Laman Utama

05 Ogos, 2010

Rentetan sebuah nostalgia (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 16 July, 2010 17:37:14

Salam Petang

    Bagi yang bekerja di Kedah, hari ini adalah hujung minggu. Nak ke padang, panas ciuaca, lagi pula minggu lepas, Jumaat dan Sabtu dihabiskan di padang mengadili pertandingan hoki bwh 11thn. Terbuka Sungai Petani. Lebih baik berehat di rumah. Petang begini, romoh teman sunyi, anak pegi tuition. Sang isteri meronda kedai, menjamu mata, sambil menanti anak habis lesson. Selepas sembahyang tadi terlelap. ada masa terluang buka emails. sebentar tadi ada lebih 300 hantaran.
    Waktu zaman kanak-kanak, ibu selalu merintih, minta ruang untuk berehat. Anak-anak yang ramai berebut memulas "knob channel TV". Walau ada 2 channel sahaja, peti TV kotak bergambar hitam putih masih berebut ingin menonton "Danger Island" atau "Speed Racer". Kasihan ibu, tadi pagi bangun jam 5, menyediakan kuih-muih untuk jualan di kedai. Jam 8 turun ke bawah lembah mengadap sungai Perak untuk menukal jaguing, membanting tulang. memang aku dan abang serta kakak membantu, tetapi banyak masanya kami menjadi "hantu". banyak ketika memilukan ibu dengan kerenah kami. Tidak pernah terlintas di fikiran kami akan kehilangan ayah dalam usia kami masih kanak-kanak. Waktu itu aku berusia 9 tahun. Apabila ayah meninggal, kata ibu komplikasi jantung, kami kehilangan tempat bergantung. Dari anak seorang pegawai kerajaan, kami menjadi anak penjual kuih. Kereta dijual ibu, kerana ibu tidak pandai memandu.    
    Masih aku ingat, kali pertama menaiki bas pulang dari Clifford Primary School, setelah bertukar dari Sultan Sulaiman Primary School 2, Kuala Trengganu, petang itu aku menangis dalam bas. Masakan tidak, bas itu membelok kiri ke Talang, sepatutnya ke kanan ke Kota Lama Kiri. Seorang pelajar bernama Roslan (sekarang bekerja di Pej. Tanah Kuala kangsar) menenangkan aku, berkata nanti bas ini akan ke Kota Lama. Lega perasaan aku. masih takut, tiada kawan pada hari pertama di kelas Cikgu Alias. Dia mengenali aku. Datuk aku amat dikenali di Kota Lama Kiri. Beberapa oarang pada awal 70an yang memiliki kereta. Benarlah, anak yatim ini tidak berapa disukai orang, kata orang tua pada waktu itu. Datuk aku ada kereta. Dia tahu cucu-cucunya tidak pernak naik bas, sentiasa berkereta sewaktu ada arwah bapanya, pegawai kerajaan.
    Untuk meneruskan kelansungan hidup, wang pampasan bapa, ibu bina rumah 2 tingkat di Pasit Batang Kulim, Kota Lama Kiri. datuk aku malu, mungkin, jika anaknya yang telah menjadoi balu tinggal di rumah kecil, sedangkan bapanya, keluarganya hebat, dikenali,..juga kata orang....! Tapi ibu aku tidak mahu mengemis harta ayahnya (datuk aku), lantas ibu minta tanah sawah dan getah di kaki bukit sebelah Punti, Ngok, Tanah Merah, Geliong, Karai dan sebagainya. Memang tanah-tanah itu hak ibu. Berat datuk aku ingin berpisah dengan geran. Tapi masih aku ingat kata-kata magis datuk, "Duit seduit , aku jadikan seringgit" mamang datuk aku hebat...!!!
    Ibu berusaha menyara anak-anak dengan wang pencen balu, menjual kuih, menanam jagung. Mulanya kami malu. balu pegawai kerajaan jual kuih. Tapi masih aku teringat kata-kata ibu, "Nak malu ke, nak hudup?" Ibu amat tabah.
    Memang ibu tabah dan cekal apabila menerima pula berita kematian abang sulong aku, berjawatan inspector Polis, masih bujang dan meninggal dunia dalam usia yang amat muda. Ibu tidak menangis, tapi hatinya luluh menerima takdir. Aku anak lelaki bungsu  bertanya ibu, "tidak sedikkah?". kata ibu, "Anak aku ramai lagi. Tuhan ambil dia kerana tuhan sayang pada dia seperti tuhan sayang pada bapa kamu, mati dalam usia muda". Ibu teruskan perjuangan hidup.

    Anak ibu ramai, ibu gembira di usia berikunya.... (ada masa , kita berkongsi lagi)

Salam Hormat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan