Laman Utama

21 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan XIV (...posted by Sham)

Sent: Tue, 17 August, 2010 10:53:31

Perjalanan terakhirku ke negara negara dibawah angin dan atas angin adalah disekitar Oktober, 2009, sebelum pertemuan pertama rakan rakan lamaku di zaman persekolahan yang dijadualkan pada 10 10 2009, sebelum perjalanan dibuat, pernah juga bertanya mem, nak ikut ke ke Perth, kebetulan MAS ada menawarkan pakej tambang yang agak mampu beli, sekitar RM 1,000 pergi balik. Lantas dijawapnya, mun kalu negeri orang putih, tak mahu ikut sekali. Lantas ku pelawa rakan perniagaanku selama 15 tahun, Fakhrudin, menjelajah bumi Perth. Berkelana kami berdua di bumi Perth untuk beberapa hari.

Yang menarik di Perth, adalah dunia bagi golfer, namun yang bukan kaki golf, merayau rayau lah kami berdua diantara pinggiran pinggiran Perth melihat lihat dipersekitaran.

Swine River menyaksikan kehadiran kami dengan tenang, namun setenang tenang sungainya, jangan difikir tiadanya buaya. Itulah bahasa kiasan, untuk tenangnya Swine River.

Setenang tenangnya biasa menenggelamkan feri feri lalu lalang disitu dan ada jua kematian dilaporkan.

Jauhnya perjalanan, menambah dan meluaskan horizon pemikiran, agar kita memikirkan kebesaran Tuhan Seru Sekian Alam, keatas kejadian kejadian dibumiNya yang luas terbentang.


Kajang Pak Malau kajang berlipat.. Kajang hamba mengkuang layu..
Dagang Pak Malau dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu

Begitulah  tulisan akhir bagi Kita dan Kehidupan, bagi mengisahkan pengalaman perjalanan kehidupan, serta pengalaman pengalaman yang terselit disana sini, hanyalah sebahagian dari kehidupan kemanusiaan. Sama sahaja dimana jua, ada yang baik dan ada yang buruk, bergantung pada masa dan tempat.

Berhati hati bagi rakan rakan yang bakal berjalan mahupun mengembara diusia emas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan