Laman Utama

20 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan XIII (...posted by Sham)

Sent: Thu, 12 August, 2010 20:41:44

Sesudah mula saja keluar semula ke dunia luar, dimulai dengan lawatan ke Istanbul, pada Oktober, 2008, kebetulan MAS telah menganugerahkan tiket award percuma untuk seorang untuk beberapa destinasi pilihan, maka setelah dibuat penilaian, maka destinasi Mumbai di jadikan pilihan. Kebetulan ketika itu perayaan Diwali cukup hampir semasa dalam tempoh lawatan.

Mumbai atau Bombay, dikenali sebagai Kota Bollywood, dimana banyak pengambaran filem filem Hindi dibuat disini, terkejut dengan suasana kebisingan merintih dewa dewa sehingga akhir dinihari, tidak ketiduran untuk 2 malam, siangnya dah salah faham dengan charging tambang teksi, habis duit poket dibuatnya, sehingga terpaksa buat "cash advance", di mesin Standard Chartered Bank.

Dengan perasaan terharu, keesokannya ku mulakan langkah perjalanan ke Agra, demi melihat antara 7 perkara ajaib di dunia, Taj Mahal, lambang Demi Cinta Shah Jahan keatas isterinya, lantaran dibina Mousoleum yang hampir saban hari dilawati pelancong dalam dan luar negeri, 750 rupee untuk sekali masuk, dan bagi rakyatnya hanya 20 rupee.

Perjalanan dari Mumbai ke Agra menelan waktu 24 jam dengan keretapi, dan singgah semalam di Agra, keesokannya diawal pagi melihat sekeliling Taj Mahal untuk 2 jam sebelum menaiki keretapi semula ke Bombay.

Untuk melia benua kecil -India, laluan ideal adalah dengan menaiki keretapi, yang mempunyai railway line sejauh 60000 batu. That The Incredible India, jika nak masuk kali ke 2, Northern India menjadi pilihan destinasi, Lucknow, Kashmir dan gigian Banjaran Himalaya.


Sent: Sat, 14 August, 2010 13:18:30
Subject: [7378] Re: Kita dan Kehidupan.

Benua kecil India, meninggalkan banyak sejarah yang perlu dipelajari, dikaji dan di ketengahkan untuk di bincangkan.

Namun disudut persejarahan itu, banyak memberikan kesan keatas peradaban manusia di masa kini. Kehidupan kita tatkala ini adalah dibayangi dengan perjalanan sejarah silam.

Dilihat sahaja zaman silam, sistem beraja di India, Kesultanan Delhi, dan seumpamanya. Antara tinggalan yang amat menarik untuk dilihat adalah Taj Mahal , mausoleum yang terletak di Agra, India, dibina oleh Shah Jahan yang hanya mengenangkan isterinya Mumtaz Mahal. Aurangzeb, anak kepada Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, adalah antara yang menjadi bahan sejarah India untuk kurun ke 17 dan awal kurun ke 18. 

Sukar untuk dinilai dari sudut kemanusiaan dan keinsanan akan tinggalan tinggalan sejarah ini untuk dibahaskan dan dilihat bagaimana sukarnya rakyat dibawah takluk itu, demi menyiapkan suatu mercutanda yang masih ada, walaupun sudah hampir 500 tahun berlalu.

(Untuk bacaan bacaan lanjut, boleh rujuk difacebook dicarian, type Aurangzeb, Shah Jahan, Mumtaz Mahal)

Itulah serba sedikit catatan sejarah silam, yang diambil pelajarannya, dijadikan iktibar disepanjang zaman.

Incredible India.


Sent: Sat, 14 August, 2010 19:04:08
Subject: [7378] Re: Kita dan Kehidupan.

Alah Bisa Tegal Biasa, begitulah perumpamaan yang menggambarkan seseorang, yang dulunya asing baginya, tetapi sudah dilalui pelbagai ragam kehidupan, telah terbiasa dengan mehnah dan kerenah masyarakat. Namun selaku penduduk nusantara yang kaya budi dan bahasa, tidak tercorot dengan arus kemodenan yang menonjolkan global view kehidupan, mesti ala tamadun dunia terkini, namun ianya masih terpahat disanubari, mengenai tujuarah kehidupan hakiki, yang biasa menentukan perjalanan akhir selaku insan.

Sehari selembar benang, lama lama jadi kain, kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Begitulah keadaan perantauan berkelana di negeri asing, tidak sama dinegeri sendiri, kita dilahirkan di langit nusantara, berubah tempat dari langitnya, terasa asing dan janggal sekali dari sudut perasaan dan jiwa raga.

Terpelengung dengan soalan imigresen di Lapangan Terbang JFK New 
York, "Mr. Alli, why did your ticket did not have a returned date?", guling perin dengan soalan sedemikian, walaupun itulah kali ke 3 masuk New York, sebelum kejadian Sept 11. Macam lah lapar sangat nak duduk dinegeri dia.

Begitu juga kejadian di Heathrow London, melalui intoregasi yang panjang, sehinggalah lenguh berdiri mengadap nya, selaku pedagang picisan , berkelana mencari ruang dan peluang ada di mana mana, untuk dipetik dan dinikmati hasilnya. tapi bukanlah semudah itu bergoleknya rezeki, ikhtiar sepenuhnya, "since you have travel a lot in Europe, Australia and US as well, welcome to our country.", kata imigresennya kepada teman. Risau dengan deportation, kerana sebelum itu, ada rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Begitu asing juga, mana perginya orang Inggeris, yang rata ratanya, adalah imigeran dari India dan Pakistan, yang mengawalselia pintu masuk negerinya.

Begitulah negeri bekas kolonial dan selembar kisahnya seorang pedagang. 

Negeri terakhir dilawati adalah Perth Australia, dimana pemergian kali ini ditemani oleh business associate, yang sama sama membangunkan kerjaya perniagaan sebelumnya, dan pemergian ini menerima pengalaman pedih dengan interogasi paling lama, 3 jam diselongkar seluruh beg dan badan, "you are being suspect of drug traficking", apo nak dikato, ikut miker ler weh, rupa rupanya, dihari yang sama, ada rakyat Malaysia ditahan di Sydney.

Beginilah sukarnya perjalanan masuk ke negeri asing, dicap pelbagai, mengikut acuan mereka. 

Di Perth, berjumpa rakan dari Malaysia yang menuntut PhD disana, melepaskan remuk redam kisah di laluan masuknya Perth, rupa rupanya inilah pengalaman rata rata rakyat asing dibumi Australia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan