Laman Utama

10 Ogos, 2010

LUMUT HERE WE COME (...posted by Hasni)

Sent: Thu, 29 July, 2010 12:15:00

Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Esok komer jangan le berlengah

Di Bandar Lumut kite berjumpa

 

Pisang emas dibawa belayor

Masak sebiji di atas peti

Kawan yang tak baca email ceh komer ceroyor

Boleh le kite berjumpa  lagi

 

Satu, dua, tiga empat

Lima, enam, tujuh, lapan

Mekomer semua jangan buat tak ingat

Kengkawan menunggu penuh harapan

 

Mona Gersang pujaan Yasin

Jeton pulak gemor dek Nin

Balik dari Lumut boleh beli ikan masin

Jangan makan banyak nanti kepala penin.

 

Amir nak antor daging kambing

Lobster ditangkap di lautan India

Jijul dan Ajih jangan lah runsing

Kalau tempat sudah tersedia.

 

Jeli ke KB jalan berbelok

Tepi jalan orang juer sayor

Komer bawak kereta bior elok-elok

Takan lari gunung dikejor.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan