Laman Utama

10 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan X (...posted by Sham)

Sent: Fri, 30 July, 2010 7:07:27

Kehidupan tidak menjanjikan apa apa, kecuali kita hanya mampu berikhtiar, berdoa kepadaNya, demi keterluasan rezeki dan barakahNya terhadap rezeki yang dikurniakanNya, kita hanya mampu merancang, namun Tuhan jua merancang untuk kita, sebaik baik perancangan adalah dengan kehendakNya.

Setiap perlaksanaan adakalanya nampak baik dimata kita, kebaikan ini tak semestinya mendapat balasan seadanya dari usaha dan ikhtiar yang kita usahakan. Rezeki yang terbentang luas, tak semestinya datang menggolek semberono, usaha semaksimum jua, tidak menjanjikan apa apa, semua itu adalah ketentuanNya.

Jiwa perlu dilatih agar jangan berkeluh kesah, akan kehilangan makhluk, yang kekal abadi hanya KhaliqNya yang menjadikan.

Kehidupan perlu diteruskan, sehinggalah kita dipanggil pulang.

Atas kebejatan dan kegawatan yang berterusan, semenjak 1997, yang tersungkur dipersada perniagaan, tidak bisa bangun semula untuk menongkah arus perubahan yang deras dan gelombang besar cabaranNya.

Yang termampu dilakukan hanya menghitung diri, apakah silap dan salah langkah ini, tidak mengajar apa apa dalam meneruskan penghidupan? Ilusi ini, terus menjadi igauan panjang buat seketika.

Kehidupan perlu diteruskan, walaupun onak durinya, mencengkam pemikiran dan longlai dan lesunya tindakan, atas keterlanjuran silam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan