Laman Utama

10 Ogos, 2010

Kita dan Kehidupan IX (...posted by Sham)

Sent: Tue, 27 July, 2010 8:17 PM

Antara kebejatan dan kemacetan kota Manila, yang kependudukannya mencecah 20 juta nyawa, yang membanting tulang empat kerat, membawa pelbagai ragam kehidupan, dalam sistem kapitalis, yang berada menindas pada yang kurang bernasib baik.

Sesungguhnya untuk keluar dari 'lingkaran setan', untuk mengubah gaya hidup, serta taraf hidup yang terkehadapan dari spektrum kehidupan sebelumnya, mengambil masa jangkapanjang. Ada yang mengambil masa sehingga satu generasi, disekitar 35 tahun. 

Manila, keceriaan segelintir penduduknya, dengan kemegahan dunia korporatnya, dimana sebahagian borjuisnya, berulang alik dari Manila ke Amerika Syarikat, kehadiran mereka di situ lebih dari 1 juta imigeran, pada tahun 2000, dikala tahun tahun sepanjang tempoh ulang alik di dunia asing bagi penghuni yang tak pernah jejak kakinya diluar kepompongnya.

Sepanjang 2 minggu, hanya sekadar berlapik perut dengan nasi dan ikan rebus dengan kuahnya ala tomyam. Dan begitulah selanjutnya untuk tempoh 2 tahun (2001 hingga 2003).

Kawasan tugas adalah sekitar Makati, ketika itu dan kini juga adalah kawasan " financial zones". Dan penginapan juga ditempatkan di kondo berhampiran dengan keluasan 4 bilek, untuk dihuni 4 penghuni dalam sesuatu masa. Bill penginapannya, USD 100 sehari.

Setelah dipenghujungnya 2003, suatu penilaian dibuat, apa yang dapat dari kerja yang menjanjikan bulan dan bintang, tetapi akhirnya, timbunan hutang yang diperolehi. Charge Card dah tak boleh digunakan lagi, sudah tertunggak 2 kali penyata, apa yang perlu jual, kena juallah, apa yang boleh minta dipanjangkan kepada yang berkaitan. Dulunya aku cukup berhati hati bab bab yang sebegini, tapi kawan yang ini lagi pakar segala pakar memukau fikiran sehingga jadi "lembu dicucuk hidung".

Disitulah turning point, suatu dimensi baru untuk menyelesaikan apa yang tak terlunas.

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat.
Dagang hamba menagih rindu.

Sent: Wed, 28 July, 2010 19:37:09

Kaget dengan perkembangan terbaru, setelah menamatkan kerja kerja consulting, due diligence dan business proporsal, sesedar sahaja usia sudah menerjah 43 tahun, apalah seusia ini yang biasa dilakukan, hanya menunggu tenaga yang kian luntur, tidak segagah semasa mula bekerjaya selaku 'self employed', lebih lebih lagi projek yang menjanji bulan dan bintang, terletak semula ditempatnya semula.

Usah dikenang, barang yang pergi, Jika dikenang merosak badan, aduhai jiwa yang tenang, kembalilah kepada TuhanMu dalam keadaan redha meredhai, itulah suratan taqdir, berlaku sedemikian.

Selaku 'self employed', kenalah buat self adjustment, menentukan penjadualan keatas hutang tertunggak, dijadualkan semula, dan menembusi segmen pasaran baru, demi kelangsungan hidup, selagi hayat masih ada,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan