Laman Utama

06 September, 2013

[7378] Sorotan Perjalanan Utara- Tengah

Bila dah separa abad, segala kerja buatpun sudah kelupaan, tinggal yang tepi, mula ditengah, dihujungnya terbungkam. Sejarah kemelesetan ini, sepengingat diingatan, 1971, suasana itu, getah asap berbunga, 25 sen sekati, beras RM 1.60 segantang, gula 25 sen sekati. Berbekal RM 30.00 mampu menampung 6 mulut untuk sebulan. Namun membanting tulang empat kerat, mendapatkan RM 30.00 ketika itu, dengan 120 kati getah asap berbunga no 5, disamakan persamaannya.

Mengenang kemelut itu, apa lagi untuk mengumpul dana mengerjakan Haji, ketika itu dengan RM 5000, menaiki kapal laut selama 15 hari dan perjalanan kembali 15 hari.

Yang benar benar mampu, ketika itu, adalah pemakan gaji, dengan terbitnya tunggakan gaji, dimasa Benham Report, Suffian Report dan sebagainya. Ada yang menjarah durian runtuh, belasan ribu ringgit, yang membolehkan dibuat bungalow ditanah sendiri.

Perubahan struktur pembangunan, antara sektor, menampakkan jurang yang amat ketara, sebahagian besar isi rumah masih dibawah garis kemampuan menguruskan kehidupan. Lebih lebih lagi di darsawarsa kini, anak yang masih di IPT, bebanan sarahidup yang tinggi, bergolok bergadai dengan mengadakan pembiayaan.

Era 1990 an, sebelum kebangkitan Vietnam, China, Thai, Indonesia, negara Malaysia, dikenali dengan kepelbagaian insentif di Trade Zone nya, dengan 5 tahun pioneer status, menggarap pelabur luar melabur di dalamnya. Ditahun tahun itu juga penyetabilan antara imbangan pembayaran dan pendapatan adalah berimbang. 

Setelah kebangkitan Vietnam, China, Indonesia, pelabur beralih arah kesitu, dan arah kegiatan ekonomi, dari pengeluar, beransur arah menjadi perdagangan am, pengeluaran hasil pertanian utama, getah telah menurun, dan kini diambilalih oleh Thailand.

Sejajar dengan asas itu, maka masa depan untuk stabil dipasaran bersaing, sektor perkhidmatan mengambil tempat. Tapi yang banyak menjarah keringat, sehingga kehilangan dana bermillion, dan billion ini, dengan wujudnya elemen "ponzi" dalam skima pasaran. Mengakibatkan kehilangan dana yang terjun menurut derasnya arus, sehinggakan kantung kekeringan.

Mahunya, dicari dimana, barangan yang hilang, matinya tanpa bekas dan kubur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan