Laman Utama

10 Ogos, 2010

Jemaat (...posted by CPO)

Sent: Fri, 30 July, 2010 8:16:03

Bunga ros penambat hati

Bunga Tanjung didepan rumah

Bawak kereta berhati-hati

Ke pekan Lumut kite terojah.

 

Bumbung rumah pengganti diri

Tiang seri sudah bertukor

Sampai Lumut calling2 le nanti

Jangan le gusar jangan le risor.

 

Gendang gendut tali kecapi

Tali putuih ganti besi

Yang dari perlis hingga ke penanti

Kuala Lumpur, kajang semua mari.

 

Makan satay bersama ketupat

Banyak tibai kepala penin

Teman bergerak lepeh sembahyang Jumaat

Bersama President, BJ dan Aiznin

 

Jangan komer buat tak reti

Mula puasa 11 haribulan

Halatuju kita inilah hari

Kearah kesinambungan masa hadapan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan