Laman Utama

05 Ogos, 2010

Panggong itu milik Kita bersama (...posted by Yasin)

Sent: Sun, 25 July, 2010 17:19:05

Jadi yang di belakang tu Yati Octavia le. ..............

    Teringat  zaman menonton wayang bersama Ongkie dan Meor Helmi. Tapi paling dasyat tengok filem "Setulus Hatimu" di panggong Cathay bersama bersama Ongkie pada 1977 . Satu hari 3 shows filem dan panggong yang sama > Show 2.30, 7.15 dan 9.00.
Keluor panggong mamun rase. Terus lepak kat Ghee Kheeng pekene kuew tiaw, di sudut kiri Ghee Keeng, hilangkan rase pening. 3 shows baru 6 kupang (Ok CPO betoi dah bukan 60 kupang). Pelakon Yanti Josepha dan Drs Fadly.
     Kaki tengok filem Indon same dengan teman ialah Ben dan Khil. Pelbagai filem ialah Lan Kandang. 79 to 80 sama dengan Mr President , Khil dan Ben. Dengan CPO ada juge, tapi Faisal pon ada sekali, sebab Faisal mentor dia...hua...hua...hua...
    Ada sorang lagi Haris (budak Belurui Form 6) mana peginya dia ni. Dengan Koboi kalo tengok dengan dia kene smart...hua...hua..hua...cuma zaman tu dia takde kuda.
    Dengan Khil dan Lan kandang selalu tengok di Ipoh. Nipu nak  ke Mubarak Bookstore. Pegi le, kemudian pero ke Panggong. Dengan Latif bila berame. Dia riuh sepanggong. Dengan Mona dan Chepoi masuk Royal Box. Chan tak mau join dalam Royal Box.
    Dengan Lapok tengok selalu di Rex. Lepeih tu hisap rokok...berkembuhhhhh.
    Tengok dengan Zam, bersama geng Kota Lama termasuk Dr Zuhairi. Ape...kome ingat dia tak pegi tengok wayang ke.. Siap booking pukoi 10 pagi lagi di panggong Cathay...kemudian ronda kuale, masuk ke Ally Store. Ke Bazaar tengok cartridge D'Lyyod dan Mercy. Romoh Dr Zuhairi pake cartridge.....
    Ketika itu suatu waktu dahulu... dan bersama rakan-rakan Cliffordians 73/78. Forever

Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan