Laman Utama

05 Ogos, 2010

Tuhan ciptakan kita, ruang persahabatan sejati (...posted by Yasin)

Sent: Sat, 24 July, 2010 16:03:53

Salam Kembali

    Memenuhi tuntutan hidup. Kerja diutamakan. Baru ada kelapangan.
    Seronok dengan keletah rakan-rakan mengusik, menyakat menanti pertemuan kembali pada 30 Julai 2010, program "Moh Terjah Lumut". Barangkalai agendanya kali ini besar dan berkait rapat dengan hala-tuju Cliffordians 73/78. Ghairah menanti hari, tetapi firasat menyatakan kegairahan itu adalah untuk bertemu dan bertanya khabar. Melihat perkembangan diri tiap-tiap rakan. Ini sebenarnya yang dinantikan.
    Dalam meniti usia hampir mencecah setengah abad, kita, hampir ramai dari kita telah memiliki apa yang diimpikan waktu zaman persekolahan. Ada kerjaya, ada rumah dan kenderaan, ada keluarga dan kelapangan waktu dan wang. alhamdullillah.Tetapi apabila memiliki segala keperluan asas diri, tiba-tiba kita tersedar....jauh di sudut hati....ada kekosongan yang belum terisi......persahabatan dan memenuhi ruang waktu untuk saling bertanya kabar. setelah 30 tahun lebih, atas inisiatif beberapa rakan, kita bertemu kembali dan benarlah ruang yang kosong itu mula terisi. Terima kasih sahabat.....
    Teringat sebuah kisah benar yang pernah dibaca, waktu-waktu mencari matlamat apa yang perlu diisi di ruang itu, apa yang masih belum dijalin......
     ...................  if I sell this land, I won't remember the sadness, the memories of my childhood. I saw so much happiness from this land. This guy used to be brought-up in that area. He had many friends, but as times passed-by., he gradually losing the best moments to be with his family, his friends trying to bulid his life. He was so successful in his business, till he was confined in his office calculating the profits made. He didn't know that the most important possession was his family, his friends who once encouraged  dan felt very proud that their friends was a very successful and prominent figure till one day there was a knocking on his door.
    A guy introduced himself as one of his childhood best friends needed help for his dying child. Unable to be parted away from just a little money and could recognised him. He chased the guy awayand he also chased the life of the child away...... until finally he lived as a loner, no one to share with his fortune.
    Kita masih ada ruang itu. Hanya sedikit masa yang perlu diperuntukkan....dan "Moh Terjah Lumut" juga untuk kita bersantai dari hiruk-pikuk kehidupan dan mengisi, mengimbas kenangan. Sebenarnya masih banyak yang kita lupa keleteh kita anak kecil dahulu, rakan kita mungkin ingat dan ada ketika ia menyedarkan diri dari lamunan. Kita perlu dan sentiasa perlu menyemak diri dan kehidupan kerana yang maka Esa sentiasa menyemak kita, persis guru yang mengisi perlakuan kita, markah kita dalam "Report Card" suatu ketika dahulu. Melihat 'report card' itu kita membetulkan semula langkah hidup.....benarlah kata-kata mistik datuk kita..."janhan jadi raja kulit kerang, ada negeri tiada orang...hidup kosong hati bimbang"

Moh Terjah Lumut kawan-kawan

Salam Hormat
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan