Laman Utama

05 Ogos, 2010

Kita cermin diri kita. Itulah kita....... (...posted by Yasin)

Sent: Mon, 26 July, 2010 13:12:20

    Ada ketika kita bangun pagi termanggu-manggu. Ada sesuatu yang mengganggu perasaan. Ada sesuatu yang belum dilunasi pada hari semalam. Hutang pada manusia, masih ada peluang untuk dijelaskan, tetapi hutang pada tuhan, akan dibawa mati jika kita tidak sempat bertaubat. Adakah itu lumrah alam maya ini? Kita sentiasa mencari, ada ketikanya kita tidak pasti pada apa yang dicari. Terkilan itu terus berpanjangan.
    Kita sebenarnya cermin pada kehidupan diri. Malangnya hakiki itu tidak atau jarang terlintas di fikiran, dangkalnya minda kita mencari hakiki, apa lagi untuk mengenal diri.
    Kita ciptakan kantamata, hanyalah untuk lebih "jelas melihat dan mencari  salah orang", bukan untuk mencari kesilapan sendiri. Kita cipta cermin muka yang indah bingkainya, sekadar untuk melihat "indah diri" Puaslah kita mengadap cermin muka mencari cantik rupa kita........dan membetulkan apa yang kurang di wajah. Tidak sekalipun kita cuba melihat kurang diri, walau masih ada masa untuk betulkan diri. Lumrah alam telah tercipta demikianlah perjalanan hidup.
 
Apa yang kau cari
mundar-mandir ke hulu ke hilir
Apa yang kau cari
dari ruang tamu, ke kamar
ke dapur
 
Kita penuhi lorong gelap di hati
masih terus mencari
diri kita semakin hilang
semakin tenggelam
dalam arus kehidupan
Apa yang kau cari
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan