Laman Utama

10 Ogos, 2010

Diwaktu Senjaku (...posted by Aiznin)

Sent: Tue, 27 July, 2010 19:58:50

Tatkala bulan Maret menjelma, ku hadapi dengan penuh gusar. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Ada harapan yang hendak disampaikan. Ada wajah yang kepingin ku renung kembali buat ingatan. Namun tidak semuanya tercapai. Tidak semuanya berhasil.

Gembiranya hatiku melihat teman teman ku yang telah berganjak dari era kebudak budakan dan menunjukkan kematangan diri mereka. Yang dahulu buas dan nakal kini berkepiah dan berjambang. Ada juga yang ku dengari telah menjelajah dunia selama 40 hari bersama kumpulan yang pernah ku ikuti. Syabas sahabat moga moga pencarian keredhaan Allah telah diketemui.

Rakan rakan seperguruan ku berkumpul bukan kerana menagih kasih, tapi demi mengikat kembali kasih antara sahabat, kasih antara rakan dan boleh ku katakan kasih antara seteru. Seteru yang berkisar kepada pengaruh dan keadaan semasa.

Kini diusia senja ku ini, aku dapat kembali mengingati peristiwa peristiwa sayu, sedih dan paling menghiburkan hati peristiwa gelak ketawa dan keranjangan remaja ku bersama kawan kawan dan sahabat sahabat.

Namun ada tika ku risau, adakah ianya akan berkubur begitu sahaja, setelah hilang 30 tahun adakah perlu aku menunggu 30 tahun lagi sebelum nafas terakhirku untuk mendengar celoteh dari mereka. Bukan kerana hidup ku sepi tapi ada rahsia yang dikongsi bersama seangkatan manusia ini selama 6 tahun dan setengahnya selama 7 tahun - dari berhingus 12 tahun ke 18 tahun. Satu jangka masa yang membentuk keperibadian seseorang insan. Dijangka masa ini lah nilai nilai murni dan sebaliknya ditanam dalam jiwa sanubari ku. Aku yang dihantar merantau diusia 12 tahun setelah merantau dari umor 6 tahun kini mendapat meletakkan akar umbi meskipun aku bukan kelahiran bumi di situ.

Adakah mungkin aku bertemu kembali sahabat ku di tempat permulaan perantauan ku di Lumut? Adakah putaran kehidupan benar? Sehingga berkelana ku yang bermula di tepian pantai Lumut bersama sahabat dan rakan ku.

Alhamdullilah ku ucapkan kepada mu Allah. Dikau lah tempat aku menyembah dan Dikau lah tempat aku meminta pertolongan.

Sahabat bukan nya bermaksud untuk menyingkap tirai yang telah labuh. Bukan nya untuk mengisarkan semula cerita cerita lama tetapi untuk meraikan persahabatan. Kita hanya merancang Allah Taala menentukan.

Perjalanan ku dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar yang singgah sebentar di Kg Blanja Parit ke London dan Melbourne berakhir dengan kembalinya aku ke Kuala Kangsar untuk menabur bakti kepada bumi yang ku akui tanah tumpah darah ku......

Semoga cerita cerita sahabat terus dapat diikuti......

wassalam - wallahualam......

SA Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan