Laman Utama

05 Ogos, 2010

Suatu Waktu: Kuale (...posted by Yasin)

Sent: Wed, 14 July, 2010 12:59:39

Salam pada semua
 
    Sambil mendengar lagu "Suatu Waktu" by Dwen dan menitip kenangan. benarlah kata yang kita dengar dari dahulu. kenangan ini sesuatu yang sentiasa bersama kita, sebahagian dari kehidupan kita. benar juga kata William Shakespear, "as long as man can breadth, as long as eyes can see, as long as live this.. and this lives eternity"
    Kerap kita cuba lari dari kenangan, apatah lagi jika ia adalah catatan hitam dalam perjalanan hidup...sejauh mana berlari ia tetap abadi.
    Kita sentiasa diusik kenangan, dan menitip kembali, cuba membangkitkan rasa indah yang pernah kita cipta. mahukan ia kekal abadi, tapi mustahil ia akan tercipta kembali. Ia hanya kekal dalam lipatan dan sesekali dalam rindu dan sepi mucul mengocak hati.., dan kita kembali rindu pada suatu waktu itu. lantas kita menghela nafas panjang, kerana terkenang kembali keindahan itu.
    Seperti aku, seperti kamu dan ramai kita yang berada di perantauan. ...kenangan zaman persekolahan ,biar di sekolah rendah atau menengah...ia indah belaka. Masakan boleh lupa, setiap ceruk dimana kita pernah lakarkan kenagan bersama menuju kedewasaan.....dari pintu pagar ke kelas, ke kantin, ke khutub-khanah. membaca buku-buku cerita yang memajukan minda kita, kita membongkar kembara dengan buku-buku seperti "Pedro Budak Peru"..kita teruja dengan lukisan Ilama...kemudian kita bangunkan minda dengan Perpustakaan Karam Singh, mencari pengertian dan pentingnya ilmu. Aku didedahkan dengan kisah "Subandrio"..dan terus teruju dengan bertemu novel picisan Mona Gersang di Toko Buku stesen Bus. Komik Marvel membawa kita ke alam fantasi, bersama Beano dan Dandy dengan "Lord Snotty dan Desperate dan" nya.
    Kita mengerakkan daya ingin tahu ke pawagam Rex dan Cathay serta Kapitol...belajar masuk suap, belajar menonton dengan rakan-rakan sekolah, mengakrabkan persahabatan hingga menonton "berdua" mengenali rasa hati atau rasa cinta remaja. Sophan Sophan dan Widyawati bermain di hati. yang brutul kenal Henry Fonda, Clint Eastwood hingga kepada riang ria "The Crazy Boys...." dengan beberapa sitri dan penuh pawagam menambah kedewasaan dengan siri "James Bond" bersama Sean connery, Roger Moore dan George Lazenby hingga berfantasi untuk menjadi hero siri "The confession of...." dan filem Kung Fu bermula dengan Big Boss. Pekan Kuala Kangsar yang tenag pada malamnya mengajar kita sebuah kehidupan hingga membawa kepada kerinduan.
 
Air Sungai Perak masih lesu mengajar
sarat lesunya membawa rinduku dan rindumu
tebingnya sentiasa setia menanti
seperti setia sipengail menanti habuan
 
sesekali pulang
aku bagai orang asing
di bumi ibunda
mencari cebisan kenagan
yang pernah aku selerakkan
budimu amat tebal
bagai tebalnya kasihku
walau rindu itu tak terucap.
 
Salam Hormat
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan