Laman Utama

12 Ogos, 2010

Coretan Pagi III - Pengabdian MTL (...posted by Amir)

Sent: Sun, 1 August, 2010 11:25:59

Di negeri Perak sekiranya dibualkan tentang pantai perkelahannya,tiadanya terlepas daripada merujuk kepada pantai Teluk Batik. Lokasi perkelahan yang amat terkenal itu tidak jauh daripada bandar Lumut dan berdekatan dengan pangkalan tentera laut terbesar negara. Pada 30 Julai yang lalu, pantai itu menjadi lokasi pertemuan rakan-rakan persekolahan yang sesama mereka menduduki peperiksaan M.C.E. "kita bersama ambil M.C.E. begitulah lamanya ketidakbertemunya saya dan rakan-rakan lain", meminjam kata-kata Ongkie - rakan yang terbaru "bertemu" kumpulan 73/78 Cliffordian.

Kata-kata Ongkie itu sememangnya tidak dinafikan kebenarannya, fikirkanlah "exam M.C.E." itu sudah lama dijumudkan oleh Kementerian Pelajaran, analogi Ongkie benar-benar mengimbau persahabatan lama yang sudah terjalin. Exam M.C.E. 1978 adalah titik "perpisahan", sebahagian besar rakan-rakan tidak bertemu antara satu sama lain di titik ini, tiada yang terkecuali akan berkata-kata "aku last sekali jumpa kau selepas exam" (kalau dalam loghat Perak  lain bunyi dialognya ). Mungkin ramai yang tidak berpisah selama tempoh 32 tahun itu tetapi cuba bayangkan sekiranya jangka masa yang lama "perpisahan" itu berlaku. Pasti kita masih ingat program TV3 yang diacarakan oleh Aziz Desa beberapa tahun lalu, setiap perpisahan yang berjaya ditemukan di program itu mengorak rasa hiba penontonnya. Siapa yang tidak menitiskan airmatanya?

Mungkin kita tidak perlu menghebahkan rakan-rakan yang masih tidak kita ketemukan di program "Jejak Kasih", ya, program itu pun sudah dijumudkan juga, tetapi inisiatif kita tidak harus berhenti, sekiranya diamati kata-kata Presiden 73/78 kumpulan ini masih belum cukup keahliannya dan banyak perkara  boleh dilaksanakan, penubuhan koperasi 73/78 Cliffordian (walau apa pun namanya) itu langkah pertama. Senarai agenda rasmi sememangnya tiada, tetapi hendaklah apa jua program yang diadakan sejajar dengan  hala tuju kumpulan ini, sehingga kini program yang dilaksanaka masih di landasan yang betul,jauh sekali tersasar. 

Kurangnya, cuma satu saja, peryertaan ahli, sekiranya penyertaan itu lebih ramai pasti akan lebih "hidup dan meriah". Ada waktunya, keaktifan itu hanya beberapa kerat sahaja, anggapan mengklasifikasikan sesuatu program itu di tahap rendah tidak seharusnya wujud, ya, tiada unsur wajib dalam setiap program yang diadakan. mungkin juga prioritinya di tempat lain,soal peribadi amat esklusif, tidak mungkin dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Tetapi cubalah memperuntukkan waktu untuk suatu suasana yang nostalgik, hidup ini tidak seharusnya meminggirkan suasana yang beremosi, sesiapa pun akan mengimbau kisah lampau sama ada yang bahagia atau sedih, percayalah.......!

Suasana di Chalet Impian,Teluk Batik di malam itu tiada cacat celanya, tidak perlu ukuran yang tinggi untuk menilainya,mereka yang bertanggungjawab sebagai host, benar-benar melakukannya dengan kesempurnaan, menunya pelbagai rasa, minumannya kental, pemasaknya kreatif, ya, apa yang mau dikritik lagi.....tip-top suasananya. Perjalanan mengimbau kembali semasa berusia 16,17dan 18 tahun adalah topik popular, mungkin berlaku pengulangan cerita, tetapi siapa yang berkata bosan,..... tiada sesiapa pun! Unik, santapan jiwa ini yang tiada ternilai harganya.......

Kesinambungan ini perlu diteruskan, kata janji pada 28 Ogos ini membuak harapan, matlamatnya tiada yang lain, beribadah dalam persahabatan............

Amir Md Akhir
KLIA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan