Laman Utama

30 Mac, 2013

[7378] Mendengar Guruh Air Tempayan Di Curahkan.

Bidalan ini, masih terngiang ngiang, semasa Guru Bahasa Cikgu Jamaludin mengajar Bahasa Melayu, dipersekolahan rendah, menerangkan bidalan ini, maknanya dan maksudnya, yang menerangkan sikap manusia, adakala ianya terlupa dengan mengamati keadaan persekitaran, tahun 1973, adalah tahun akhir dipersekolahan rendah, 1974 memulakan langkah ke persekolahan menengah, sebahagian daripada rakan rakan yang mencapai gred penilaian darjah lima yang terkehadapan, ramai yang bertebaran di pelusuk semenanjung, TI, Sains, Andersonian, Kolej Melayu, dan sebagainya. Yang masih setia di Kuala Kangsar, menyambung di persekolahan menengah dengan punyai 2 peperiksaan, LCE dan MCE, ada pula yang ke tahap HSC, STP.

Guruh dan kilat sabung menyabung ini, ada yang disambar petir, khususnya dipenempatan baru, kurangnya pokok pokok disekitar taman perumahan, disambar apa jua dihalangannya, apa yang menjadi pucuk disambar, enau akan menyepi terperosak dicelah celah rimbunan.

Begitulah disekitar bidalan, kisah kisah rakan rakan sepersekolahan, sama sama menjinjing beg raga berkilo kilo , ulang alik ke sekolah, dan juga kisah guruh dan tempayan. Pertautannya menjadi kisah dan hikayat seribu satu malam, jika dikisahkan menjadi berjilid jilid ceritera, memenuhi ruang tukang karut dan tok pawang bersurah.

Selamat Bersidang. Teman nak menjelajah bumi Tariq Ibnu Ziyad, melangkah ke Jabal Tariq, dan singgah di Isketambola.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan