Laman Utama

18 Ogos, 2010

Nostalgia Puasa: Kuale di Hati (...posted by Yasin)

Sent: Thu, 12 August, 2010 12:56:18

    Sedang melamun sendirian. Terbaca nukilan saudara Azmi. Terimbau kenangan sewaktu kecil di kampung, Lagu P. Ramlee "Dendang Perantau" terngiang di sanubari. Resam hidup. Dekat berbau tahi, jauh berbau bunga. Kita titip setiap kenangan, suka atau lara menjadi penglipura di rantauan.         Lewat petang tadi berbuka di surau.......... Hati diusik rasa. Teringat di surau atau di Kota Lama Kiri lebih dikenali madrasah, selepas zohor, bersibuk dengan orang-orang tua, mengupas bawang dan sebagainya untuk penyedian "pencuk" , kata orang tempat aku menganti istilah bubur lambok.
    Meriah suasana waktu itu, seronok ditegur kerana orang tua tidak mahu memarahi di bulan puasa. Tadi pagi mengail di sungai Chepias, dapat beberapa ekor ikan tilan. Tak tahu apa nak buat. Bawa pulang ke rumah, ibuku tak sudi dengan ikan itu. Akhirnya ikan itu lepas ke teman mengail aku.
    Sambil membantu, sambil berbincang dengan rakan-rakan tetang persiapan " Malam 27". pasti kami akan bersedia untuk melawan dan bertanding dengan Madrasah Setambah dan Kampung Jias tepi sungai dan rumah Pak Mat Nek'joh. Kata mereka ini semua pakar buat panjut. Kata aku, kita lawan. Pernah mendapat tempat ke3 dan ke4. Wang hadiahnya, adik aku yang ambil, habis satu tin minyak tanah. Tungkus-lumusnya bermula dari puasa 4, Selepas berbuka, kami akan mengayuh basikal untuk mencari tong susu, terawih...ahhh pasti tinggal lagi. waktu pagi mencari buluh di tebing sungai. Yang elok pasti akan jadi meriam buluh, lawan Kota Lama Kanan. Juga perlu dicari tanah liat untuk panjutbuluh.
    Cuti sekolah, kami berkayuh ke Kuale, terus ke tebing sungai Perak, membawa "monopoly' yang abang Yunus beli sewaktu dia belajar di New Zealand dan sekarang ditinggalkan di kampung (Allahyarham Dato Prof. Mohd Yunus Noor -Al-Fatihah). Kata aku, abang Yunus dah pesan, "Awang boleh ambik bawa keluar dari rumah, orang lain tak boleh". Sebenar abang Yunus tak larat nak larang aku Lagipun abang Yunus takkan marah pada aku, aku baik dengan anaknya Rosli dan Farid. Bagi duit raye lagi ade. Maka bermainlah kami dari pagi hingga lewat petang, sembahyang langsung. Itulah alam kanak-kanak, baru darjah 5-6.
    Kayuh basikal, balik rumah untuk berbuka amat memenatkan. Kalau ada lebih duit, akan ke lembah beli pau daging cina, baru 2 kupang sebji. Tapi kena sorok di rumah nanti, kalau abang aku tahu gerenti lesap. Tiba di rumah, ibu tercinta akan berleter. "Cuti sekolah bukan nak nolong orang kat madrasah".
    Kemudian ibu beritahu, more buka puasa malam ni giliran Pak Zam (Dato Abdullah Zawawi (bekas Timb. Peng. SPR). Orang banyak duit buat nasi minyak le. Dia ada bagi duit raya kat kamu. "Aahhhh......dengus hati aku, nama aje adik-beradik, nak raya baru bagi duit, mana sempat beli baju raya".
    Hidup kami tidak senang, tidak juga susah, cuma aku kematian bapa dalam usia yang sangat awal, darjah 3. jika bapa aku masih ada , aku tidak nakal begini, bapa aku pegawai kerajaan, super-scale (bahasa ketika itu)
    Kawan-kawan Cliffordians 73/78, Clifford menghasilkan ramai cendiakawan, ramai Tan Sri dan Datuk. Antaranya Tan Sri Sabki Jahidin> Rekod 100m nya belum pecah lagi di Clifford , kata Pak Noor(Mat Noor Long - Al - Fatihah), bapa, Dato Yunus. Kita patut berbangga dengan alma mater kita. Ayah Lop (Noni kenal) Megat Nordin, S/U pertama LLN dan adiknya Dekan UTM.
    Mari kita imbau kembali. Kuale dihati....
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan