Laman Utama

28 Oktober, 2010

KOSEC (Pt. 2)

Sent: Wed, 27 October, 2010 20:50:49

Sambungan....
 
Sahabat ku sekelian, sahabat persekolahan ku....
 
Tujuan kita mengadakan Koperasi Lepasan Sekolah Clifford Perak Berhad (dalam penubuhan).
 
Sebagaimana saya utarakan sebelum ini, ada diantara kita yang hidup berpusar dengan pendapatan penggajian yang tetap dan mengikut teori yang ada, kita perlu menjana pendapatan yang pasif. Pasif disini yang tidak memerlukan tenaga kita untuk kita terlalu memantau. Kita tidak perlu menghabiskan masa yang banyak dan kudrat kita untuk menjanakan pendapatan ini.
 
Saya akui memang banyak 'business model' (cara mengendalikan perniagaan) dipasaran, kita boleh melaburkan wang kita didalam ASN, ASB, Saham Amanah (Unit Trust), menyimpan dalam bank atau Tabung Haji dsb atau pun menyertai Multi Level Marketing (MLM). Dalam melaburkan wang dalam unit saham amanah, ianya tidak memerlukan perhatian yang serius dan ianya boleh mengembang dengan sendiri.
 
Tapi sahabat ku, adakah kita sanggup berbuat demikian dan adakah kita mampu menambahkan tabungan/simpanan tersebut setiap bulan..... ada diantara kita mungkin mampu dan telah berbuat demikian. Syabas saya ucapkan.
 
Tujuan Koperasi ini adalah untuk mengembelingkan segala modal dari kita semua. Business Model yang akan diguna pakai adalah untuk memaksimumkan pulangan kepada ahli ahli Koperasi. Ya, mungkin hasil nya tidak dapat kita merasai sebanyak mana yang kita mahu, namun cuba lihat Atok Nenek kita, mereka menanam pohon durian manggis (malah pokok buah buahan) dengan mengetahui mereka tidak mungkin merasa hasil nya, akan tetapi lihatlah bagaimana mereka membelai dan menjaga pohon pohon tersebut untuk dinikmati oleh anak cucu cicit mereka.
 
Begitu lah dengan pelaburan sahabat sekelian, InsyaAllah, hasil nya akan melimpah kepada anak cucu cicit kita sekiranya ianya ditadbirkan dengan baik dan ikhlas.
 
Dalam pemikiran penubuhan Koperasi ini, dimasa akan datang dengan izin dan kurnia Allah, kita akan mengeluarkan bantuan pembelajaran kepada anak anak ahli yang memerlukannya. Tidak akan timbul lagi persoalan tidak mencukupi wang ringgit untuk membiayai pelajaran dan tidak timbul lagi permasalahan anak terpaksa meninggalkan bangku sekolah kerana menampung kehidupan harian keluarga.
 
Di dalam perancangan juga, kita akan memakmurkan bandar Kuala Kangsar - impian saya adalah supaya Koperasi kita ini di kenali sebagai penjana ekonomi Kuala Kangar, baik dari segi pertanian, perniagaan dan pembelajaran.
 
Rangka jangka pendek setelah diluluskan penubuhan Koperasi ini adalah untuk meletakkan asas pengurusan yang kukuh dimana segala transaksi akan terurus dan telus. Rangka jangka pendek juga adalah untuk menceburi perniagaan yang akan membawa pulangan yang cepat tapi halal. Umpamanya menyewa sebidang tanah dan menanam cili, serai, daun pandan dan sebagainya. Menyewa tapak kolam ikan dan membiak ikan. Banyak lagi cara untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan halal. Menyewa rumah kampung secara berkelompok untuk dijadikan home stay atau eko tourism. Banyak yang dapat kita lakukan dengan aset yang ada pada kita semua.
 
Andainya sahabat ku tahu harga cili serai daun pandan ikan haruan ikan keli di Kuala Lumpur, nescaya peluang ini sahabat ku semua akan berebut rebut.
 
Namun sahabat ku, ini semua akan menjadi angan angan sahaja sekiranya anda, sahabat sahabat ku sekelian, tidak menghadirkan diri pada 6hb November 2010 di Bilek Mesyuarat SM Clifford Kuala Kangsar pada jam 2.30 petang.
 
Oleh itu sahabat sahabat ku, datanglah mereliasasikan impian ini. Bersama kita mengorak langkah membina kehidupan baru. Pelaburan masa dan diri sahabat pada hari tersebut akan membuahkan hasil InsyaAllah.
 
Hanya kita mampu mengubahkan nasib kita sendiri....
 
Wallahualam.
 
Bersambung...... Insya Allah


Thanks and Regards
SA Sulaiman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan