Laman Utama

02 Mei, 2012

Fw: [7378] Balangsukawa: Buat Radzif/Atan/Ben

From: Mohd Yasin Ismail
Sent: Wednesday, 2 May 2012, 14:23

    Seingat aku, nama "Ben' adalah dari aku kerana Radzif suka mencakar rakan-rakan sewaktu di Tingkatan 1, sepertimana nama "Ongkie" yang aku beri Roslal kerana terlalu berminat dengan nama seekor berok dalam filem Indonesia lakonan Rano Karno. Nama itu dari watak beruang dalam sebuah siri TV,Everglades awal 70an.
    Zaman persekolahan,kami selalu menonton wayang . Antaranya filem Indonesia. lakonan Herman Felani. Kata Ben, wajahnya seiras muka pelakon itu. Tahun 81, Ben resah apabila ditawarkan ke maktab perguruan. Bapanya meminta aku untuk berbual. Aku melawat Ben di rumah di Kampung Dodol, Pulau Pinang, masih tidak begiru ghairah untuk menjadi guru. Aku bersama Ben dan keluarganya mencari sekolah praktikalnya untuk tiga bulan di Penaga
    Terkenang sewaktu Ben lari pulang dari posting pertama di Sarawak dan muncul di rumah aku. Kakak aku ketawa besar mendengar cerita tentang kawasan beliau dihantar. Akhirnya Ben kembali ke Sarawak dan ditempat di kawasan Kem askar di Binatang atau sekarang Bitanggor. Dalam sedih, Lan Kandang ketawa sewaktu mengimbau kembara kami ke Penang dan tidur di Flat Kastam Zubir. Ben selalu bercerita pada aku tentang gadis Sarawak. Ibubapanya pula minta aku nasihat dia. Keluarga gadis itu ada berkunjung ke Kuala dan terpaksa tiap-tiap hari cuti sekolah aku menemani Ben bersama keluarga angkatnya itu. Keluh kesah dia, sewaktu kami meronda dalam kereta pertamanya, Nissan Stanza, tapi itulah kehidupan. begitu juga aku bercerita tentang ketidaksampaian hajat aku.
    Seperti pernah aku kongsi di ruangan ini, setiap pulang ke Kuala, Ben-lah yang aku cari kerana rakan-rakan lain entah kemana menghilang.
    Seronok mendengar perkhabaran bila Ben beritau akan berkahwin pada lewat 1988....dan ibu Ben minta nasihatkan apabila hajatnya untuk kali kedua.
    Sahabatku, sesungguhnya engkau dipilih Allah sebagai "tetamu abadinya'. Kekal jasadmu di bumi suci. Aku memohon padaNya agar engakau ditempat bersama roh mereka yang soleh.
   Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan seorang sahabat, walau seketika cuma, seorang sahabat yang tenang, sentiasa riang dengan ketawa dan senyum mesranya.
    Bersemadilah engkau di bumi Mekah, sahabatku. Perjalanan engkau telah berakhir di bumi fana ini. Aku masih mencari "harga ' di  sisi Allah SWT. memang aku amat sedih, amat terkesan dengan pemergianmu, TETAPI JANJIMU TELAH SAMPAI.

Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan