Laman Utama

28 Februari, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar (Pt. 4)

Sent: Fri, 4 February, 2011 19:12:26
By SHam

Sambil menunggu cetak jurnal dan tesis yang tebei tebei ni, untuk dijadikan rujukan menulis proposal, imbauan di Tingkatan 3, diingat kembali, Guru Kelas adalah Cikgu Abdullah, yang handal bermain bola, "sinonimnya Alan Ball, ketika itu", semasa kelas IA 2, kelas berhampiran dengan Pejabat Sekolah, "ehh....Termizi , Mustapa, duduk depan bersila", torek di Cikgu Dolah, kerana bising dan ngocah kuat dalam kelas, 2 ikon ini adalah Upper 3, yang diterima semula mengulang untuk LCE, sukar juga rasanya, apabila untuk adaptasi masuk kelas ulang, yang mana pengalaman itu tidak dilalui ketika itu, dan aku amat terasa pilu dan hiba, pabila salah satu kertas sahaja semasa ikuti Diploma Pentadbiran Awam, untuk subjek Pentadbiran Pembangunan, jenis kertas yang memerlukan hafalan kuat untuk melepaskan, biasa jadi burung kakak tua, mengajuk dan dilampiaskan semula sewaktu peperiksaan akhir..., "I talk to the fan, just now", bila terkebil kebil, Tombei berbueh mulut menerangkan konsep SOH CAH TOA dalam Hisab Moden, ketika itu, nak tanya kat sapa kalau kurang faham pun, bukannya ada kelas tuisyen pun, jika ada pun, kurang kemampuan untuk biaya kewangan tatkala itu. Itulah hasilnya , batang dan mata cangkui ler yang boleh di LCE,

Semasa di Sekolah Menengah, aku sudah tidak bermain lagi untuk sukan hoki, manakala ragbi pula digantung penyertaannya ketika itu, akibat perang sakan dengan Kolej Melayu. Penyertaan sukan hanya disekitar acara lontar peluru, yang acapkali mewakili sekolah di MSSKK, tapi setakat itu sajalah, Wak lebih terkehadapan, iaitu abang pada Norazmi,

LCE dilalui dengan jerih payah, dan hanya sekadar mampu berpuas hati dengan pencapaian yang ada, dapat ler menyambung di Tingkatan 4 Sastera 1, yang mana yang terkedepan memasuki aliran Sains dan ada yang menyambung di Sekolah Teknik, macam Hasni dan Noni, Megat Fuzy yang sinonim dengan gelaran koboi adalah terdedah dengan ala Cochrane, yang minatnya berkelana sehingga Sibolangit di Sumatera ketika itu, tycoon lama masih menjadi penunggu setia Clifford sehingga tamat MCE, Faisal, Yasin, yang menyambung di Terengganu waktu Tkt 5, akibat kisahnya dengan Cikgu Sufian berlarutan, Cheah Chee Yean, Subayagon, Zaharin, Mad Katun, Che Ma(Ustaz Jamaludin), Zubir, Lan Kandang adalah rakan rakan sekelas di 5 Sastera 1, ikon Amir dan Aiznin, diingati semasa adanya debat perdana antara sumbangan sastera dan sain pada media massa ketika itu, kecenderungan berdebat kedua dua ikon ini, menjurus kepada aliran yang sama pabila kedua duanya mendalami jurusan undang undang di ITM Shah Alam.

Aku hanyalah pengungsi sepi setelah MCE, setelah tidak ditempatkan di HSC, lantaran keputusan MCE 35 aggregate, pengajianku tidak diteruskan secara bersambungan, terdapat hentian yang perlu disalurkan, dan aku terus memohon kerja di Felda dan berkelana terputus rakan untuk jangka waktu yang panjang, dan aku terus mencuba nasib dengan mengambil secara persendirian STPM open cert ditahun 1983, hanya dapat 1P Bahasa Malaysia 1 S dalam Sejarah, pun begitu, aku kaget, kerana itu cuma diambil secara persendirian, tiada siapa yang bimbing, cuma sekadar membaca di luang waktu sehabis pekerjaan.


------Original Message------

Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

Sent: Feb 4, 2011 12:23 AM

Masakan pula aku terlupa dengan Zubir, dialah salah seorang yang amat rapat dengan Lan Kandang, masa berlalu begitu cepat di Tingkatan 1, di Tingkatan 2, tercorot ke IA3, namun itu hanyalah proses mengenal erti erti kehidupan, zaman awal remaja dan bakal akhil baligh, tidak terlepas dari naluri ingin berpacaran, mahunya yang baik baik, dan yang terbaik, namun itu hanyalah pergolakan rasa hati yang ingin dicintai, lantas mahu ada yang membelai, namun untuk dibelai ini, perlu ada rasa sayang dan kasih, maklumlah anak rusa nani baru tumbuh ekor, aku hanya sekadar menjadi pemerhati setia, almaklum ketika itu atas rasa, tahu akan asal usul, makanpun disuap orang lain. Aku kesampingkan itu semua, cuma sekadar ambil tahu dan garis pemisahnya tetap ada.

Begitulah keadaan cinta remaja, sinonimnya macam cinta monyet, dan ada seketikanya rasa ingin tahu itu amat menebal, namun sabar sajalah penawar serinya, Zarina, Bibah, Intan adalah jolokan jolokan Mat Lentong, Rahim Chendoi dan bisa jadi igauan panjang disepanjang malam. Anak muda, dengan rasa ingin tahu.

Aku jatuh sakit, demam panas diketika itu, hampir 2 minggu terlantar dirumah, banyak studiku disekolah terlepas. Namun itulah ragam kehidupan, yang sihat, bakal temui sakit.

Dikala Tingkatan 1 dan 2, sekolah disesi petang, keberangkalian atas sifat ponteng sekolah tidak wujud, kerana dikala itu telah dilantik Sub Prefek, waktu rehat, sukar bergaul dengan rakan rakan lain, kerana dikala itu, banyak jadi jaga pintu sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan