Laman Utama

16 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan XII (...posted by Syam)

Sent: Sat, 7 August, 2010 21:45:22

Dalam teori pemasaran dan begitu juga ekonomi, membangkitkan suatu usul, bahawa produk atau servis yang ditawarkan, yang dah nak hampir menurun permintaannya, perlu diperkenalkan produk atau servis baru bagi meneruskan agenda syarikat dan perniagaan syarikat.

Yang pastinya, pemeliharaan berterusannya survival, memerlukan jalan yang betul dilalui, agar ianya tetap evergreen, dan dapat menggarapkan pulangan demi survival itu sendiri.

Mencari kurniaan Tuhan dan rezeki yang tidak terbatas ini, dimana sahaja, adalah peluang yang terbentang luas, bertebaranlah mencarinya, dengan keizinanNya, rezeki biasa datang tanpa diduga. Begitulah kehendakNya.

Sudah puas merantau dan berkelana, hanya di lingkaran kita, biasa memperluaskan horizon pemikiran, sejauhmana kita berjalan, dilingkaran itulah kurniaan Tuhan terbentang luas, awal tahun 2005, kuperluaskan kembaraku di kota London, setelah 45 tahun umur jasad, dijejaki jua tanah kolonial ini, melihat lihat dipersekitaran Selat Inggeris, sehingga Exeter, kebetulan ada rakan dari Perlis yang menyambung PhD disana, dan juga rakan lama di ITM yang berkhidmat di London. Perjalanan  ini mengembangkan pemikiran, agar kita lebih berhati hati dalam tindakan dan mematangkan pemikiran, dan kehidupan hakiki sebenarnya. Setelah balik ke Malaysia, Tabung Haji telah mengutus surat atas kesediaan mereka menerbangkan aku dan isteriku menunaikan Haji pada hujung tahun 2005, maka berkursus lah untuk persediaan kearah matahari jatuh. Itupun setelah kali ke 3 tawaran itu dibuat. Tahun itu juga matlamat memenuhkan biaya perjalanannya dicari dan diikhtiarkan.

Rezeki yang tidak di duga datang tetiba, disaat saat genting ia datang mencari sesiapa yang diperlukan dan yang memerlukan. Melepasi hajat besar ini adalah kurniaan Tuhan, syukur atas nikmatNya yang terbentang luas.

Sampai harinya 7 Disember, 2005, 3 hari sebelum berangkat, sambil memikirkan manalah nak kucari bekalan untuk tinggalkan pejabat usang ini, nak bayar overheadnya disepanjang tinggalan 45 hari.

Dihari hari akhir sebelum kepemergian ke matahari jatuh, nah ini habuan kamu sekian sekian banyak, untuk tempoh pemergian kamu berdua. Lepas lah habuan overhead pejabat usangku untuk 45 hari mendatang.

Sent: Sun, 8 August, 2010 19:02:18

Setelah pulang ke tanahair, selama 45 hari di Tanah Suci Mekah dan Ziarah Madinah, hampir sebulan jua untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, suasana baru, setelah berhempas pulas dengan tuntutan rukun dan wajibnya, kehidupan menyara penghidupan adalah perkara yang amat utama, lebih lebih lagi suasana anak anak sedang membesar, fokusnya adalah melepaskan biaya persekolahan dan perbelanjaan harian. Setelah pemergianku ke Mekah, amat jarang untuk menjelajah dunia yang ku tempuhi sebelumnya, jika adapun hanya disekitar negara negara Asean dan sekitarnya sahaja, sehinggalah ke tahun 2008, baru bergerak semula ke Istanbul pada April 2008, itupun untuk mencari ruang perniagaan baru, menghubungkan dengan peniaga peniaga permaidani buatan tangan, dan mempelajari kaedah kaedah ketukangannya.

Namun perniagaan ini tidak kesampaian apabila gawat ekonomi kembali lagi dimana ianya tidak memampukan kita berbelanja keatas perkara perkara yang kurang penting.

Istanbul adalah Kota Constantinople yang ditakluk oleh Islam menerusi Kerajaan Abbasiyah, yang juga kota yang adanya ketiga tiga tamadun dunia, iaitu Islam, Kristian dan Byzantium. Menjelajah jalan jalan kecilnya, membawa kenangan kenangan silam dimasa akhir akhir Kerajaan Abbasiyah pada kejatuhannya 1924. Lorong lorong kecil jalanannya disekeliling Masjid Biru (Blue Mosque), ini masih dipelihara dan tertegaknya Khilafah Islamiah disitu. Namun itu telah menjadi sejarah kini, apabila dijatuhkan oleh regim Kamal Attaturk dengan fahaman sekularisme, memisahkan agama dengan kehidupan harian. 

Kini, kenangan di Istanbul, datang lagi, dengan kunjungan ke muzium muzium yang tak kesampaian semasa kunjungan  pertama dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan