Laman Utama

12 Ogos, 2010

Re: Coretan Pagi III - Pengabdian MTL (...posted by Sham)

Sent: Sun, 1 August, 2010 12:00:29

Selaku Penaja MTL di Teluk Batik, Lumut,(Pa, Jul, Ajih, Duan dan Zam) walaupun teman tersasar lewat, tersesat sepanjang jalan Changkat Jering menuju Lumut, berpusing pusing di Terong dan Kuala Terong, hampir sejam, gara gara GPS menunjuk arah kiri kanan, atas mungkin pendengaran arahannya, dah kaget keletihan memandu dari jam 3 dari Kangar, dan menempuh kesesakan di sepanjang sungai 2 ke Juru, memungkinkan ianya berlaku suatu perjalanan yang panjang.

Buat beberapa ketika mencari terbaik ke Lumut, melalui Changkat Jering, kesesatan pulak ditempuhi.
Jam 10 baru tiba disitu dengan sorakan, dan bertanya kenapa dan mengapa, namun itu adalah sebahagian dari aktiviti kehidupan, para penaja, melayani dengan penuh mesra dan dihidangkan dengan daging rusa, daging kambing, lobster (walaupun tahu nyebut), tapi itulah kali pertama menjamahnya. Terima kasih atas menganjurkan program berkenaan, bagi mengukuhkan institusi bagi rakan rakan yang telah terpisah.

Berjumpa dan bermesra, bertanya khabar, dan sehinggalah bersurai jam 4 pagi. Kelam kabut mencari laluan ke Swiss Garden, tersasar jauh hingga ke jalan mati, dan panik dengan minyak dah hampir kering, lantas ke Lumut semula, mengisi minyak memenuhi tangki yang kontang. Sesampai di bilik penginapan dah hampir subuh,

Siangnya pula jam 11 kembali semula ke Teluk Batik, sempat berjumpa Fandi, dan bersurai dari situ jam 1 30 petang.

Sampai di Sungai Petani jam 7 dan kesempatan itu berjumpa Khir dan Yasin, tetapi tidak panjang pertemuan itu, kerana Khir menerima panggilan, bahawa ibu mertuanya baru meninggal ketika itu. Kepada Khir, takziah diatas kehilangan itu.

Teman bergerak ke Alor Setar dan hadir mesyuarat pendek dengan client dipremis mereka, dan yang satu lagi di Changlon jam 11 dan bersurai jam 1 pagi tadi.

Moga pertemuan pertemuan yang bermakna ini, kita perkukuhkan visi dan misinya group ini demi kebaikan sejagat.

Ketemu lagi pada 28 Ogos 2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan