Laman Utama

29 April, 2013

[7378] Bubur jagung sagu

From: hang nadim <aiznin@gmail.com> 
Date: 29/04/2013 17:28 (GMT+08:00) 
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com> 
Subject: Re: [7378] Bubur jagung sagu 


Untuk mereka mereka yang berangan pasang lagi satu.

 

Ini adalah puisi dari seorang isteri pulak.

 

Keluhan seorang isteri...

 

Duhai suamiku dunia dan akhirat

Kufahami bahawa kau memang berniat

Menambah cawangan di satu lagi tempat

 

Abang,

Bukannya niatku untuk menegah

Suara hati isterimu ini dengarkanlah

Kerana tiada guna kita berbalah

Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

 

Memang di officemu diriku tiada

Bukankah abang juga yang menegah bekerja

Katamu jadilah surirumah sepenuh masa

Agar anak-anak menjadi manusia berguna

Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga

Inikah pula yang patut kuterima?

 

Abang,

Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga

Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja

Mampukah abang menanggung semuanya

Bukan sahaja dari segi material saja

Malah merangkumi aspek segala

Kubimbang nanti akhira disana

Abang melangkah senget sebelah bahunya

Sedang aku dapat melihat cuma...

 

Abang,

Kurelakan abang berkahwin lagi

Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati

Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi

Apa sebenarnya yang kau cari???

 

Abang,

Semenjak akad telah dilafazkan

Telah kuserahkan jiwa dan perasaan

Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan

Hidupku jangan disia-siakan

Janjimu kini hanya tinggal kenangan

 

Abang,

Memang nafsu itu satu godaan

Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjana

Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan

Begitulah Islam menyarankan

Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan...

 

Abang,

Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?

Sanggupkah kau berkongsi pelukan?

Sanggupkah kau berkongsi belaian?

 

Akhir sekali,

Apa yang ingin kutegaskan di sini

Mulai daripada tika dan saat ini

Aku akan berhenti menjadi

Seorang isteri yang baik hati

Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai

Sekarang buatlah apa yang kau ingini

Aku sudah tidak peduli

Daripada ku menghambakan diri

Lebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

 

Bye banggggg......\\

 







-------- Original Message --------
Subject: Re: [7378] Bubur jagung sagu
From: shuhaili61 <shuhaili61@yahoo.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan