Laman Utama

07 Disember, 2013

[7378] Sorotan masa berlalu

Terlintas di hati selepas membaca nukilan Sham akan peristiwa peristiwa yang telah berlalu. Berapa peristiwa tersebut mengajar kita akan dunia kehidupan. Berapa peristiwa tersebut menjadi benteng atau garisan dalam menjalani kehidupan.

Buat diri sendiri, mula merantau ke Kuala Kangsar apabila mengikut ayah dan ibu balik kampung setiap hari Raya, baik Hari Raya Aidil Fitri mahupun Hari Raya Aidil Adha.

Menjadi tradisi ayah dan bonda akan membawa kami adik beradik balik ke Parit setiap musim cuti. Kata ayah, untuk mengingatkan dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

Asal usul kami memang dari Parit. Ayah dari Kg Blanja Kiri manakala ibu dari Bukit Chupak, Merua. Masing masing bertemu di Sekolah Iskandar Shah Parit.

Kedua dua aktif dalam sukan. Ayah ku ketua pegakap manakala ibu cergas dalam arena badminton, dan pernah dilarang oleh Atok mengikuti pertandingan badminton peringkat Negeri Perak. Hasrat ibu untuk melanjutkan pelajaran dihalang oleh Atok dan setelah tamat Senior Cambridge dipinang oleh Hj Abdul Wahab untuk anaknya Sulaiman atas desakan ayahku Sulaiman.

Ketika itu ayah ku mendapat kerja di Parlimen Malaysia sebagai Malay Translator. Almaklumlah pada ketika itu Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Persekutuan dan perbahasan di Parlimen memerlukan penterjemah.

Namun setelah 3 tahun di Parlimen, ayah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Melbourne Australia dalam bidang Braille Studies. Bertujuan untuk menjadi penterjemah buku buku tulisan Braille Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.

Di Kg Datuk Keramat kami berumah ketika itu dengan gaji ayah sebanyak Malayan Dollar Delapan untuk menyara diri dan keluarga kami. Rumah usang di Kg Datuk Keramat kini telah diganti dengan bangunan mencakar langit pangsapuri mewah. Namun aku dan kakak aku tiada kesempitan dari segi keperluan sekeluarga.

Ibu ku telah mula memasuk kelas anjuran British High Commission dalam bidang bahasa komputer. Bukan seperti sekarang dengan COBOL WSYWYG dan sebagainya telah dengan mempelajari 1010101010. Binary code sehingga dengan sebidang kad beliau dapat memahami k0d perisian komputer dengan hanya melihat tebokan lubang di chit yang dibekalkan.





-- 
Aiznin Sairi bin Sulaiman 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan