Laman Utama

10 Ogos, 2010

Coretan Siang (...posted by Amir)

Sent: Thu, 29 July, 2010 14:42:36

"Alhamdulillah Pak kerjanya bisa selesai, cuma racing suit F1 itu yang sedang dibikin itu akan sampai hari di KLIA pada Sabtu ini", lega rasa hati ku mendengar kata-kata ibu Nina tentang shipment untuk boutique motorsports di Sunway itu dapat ku selesaikan. Kelmarin satu hari suntuk aku di daerah Garut, Jawa Barat berurusan dengan pengilang pakaian kulit da pakaian F1. Perbincangan dan persefahaman tercapai untuk aku mengimport barangan tersebut ke Malaysia, kilang (bahasa Indonesia disebut "fabrik") itu adalah pemegang lesen untuk membikin jaket motor Harley Davidson.

Setelah urusan barangan motorsports itu selesai aku pulang ke Jakarta pada tengah malam tadi, sampai di hotel aku kecapekan, tidak ku peduli panggilan-panggilan daripada cewek-cewek yang sejak dari aku meninggalkan daerah Jawa Barat asyik menelefon ku, itulah cewek-cewek Jakarta dengan ulahnya dan ada waktunya gak bisa ku layani, aku hanya mau tidurrrr.....sendirian.

Pagi ini aku harus ke Tangerang, daerah di pinggir Jakarta Barat untuk urusan pengimportan extract herba seperti mahkota dewa,tongkat ali,mengkudu dan yang berkaitan dengannya, pembekalan semakin meningkat makanya aku harus berunding langsung dengan pengilangnya di daerah ini. Harga extract yang cocok dan sesuai telah ku perolehi, dalam tempoh sebulan semua extract tu boleh ku bekalkan kepada pengilang minuman dan ubatan herba.

Sejak aku tiba di Jakarta pada malam Rabu lalu, syukur semuanya berjalan lancar, urusan ku dengan syarikat aviation untuk import spare parts pesawat terbang telah selesai, malah aku berterima kasih kepada mereka atas kerjasama mereka juga kerja yang mungkin mengambil beberapa hari boleh selesai dalam satu hari sahaja. Masakan tidak berat kargonya mencecah 2 ton, kerja-kerja packing dan transportation serta delivery mesti diselesaikan sebelum pulang ke KLIA.

Kini, rasa beban di kepala terungkai sudah, aku punya waktu lagi kerana pesawat KLM yang aku naiki akan berlepas pada jam 19.30 waktu Jawa Barat. Ya, tidak ku lupai pesanan rakan-rakan ku yang akan bertemu di MTL, rokok-rokok kretek akan ku beli dan dibawa ke MTL, keinginan mereka akan ku tunaikan, cuma keinginan Mona yang belum sempurna dilaksanakan........

Aku akan kembali lagi...........

Amir Md Akhir
MGFC DH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan