. Tahun itu juga matlamat memenuhkan biaya perjalanannya dicari dan diikhtiarkan.

Rezeki yang tidak di duga datang tetiba, disaat saat genting ia datang mencari sesiapa yang diperlukan dan yang memerlukan. Melepasi hajat besar ini adalah kurniaan Tuhan, syukur atas nikmatNya yang terbentang luas.

Sampai harinya 7 Disember, 2005, 3 hari sebelum berangkat, sambil memikirkan manalah nak kucari bekalan untuk tinggalkan pejabat usang ini, nak bayar overheadnya disepanjang tinggalan 45 hari.

Dihari hari akhir sebelum kepemergian ke matahari jatuh, nah ini habuan kamu sekian sekian banyak, untuk tempoh pemergian kamu berdua. Lepas lah habuan overhead pejabat usangku untuk 45 hari mendatang.

Sent: Sun, 8 August, 2010 19:02:18

Setelah pulang ke tanahair, selama 45 hari di Tanah Suci Mekah dan Ziarah Madinah, hampir sebulan jua untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, suasana baru, setelah berhempas pulas dengan tuntutan rukun dan wajibnya, kehidupan menyara penghidupan adalah perkara yang amat utama, lebih lebih lagi suasana anak anak sedang membesar, fokusnya adalah melepaskan biaya persekolahan dan perbelanjaan harian. Setelah pemergianku ke Mekah, amat jarang untuk menjelajah dunia yang ku tempuhi sebelumnya, jika adapun hanya disekitar negara negara Asean dan sekitarnya sahaja, sehinggalah ke tahun 2008, baru bergerak semula ke Istanbul pada April 2008, itupun untuk mencari ruang perniagaan baru, menghubungkan dengan peniaga peniaga permaidani buatan tangan, dan mempelajari kaedah kaedah ketukangannya.

Namun perniagaan ini tidak kesampaian apabila gawat ekonomi kembali lagi dimana ianya tidak memampukan kita berbelanja keatas perkara perkara yang kurang penting.

Istanbul adalah Kota Constantinople yang ditakluk oleh Islam menerusi Kerajaan Abbasiyah, yang juga kota yang adanya ketiga tiga tamadun dunia, iaitu Islam, Kristian dan Byzantium. Menjelajah jalan jalan kecilnya, membawa kenangan kenangan silam dimasa akhir akhir Kerajaan Abbasiyah pada kejatuhannya 1924. Lorong lorong kecil jalanannya disekeliling Masjid Biru (Blue Mosque), ini masih dipelihara dan tertegaknya Khilafah Islamiah disitu. Namun itu telah menjadi sejarah kini, apabila dijatuhkan oleh regim Kamal Attaturk dengan fahaman sekularisme, memisahkan agama dengan kehidupan harian. 

Kini, kenangan di Istanbul, datang lagi, dengan kunjungan ke muzium muzium yang tak kesampaian semasa kunjungan  pertama dahulu.


12 Ogos, 2010

The next Jebon (...posted by Azlin)

Sent: Thu, 5 August, 2010 0:23:21




Azlin Nadzri Budaqqualer Sent from my iPhone

Kita dan Kehidupan XI (...posted by Sham)

Sent: Sun, 1 August, 2010 15:24:48

Membawa hati yang pilu, terkenang apa yang telah pergi membuat seseorang bersifat mandum, kelihatan dungu dan serupa ayam berak kapor. Inilah fasa fasa kehidupan, yang ada kalanya macam orang kalah bersabung, kalah judi dan umpamanya. 

Jangan putus asa kawan, itulah kata kata perangsang dari rakan yang seiring dinegeri orang, sama sama menetap di Kangar, dan sama sama makan pisang berangan dikala zaman merudum, tak mampu nak biaya makan tengahari diwarung, 'kedai cetok' , untuk meneruskan kerjaya dan memikirkan keberlangsungannya. 

Rakan diperantauan ini selalunya berkawan jua dengan sama senasib dengannya. Sama sama merasai bidalan, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Beginilah kemurungan ini, acapkali, keluar malam, sering bertukar tukar pandangan dan memberikan buah fikiran.

Jika duit ditangan ada lebih sedikit, acapkali aku dan Roslan, menikmati "mee gulung", masakan specialties dari resepi Thai, tukang masaknya dari Pattani, Thailand. Selalu juga kami berbicara, macammana lah nak survive.

Pada tahun 2004  sebaik sahaja, consulting work di Filipina tidak membuahkan apa apa kecuali hutang, maka terbanglah ke Negeri di bawah angin, ke Sydney, mencari ruang dan berpersatuan dengan Quality Society of Australasia. Australia, pada mula mula menjejak kaki dibuminya, disambut dengan anjing, German Schepard, mencium segala apa yang diarah oleh pengendalinya. Dan dibuka lah beg  pakaian, bertegang urat lah dengan dept of agriculture, yang untuk mengkuarantinekan tin sardin yang dibawa bagai bekal. Nak dikompaunnya, atas larangan itu, rupa rupanya untuk masuk ke Australia ini, bawa badan sajalah, jangan nak menyiksa diri, bertegang urat dengan kastamnya. 

Sambil menghadiri seminar, di Paramatta, lebih kurang 50 km dari Airport, Sydney.  Mujurlah tin sardin ni dilepaskan, minta pihak hotel sediakan nasi kosong sepinggan, A$ 2. Macam beli emas le pulak, keesokannya, makan roti lubnan bercicahkan tuna sardin yg dibawa. 


Sent: Mon, 2 August, 2010 21:02:03

Bumi asing ini menyaksikan kedatangan, sipembansat, (kata orang sebelah Utara Semenanjung), menyelami kehidupan sosial di Australia, rata rata masyarakatnya, yang berasaskan perkhidmatan, menyara hidup mereka. Inilah gaya hidup, negara maju, setiap khidmat yang diberi, perlu dibayar, hatta si penunjuk jalan pun ada bayarannya.

Asing sungguh budaya itu, rata rata masyarakat Timur, begitu berlapang dada kepada pendatang, benarlah kata pendatang dari benua kecil India, "rezeki ada dimana mana di nusantara ini", mungkin peribuminya terlalu penyantun, hingga apa yang menjadi keperluan, di tebarkan kepada yang mencari peluang, maka kebanjiranlah dengan masyarakat pendatang asing meraih rezeki dibumi nusantara.

Kita yang kailnya panjang sejengkal, menyabung nasib mengail ikan di lautan luas, apakan daya tangan tak sampai, bot kecil yang dibawa, dihempap ombak deras yang biasa menenggelamkan.

Sebagai anak desa, yang ilmu tak setinggi mana, biasa berpatah arang, kalah sebelum berperang.

Begitulah nasib anak desa diperantauan, mencari dan terus mencari, demi memanjangkan kail dan bot yang lebih besar.

Cari dan terus mencari!