Laman Utama

21 Ogos, 2010

Semalam Dalam Perjalanan

Sent: Tue, 17 August, 2010 17:46:43
 
Semalam samada aku bermimpi atau aku menyeberang ke alam yang tidak dilihat oleh mata kasar. Aku berada ditempat yang amat nyaman dengan angin sepoi sepoi bahasa. Tempatnya teduh dipenuhi dengan pohon pohon rendah yang lebat dengan buah buahan. Buah kegemaran ku buat Tin dan buah Zaiton banyak bertumbuh. Sungguhpun aku tidak tahu bagaimana buah Tin tumboh dan masak namun aku yakin buah yang aku nampak tadi buah Tin - entah macamana aku mengetahuinya Wallahualam.
http://officeimg.vo.msecnd.net/en-us/images/MB900049413.jpg
 
Bagaimana aku berada disitu tidak pulak ku ketahui, namun yang pasti aku berada disuatu tempat yang aman nyaman dan tenteram. Sungguhpun demikian anak telinga ku terdengar raungan yang amat menghiris hati sekali kala dan juga bunyi deruan api yang kuat sehingga membuat aku takut. Aku cuba mencari penghuni di Utopia ini - dimana mereka? dan siapakah Penghulu nya.
 
Namun usaha ku tidak berhasil dan aku berasakan aku telah berjalan berbatu batu, aku terlihat sebuah bangunan di ufuk dan terus melangkahkan kaki menghala ke sana. Dari jauh aku lihat beberapa orang melambai lambai ke arah ku dan ada pula yang seolah olah menghalau aku dari tempat itu.
 
Kota yang putih dengan tompok tompok kelabu tersergam indah dihadapan ku, rupanya seperti sebuah mesjid tapi tiada pula penanda arah kiblat dan tiada pula balai azam.
 
Aku hairan kerana dalam perjalanan ku disini aku tidak berpeluh dan tidak berasa penat. Yang amat menghairankan lagi tiada sumber air ku temui, tiada sungai anak sungai sumur atau apa apa sumber air. Yang lebih pelik pokok tumbuhan subur....... bisikan burung dan senggara hutan riuh kedengaran.
 
Ku berjalan lagi menghampiri makhlok yang melambai aku namun jarak masih tidak juga berdekatan.
 
Ku berhenti dibawah sebuah pohon - ku lihat ianya pokok Tembusu yang ku jangkan sudah se abad berdiri disitu.
Sedang ku berehat, ku terpandang wajah rakan seperguruan ku malah tiga rakan seperguruan ku. Terkejut aku, dimanakah aku ini, hati ku bertanya........ peloh jantan mengalir tanpa henti dari keningku, gementar tubuh badan ku, mengigil aku.
 
Rakan yang aku lihat tadi berada jauh namun iras rupa dan badan masih ku ingati seolah olah aku baru berpelokan dengan mereka semalam, walhal sudah hampir tiga dekad tidak berjumpa. Sudah tiga dekad kami saling meninggalkan masing masing.
 
Aku yakin yang aku lihat itu rakan rakan aku. Yang ku panggil sulong, pakaian nya kemas bertampong tapi kemas dan bersih, muka nya berseri tetapi bersedih. Namun Abang Sulong seolah olah tidak melihat aku. Abang Sulong berdiri seolah olah menunggu sesuatu, ditolehnya ke kanan dan ke kiri, didongaknya keatas dan mengeling gelingkan kepala beiau.
 
Abang Tengah ku lihat berbongkok sedikit. Berkelana kemas namun ada juga bertampong pakaian. Mukanya tidak dapat ku lihat dengan jelas. Namun tangan beliau sentiasa dibelakang dan sentiasa ku lihat Abang Tengah seolah olah berdebat dengan diri sendiri. Berkumat kamit mulut nya - samada berwirid atau berkata kata dengan diri nya. Abang Ke tiga ku lihat kurang berbeza dengan yang lain. Tidak segak tapi kemas dan rapi.
 
Ku cuba menarik perhatian mereka, namun tiada suara yang keluar dari halkum ku. Namun mereka pandang pada ku dan didalam kepala ku kedengaran suara Abang Sulong bertanya 'kenapa kamu kemari?'. Abang Tengah berkata 'belom lagi NIN' dan Abang Ketiga bersuara 'balik dolu, kirim salam pada yang lain'.
 
Lantas aku bertanya pada diri ku dan kepada mereka 'dimana saya, Apak, Man dan Zali?' dan terus aku dapati aku berada diverendah mesjid ditaman perumahan ku.
 
Kemana aku tadi dan bagaimana aku kembali?
 
Allahu Akbar.....................................
 
Ya Rabbi Ya Rahim - terima lah sedekah ku pada rakan rakan ku yang telah pergi dahulu dari ku dan pakai kan lah mereka dengan sebaik baik pakaian.
 
Ya Allah - sesungguhnya kami selalu lupa, ingatkan lah kami dan berilah kami keikhlasan dalam hati dan nurani kami.
 
Thanks and Regards
SA Sulaiman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan