Laman Utama

10 Mac, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa x

Banyak cakap ada masanya membebankan diri, lihat saja pada Si Luncai akibat celupar mulutnya maka dihukum bunuh oleh Raja. Walaupun Si Luncai terselamat dan  terlepas apabila dia terjun dengan labunya, sudahnya dinyanyikan orang hingga ke hari ini. Lagu yang membawa konotasi yang sinis. Tetapi boleh ke duk senyap saja tanpa bercakap atau cakap itu biar berpada-pada, mungkin ini langkah yang baik juga. Banyak cakap ini juga macam berkempen, apa lagi musim nak pilihanraya ni, rasanya banyak orang berkempen dengar menabur janji, tak kira le orang yang sedang memerintah atau yang nak memerintah - janji manis di bibir sahaja, masakan tak betul sememangnya resam manusia janji manis je,dengar saja lagu Aishah - Janji Manis Mu. Kalau bahasanya pedas dan mengutuk itu bukan janji, sifat janji adatnya begitu. Jangan le dikutuk orang yang berjanji. Siapa pun boleh berjanji. Cuma janji itu dikota atau tidak, tetapi ada tempoh waktu ke untuk menunaikan janji? Memang ada tempoh itu, cuma lupa atau buat-buat lupa atau memang tak tertunai oleh orang yang berjanji.Yang pasti orang yang diberi janji tak pernah lupa. Susahnya pada orang yang menuntut janji. Makanya disua janji lagi, seterusnya berjanji je le.......Apa lagi janji sekarang boleh pula dijaja, seantero dunia berjanji, yang ekstremnya berjanji untuk janji. 

Beberapa hari yang lalu penulis tertempias juga dengan Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Kangar, Perlis. Acara di sekitar Stadium Utama Kangar pada zahirnya meriah dan gah. Hampir semua agensi kerajaan berkampung di sana, termasuk ATM (ada hutan olok-olok). Penulis yang berjabatan di bawah MOF terpaksa menjadi liasion officer, memastikan kehadiran KSP dan KP JKDM dalam keadaan elok semuanya, sampai le ke makan minum, tidur, kereta,  nasib baik takat tu je, kalau deme nak lebih ke utara lagi le jawabnya. Iman deme masih teguh.

Suatu yang klise berlaku juga pada hari itu, tak tau le mungkin modal nak berucap dah kurang kut. JJD di kangar ni ntah yang berbelas agaknya, dengar kata 16/3/13 di Pahang adalah yang terakhir. Itu yang dimaklumkan oleh staf MOF. Kesian juga bila dah tak ada modal nak bercakap, mula le cakap tu pakai redah je tetapi orang yang mendengar tetap bertepuk tangan, mungkin itu aura orang politik. Sama saja dengan pihak yang satu lagi (ada le pergi sekali ikut ceramahnya) apabila berucap dan berjanji  orang tepuk tangan, gelak besar-besar. Rasanya kat negeri kita ni dah satu macam bentuk hiburan, langsung teringat dengan satu program di Astro Channel 720, Last Comic Standing, lebih kurang macam tu je, mungkin isinya ada beza. Tetapi orang bertepuk tangan dan berketawa besar. Rasanya terserahlah masing-masing untuk membuat penilaian, sebab kita boleh melihat sesuatu perkara itu daripada persepektif  yang berbeza.

Bersarapan capati juga yang sedap pagi ni, capati dengan gulai kambing!

Amir Md Akhir
10/3/13
Restoran RN Teguh
Salak Tinggi

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan