Laman Utama

04 Februari, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa VIII

AkhirJanuari berlalu dengan penuh rasa syukur, tugas-tugas publisiti dan promosi untuk sambutan Hari Kastam Sedunia sudah berlalu. Ketua Bahagian mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas komitmen  dan kejayaan untuk semua tugasan. Publisiti dan promosi dijalankan di media elektronik utama negara, TV1, TV2, TV3, Astro Awani, Bernama TV dan TV AlHijrah. Terima kasih pada Din Bai sedikit sebanyak membantu dalam berhubungan dengan pihak media tersebut. Mungkin pada masa yang lain tugas-tugas seumpama ini akan berterusan namun kudratnya yang akan menjadi tanda tanya. Di usia 52+ bukan mudah untuk menangani tugasan ini, Rasanya, perlu berguru dengan Megat Fuzy.

Yang agak mengubat hati pada sambutan Hari Kastam Sedunia baru-baru ini, pemberian insentif setengah bulan gaji kepada semua kakitangan JKDM yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua. Antara alasannya kerana pungutan cukai JKDM yang saban tahun meningkat. Bolehlah rasa sikit,  organisasi lain mungkin ada yang lebih daripada jumlah itu. Rezeki jangan ditolak. Orang memberi kita terima. Rasanya  ini juga salah satu bentuk BRIM yang cukup popular sekarang ini, hand-out daripada kerajaan dah bermacam-macam dan mungkin ada lagi yang akan diperkenalkan dengan nama yang bermacam-macam dan fancy. Bolehkah pemberian ini dikatakan sebagai durian runtuh? Hati kecil penulis berasa tidak, sebab harga durian zaman ini dah teramat murah, kalau musim durian, buah durian dibeli oleh peraih dah pakai rangkap je, satu rangkap ntah berapa duit je, makanya nilai durian runtuh tu dah takde nilai. Sekiranya itulah analogi durian runtuh sekarang ini maka apa ada pada nilai runtuh hari ini! Ini pendapat penulis saja mungkin orang lain berbeza daripada penulis, terserah....

Minta maaf banyak-banyak, ada kala bukan tidak mahu menghargai pemberian orang tetapi ada kala wujud maksud tersirat, ini yang payah! Motif dan tujuan di sebalik pemberian itu yang menjadi soalnya. Rasanya sahabat semua faham akan hal ini. Ada kala penulis rasa terkilan atas apa yang telah dilalui pada tahun lepas, hanya sekadar nama penulis disebut oleh orang-orang tertentu, penulis yang cuma orang kecil, tindakan telah diambil. Namun keadaan sebegini tidak berlaku pada orang-orang "giant", sedangkan jelas membawa masuk 9 buah kereta Mercedes Benz (yang melibatkan cukai hampir 9 juta) tanpa membayar cukai dilepaskan begitu saja. Sedangkan orang-orang "giant" ini yang melaungkan integriti dan transformasi. Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya mudah, orang-orang "giant" ini ada kuasa!!! 

Rasanya, kita sudah dimomok oleh "giant-giant" ini.


Amir Mohd Akhir

Putrajaya

4 Feb. 2013


-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan