Laman Utama

05 Ogos, 2010

Kita Dan Kehidupan VIII (...posted by Sham)

Sent: Thu, 22 July, 2010 8:57:28

Setelah menamatkan lawatan di kota Prague, sementara menunggu 2 rakan lagi yang bertolak kemudian dan menunggu di Vienna, aku dan Ben kembali semula ke Vienna untuk menuju ke Brastilava, Slovakia. Perjalanannya lebih kurang satu setengah jam dengan bas ekspress.

Kami berempat sampai di Brastilava, dan menginap di hotel berhampiran dengan tempat latihan amali pengurusan NGO, 2 malam di Brastilava, sambil meninjau kehidupan persekitarannya. Sambil meninjau laluan di situ, pekannya disekeliling struktur bangunan lama, yang agak usang, laluan ulang alik dari hotel penginapan ke tempat latihan kurang lebih 10 minit berjalan kaki, dilalui lah di tepian jalanan yang seakan pekan sehari, sambil meninjau dan melihat lihat, kehidupan pedagang, yang mencari rezeki, untuk menampung kehidupan dan kelangsungan kehidupan.

Suasana di Eastern Europe ini, sarahidupnya lebih kurang keadaan penghidupan di bandar Taiping, Perak. , jauh bezanya dengan Vienna, kotanya yang didiami golongan karyawan, dan aristokrat. Walhal yang memisahkan mereka , hanya sempadan lurah dan bukit bukau.

Serba sedikit pengalaman perjalanan di 3 negara Eropah, Austria, Republik Czech dan Slovakia., meninggalkan kenang kenangan yang banyak mempengaruhi kelansungan kehidupan. Mencari sesuatu yang belum ada kepastian hujungnya, teraba raba dalam kegelapan.

Dimana kan ku cari ganti itu semua, tidak terbayar dengan dollarnya, yang tinggal adalah catatan pengalaman kehidupan.

Sebaik sahaja selesai dengan misi latihan ini, perubahan kehidupannya untuk tempoh 2001 hingga awal 2003, timbul aktiviti baru iaitu ulang alik ke Manila, 2 minggu Manila, 2 minggu di Kangar.
---------------------------

Sent: Fri, 23 July, 2010 10:12:59

Kehidupan pada masa masa zaman merudum pasca 1997, banyak meninggalkan ilusi dan terbantut perlaksanaan beberapa program yang disusun dan di olah semula, agar apa yang telah menjadi komitmen terpaksa lah dijadual semula, hinggalah lapan tahun selepas 1998, tak tertanggong lagi apa yang menjadi onar dalam daging, dibuang dan dilepaskan, Melupuskan apa yang tak tertanggong adalah umpama melepaskan biawak hidup yang mencengkam belakang, begitulah kebanyakan peniaga yang mengalami tsunami ekonomi pasca 1997, yang tersungkur tak bangun bangun dah.

Kehidupan tidak semestinya pasti apa yang dirancang, maka itu yang diperolehi, ianya bergantung pada banyak faktor dalaman dan faktor luaran, dan keizinanNya adalah lebih bermakna dan diredhaiNya. Maka banyak cadangan cadangan dilontar, apa harus dilakukan pasca 1997, tahun 2001, merupakan langkah awal untuk menembusi halatuju kerja secara expatriate di sebelah Asean, fokusnya beribupejabat di Manila, maka berbondong bondonglah mencari ruang dan rezeki untuk menyambung kehidupan, tanpa banyak soal dan pertimbangan, kurang teliti dengan keputusan ini, lagi diteruskan, bertambah dalam laluannya, bersimpang siur dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Sekurang kurangnya, dapat balik modal pun memadai, walaupun labanya tidak kelihatan. Kisah kisah seperti ini amat banyak berlaku di pasca 1997, banyak desperado berkeliaran membaham mangsanya, tidak kira kawan mahupun lawan, yang antara kenal dengan tidak, ini adalah modus operandi desperado. Disaat anak anak masih dibangku persekolahan, masing masing memerlukan keperluan perbelanjaan untuk terus hidup, "ubah gaya hidup", dari pakai kereta kecil pakai kereta besar sedikit, atau sebaliknya. 

Mahupun begitu, walaupun desakan desakan tuntutan semasa, hampir sahaja menerima proporsal untuk berkeluarga disana, dengan gaya hidup Manila, mujur le tidak. Kalau jadi dah jadi sana sini pulak.
----------------------
Sent: Sat, 24 July, 2010 12:45:22

Kerja ulang alik dari Kangar ke Manila, adalah dalam julat 2 minggu di Manila, dan 2 minggu lagi di Malaysia, tempoh tempoh itu 2000 hingga 2003 adalah tahun sukar, bagi yang ingin memulihkan kedudukan ekonomi dan kewangan. Komitmen yang telah dibuat sebelumnya harus dilunasi, jika status quo nak dipertahankan.

Pengalaman sekadar 10 tahun mengemudi organisasi perniagaan masih belum cukup mantap untuk mengukur ketahanan dan survival kehidupan. Kajian pengurusan strategi, merumuskan, tahun 1 hingga 7 adalah tahap pengenalan, tahun 8 hingga 14, tahun ujian, diuji dengan gawat, dimana ianya mencabar kewibawaan penaja korporat, dan ditahap 15 dan selanjutnya, sektor korporat yang bertahan, masih berjalan dan berdiri mempertahankan, manakala yang lesu, terus berkubur dari persada perniagaan.

Bagi menguji teori itu, yang hampir 17 tahun dalam sektor ini, masih bertahan walau diasak kiri kanan, namun jalan baru harus diteroka untuk melancarkan khidmat baru, demi terus untuk survival. Ini selaras dengan teori pemasaran, apabila produk atau perkhidmatan telah matang dan hampir menurun permintaannya, maka perlu dilancarkan produk baru demi untuk kelansungan survival korporat.

Selaku peniaga picisan, apa sahaja yang nampak boleh merungkai permasalahan semasa dan in situ, maka apa yang harus dilakukan dilaksanakan sebaik mungkin, sehinggalah diakhiran tempoh ulang alik itu, setelah dikaji dan dikira semula, tiada apa yang boleh ditumpang makmur atasnya, kesudahannya, menanggung hutang umpama rumah semi d, tapi rumahnya tiada dan hutang kena bayar.

Kesukaran inilah yang mencengkam pemikiran dan segala hutang harus dilunasi sebelum menutup mata dan berhadapan dengan Mahkamah Rabbul Jalil. Di kenang kembali, sorotan itu, jangan adalah projek yang tak tentu hujung pangkal ini dilibatkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan