Laman Utama

07 Disember, 2013

[7378] Re: Di Suatu Ketika.

Di semester kedua, diawal awalnya, anak ke 3 lahir pada 2hb Jan 1991, waktu Iraq melanda Kuwait. Sparing partnerku, Abdullah Daud, dia dari Bank Pertanian Malaysia, isterinya, ke Miami University, yang sepatutnya, mereka pergi bersama, oleh kerana ada permasalahan anak anak yang tinggal, Abdullah mengambil keputusan, menyambung di ITM jua. Sebulan sekali, aku balik ke Kangar dan Abdullah balik ke Dungun, ziarah anak anaknya, tinggal bersama Tok Wan.

Lain kisahnya dengan Shahrir dari Politeknik, dari Alor Setar, dan Abdul Ghani (former LLN) dan Muzeni (BSN) dari Ipoh, mereka berdua, tiap tiap minggu balik ke pengkalan, rakan rakan situa menggelar, "Pemburu Setia", Zulkepili Kamarudin menetap di Shah Alam, sekarang sebagai Pensyarah di ITM Shah Alam, Mohd Zin Udin juga membawa keluarga, malam malam part time cari duit belanja anak dan bini, semuanya kreatif demi untuk survive.

Sesekali, bila awal semester, pinjaman di imburse masuk ke akaun, pakat jadi "katak betung", gembira hujan turun. Untuk released tension dan stress, kami ke PD dan Melaka, Wan (bujang Penang) dan kini sudah terputus hubungan sejak beberapa tahun ini setelah dia mengalami kencing manis kronik, dan dipotong kaki kanannya, nombor telefon yang selalu dihubungi, sudah dijual Digi kepada pengguna lain, entah masih hidup, tiada pula perkhabarannya. Hanya Tuhan Yang Maha Tahu.

Kami sekereta, Zul, Abdullah, Wan dan aku, sering bersama sama dengan group situa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 23:56:03 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Satu satunya IPT, yang khusus untuk Bumiputera, semasa itu masih di subsidised, yuran pengajian hanya RM 200 se semester, hostel berkawan dengan adik adik yang berumur 10 tahun muda dari usia kita, hostel ni tempat letak kepala sahaja, seawal pagi sudah keluar ke Business School, dengan kuda C70, padan la, cuti tak bergaji, segalanya pun kena cuti juga, berbekalkan pinjaman dari majikan, RM 3500 setahun. Duit itulah untuk survive, yuran, buku, sana sini dengan research project, latihan industri sehinggalah tamat pengajian. 

Nafkah anak anak dan keluarga, dikompromi dengan isteri, kalaulah ini buat hal, tak kemanalah urusan ini. Tok Wan dan Tok anak anak jua, punyai peranan penting dalam tempoh pengajian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 12:30:21 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Anak keduaku lahir 25 Ogos, 1989, sudah bertambah pula ahli dalam keluarga. Selepas Diploma, setahun sudah berlapangan dari kelam kabut menghambat kelas dan wacana. 

Sesuatu mesti dilakukan untuk mengubah minda, ku cuba mencari tempat di Fakulti Undang Undang, tetapi tempat amat terhad, dan usia pelan meningkat, untuk itu sahaja memerlukan 4 tahun untuk dihabiskan. Jika di ITM, dengan kursus pengurusan perniagaan, cuma memerlukan 3 semester dan 1 semester industrial attachment.

Aku berkeputusan untuk yang kurang masanya, yang 2 tahun sahaja. Lantas aku masuk semula sebagai pelajar sepenuh masa, di ITM Shah Alam dalam jurusan Pemasaran, ADBS (Marketing), memulakan sessi 1990/1992, pada July, 1990.

Isteri dan anak anak, dipindahkan berhampiran dirumah bapa mertua di Behor Mali, Perlis, setelah Cuti Tanpa Gaji dari Felda.

Disitulah, minda kena kreatif, macam mana nak survive!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 12:17:11 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Anak sulung ku lahir, 23 Jan 1988, pelbagai pelajaran dan pengalaman mengurus kehidupan berkeluarga dipelajari dan dihayati. Dalam masa yang sama, peringkat akhir pengajian diluar kampus sudah hampir tamat pada Mei, 1988. 

Kebiasaan bagi "slow learner, alway average in result", kecuali yang "fast learner", suruh satu buat 10. Keterbalikannya, "slow learner, suruh 1 buat diminit akhir". Inilah akibat, bila jadi "late starter".

Tahun 1988, abang sepupuku, Bolia Bakar, dipanggil pulang kerahmatullah, sebak dan hampir pitam, pabila mengadap jasad kakunya di Tanjong Rambutan, ibu saudara, Fatimah, pengasuhku dari kecil, menemui panggilan Ilahi sebaik 40 hari berselang dengan abang pupuku, Bolia Bakar.

Tempat meluah cerita telah pulang mengadap Ilahi, 

Dan penutup 1988, konvokesyen pertamaku di Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam, merenung jauh, kemana pulak geranganku harus pergi.

Untuk memperkasakan minda dan perubahan, perlu ada pengorbanan dalam menggali ilmu ilmu. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 05:16:41 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Selalunya, orang selepas walimah, berbulan madu dimana mana, tapi apakan dayaku, sibuk dengan kerja kursus pengajian, dan dalam masa yang sama kerja kerja penyeliaan, tugas hakiki.

Yang sebanarnya, kerja, mengaji luar kampus, benar benar menyibukkan keadaan. Sejak ikuti pengajian luar kampus, kekerapan balik ke Kuala Kangsar, sudah berkurangan, kecuali cuti pertengahan semester.

Yang berpeluang meneruskan pengajian ekspress tanpa henti, punyai pengalaman tersendiri, bagaimana menghabiskan kursus dengan cemerlang, ataupun tanpa titik bengik susah payah bergelut dengan perkara lain dalam masa yang sama.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 02:24:48 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Meneliti makalah dan kitab kitab muktabar, dan bergaul dengan rakan rakan yang mampu mendidek hati, banyak mengajak jiwa kepada jalan tenang, tak perlu gusar, gundah gelana dalam realiti dan kemelut hidup. 

Lantaran altermatum dari rakan rakan, mereka lebih maklum akan persekitaran kita, "anta kena walimah, ya akhi," tersentak juga manalah nak dihantar mahar, belanja dan sebagainya.., apa lagi, gaji kecil, pengajian belum selesai..dan itulah alasanku pada rakan rakan. Lantas akupun dah tak tahu mana, jual sajalah volkswagen beetle, yang membawa kemana saja, selepas kena accident. Itulah harta yang aku ada, duit itulah kuserahkan hantaran mahar, dan selebihnya sedikit untuk urusan hilir mudik, Kangar- Kuala Kangsar-Kangar.

Rakan seperguruan, mengusik kata, " untung lah hang, tikus jatuh ke beras"...itu kata mereka. Yang sebenarnya, kitalah yang mengemudi kehidupan berkeluarga.

Tarikh keramat, menamatkan zaman bujang , 7 Ogos, 1986. Aku terima nikahnya, lantas tok imam tu, kata, tak berapa nak di dengar, mungkin telinganya dah kurang, tapi yang menyaksikan majlis, ada nya Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, sah katanya. Maka hilanglah "loyar buruk"nya. Aku menarik nafas lega.

Petang itu, kubawa isteri yang baru dinikahi, atas pengenalan dalam tempoh sebulan, berteman ayah, dan memang adat orang Perlis, ibu ayah sebelah perempuan tidak ikut serta, cuma dihantar wakil wakil dari mereka.

Lain padang lain belalang. Begitulah kisah kisah silam, dan dijadikan dan disimpan dalam lipatan sejarah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Mon, 2 Dec 2013 23:20:14 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Abang pupuku, Bolia Abu Bakar, dialah teman ulang alik ke HBAS, 2 minggu sekali, mengimbas kemajuan, tulang yang patah tebu, Dr Azmi, allahyarham Dr Azmi, doktor yang bertugas meneliti kemajuan tulang, bersama Dr. Doorai, pakar otopedik dari India, berpuashati dengan kemajuan tulang yang patah. 

Dr. Azmi menemui kemalangan di Highway Plus, Gurun, tahun 1985, innalilahi wainna ilaihi rajiun, seorang yang penyabar, selalu senyum, bila berhadapan dengan patientnya. Ciri ciri ini sahaja, beliau banyak menenangkan pesakit otopedik, mahupun , telatah pesakit otopedik, bukan sahaja berbulan bulan di hospital, malahan ada yang bertahun tahun, macam rakan sebilik, Ismail, dari Senoi Praq.

Disamping itu, kakitangan yang berdedikasi, seperti staff nurse, Che Pok, dan yang lain lain, ada yang jenis kelembutan, membelai anak kecil, dan ada yang kasar, ini yang memenatkan, pabila dicucinya luka di pelipat kepala lutut yang luka.

Aku terhibur dengan saban hari, ada cerita cerita dari alam luar bilek wad, almaklum , sakit seperti itu, hanya duduk atas katil, siang malam pagi petang. Dari situ, baru kita menghargai sihatnya badan anugerah Ilahi. Memahami erti rakan sejati, susah senang dilalui bersama.

Jiranku semasa bertugas di Felda Batu Lapan, Shahroni, sama sama menjaga pembangunan tanah, kami saling sabar menyabar, sejak zaman itu hingga kini, hatta, apa apa perkembangan, diikuti.

Semasa itu, dia sedang beranak kecil 2 - 3 orang, dialah yang selalu menjenguk, tatkala, aku sedang melayani kisah silam, "sabar sahajalah, Din", sapa Shahroni.


Setiap yang pergi, bakal diganti, dan doa inilah yang sering aku baca, "allahumma aujurni fi musibati, waqhlufli, qairan minha". Hati ini terawat, agar tidak melayani tindakan negatif, Tenggelamnya Kapal van der Wijck, karya Pak Hamka, kuhayati jalan ceritanya, rupanya, perjalanan kehidupan, masing masing punyai pengalaman, seakan sama, dan diambil iktibar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan