Laman Utama

01 Disember, 2013

[7378] Re: Di Suatu Ketika.

Kanak kanak dizaman 60 an dan 70 an, adalah generasi kreatif, mencipta kerangka liburan secara tidak memerlukan ringgit dan sen untuk dibeli alatannya, ingin nak bergasing, carilah batang petai, tarah dibuat gasing, takpun batang kopi, "ngamuk Pak Mendut", pokok kopinya kena tarah.

Nak main 3 angkong, sandarannya kotak rokok, yang punyai nilai mata, camel bernilai 1000 mata, gold leaf 10, dan penilaian mata adalah menurut persetujuan rakan yang bermain sekali, jika tidak dengan terup, main dengan kasut slipper, dilempar ke hala rimbunan kotak rokok, ada yang bertaruh, sambil bermain "seremban", rakan yang kalah bertaruh, hilang pertaruhan, yang lebih teruk lagi, kepala lutut di ketuk dengan terompak. Yang ini agak ekstrim, selalunya yang senior yang bermain cara ini.

Main perang perang, dengan letup letup batang buluh, disumpit dengan peluru buah terung belanda liar.

Zaman itu, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. 

Zaman segenerasi kemudian, pabila dikisahkan yang ini, disenyum sinis. Itu zaman purba.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 18:20:13 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Rakan sepermainan dikala kecil, Nasarudin, Abdul Rahim, Saidah, Kama, Badrul Hisham, Fauziah, suasana membesar selepas merdeka, ada yang masih dihubungi, ada yang tidak diketahui, mana haluan kehidupan, Abdul Rahim masih dikampong, setelah pencen dari Navy, Saidah masih dengan MAS, Kama telah bekerjaya sendiri, setelah pencen dari askar, Badrul Hisham khabarnya menjadi polis di daerah Yan, masing masing masing membawa haluan.

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, masing masing masih punyai agenda dan kehidupan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 11:44:11 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Merekodkan ingatan silam memerlukan peristiwa itu dikenang dan diabadikan. Kebiasaannya peristiwa hitam dan masih berkesan diparut ingatan. Itulah peristiwa, sering mengajar kita, cuba mengingatkan rakan dan beritahu apa yang tersurat, siapa pelaku yang melakukan, akhirnya yang menjadi posmen yang kena rembat, dipersalahkan oleh guru kelas. Akibat pukulan batang kopi, aku kebentanan akibat pukulan deras, singgah dibetis kiri, hampir 2 minggu aku dirumah, sementara menanti bentan itu surut dan keluar nanah.

Tapi itulah titik sejarah hitam di Darjah 1, Mazlan menggamit memori, Cikgu Noriah dalam ingatan, dan biarlah ianya berlalu, dijadikan ukuran dan sempadan kehidupan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 06:38:26 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Pulau Pinang, semasa bertaraf pelabuhan bebas, semacam Langkawi kini, sebelum adanya Jambatan Pulau Pinang, merupakan suatu destinasi yang menjadi kegemaran, sama ada yang dalam negeri mahupun luar negeri.

Semasa usia diawal belasan tahun, mengikuti rombongan ke Pulau Pinang adalah acara tahunan yang dianjurkan pimpinan belia kampong. Yang selalu menjadi angkutan resmi adalah van BMC Pak Mad, ayah Seli.  Selalunya dibuat pada akhir tahun, dimana adanya Pesta Pulau Pinang, yang ketika itu menjadi tempat mempamerkan inovasi produk terbaru yang bakal dikomersialkan, ianya berfungsi sebagai tempat "trade show" yang besar dalam negara.

Setelah taraf pelabuhan bebas ditiadakan, diganti Langkawi, tambahan pula adanya Jambatan Pulau Pinang, perubahan ini membangunkan Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai, walhasil, perubahan drastik ini, menghasilkan jutawan segera penduduk Langkawi yang bertanah, dijual, dan dicagar sebagai pinjaman bank. Rata ratanya, tanah yang di nilai tinggi, nyata menjadi cagaran yang dilelong beberapa kali, tidak diambil dan masih tercagar dengan bank bank. Seketika ini, bank tidak berminat lagi menerima cagaran ini, sebagai gadaian, dan pembangunan Langkawi, menerusi Langkawi Development Authority, diera zaman Dr M.

Segenerasi berlalu, timbul dengan generasi pelapis, mengubah minda dan dimensi melihat peluang dan pembangunan infrastruktur, mengubah wajah Pulau Pinang, yang sudah seakan Hong Kong ditimur jauh.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 26, 2013 6:42 AM

Berita menggemparkan, apabila , Yasin mengalami accident dengan "bas taun", barangkali bas yang dari pekan Kuala Kangsar, menuju ke Sayong, atau, ke Kati. Maka bermacam macam versi cerita, mengenai kemalangan berkenaan, waktu itu, rasa kehilangan jua diatas ketiadaannya melalui sessi latihan, lebih lebih lagi diacara padang, seketika itu sedang sibuk dengan latihan rugbi, pelbagai acara latihan, pusing padang untuk "warming up", Mr Lim dan Mr Leong Khoi Thun, sibuk dengan apa yang perlu dibuat, dalam setiap pergerakan, demi pergerakan. Sesudah puas ke Perak Utara, Tengah dan Selatan, akhirnya, kecundang dengan pasukan Sungai Sumun, pasukan under 12 melawan "under 21", menjadi amalan ketika itu, lambat melapurkan kelahiran anak kepada pendaftaran, lantaran sudah lahir beberapa tahun, ada yang lahir 7 tahun terdahulu, baru dilapurkan, pabila darjah 6, padahal umur mereka sudah 21. 



------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 25, 2013 10:32 AM

Entah macam mana, bola yang dilempar ke rakan hadapan, di tekor, melantun pulak kena flask Mr Leong Hor Cheng, pecah bersepai ler kaca dalamnya. Bayour andor ler, kate di demer. Thermos Flask waktu itu 16 ringgit, habis duit di Pejabat Pos kena sebat, gantikan flasknya tadi, Mr Leong Hor Cheng ni, ada beberapa jenis rotan, yang halus, sederhana dan yang besor, diameter lebih 5 cm. Yang selalu nadah tangan, Palanivel. 

Walau takut dan risau , "naik angin"nya, dia gemar bercerita..., ternganga sehingga loceng untuk balik berdering kuat.


------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 9:41 PM

Seketika, masa di Sekolah Rendah, Yasin dari Terangganu, masuk ke Clifford, sebaik ayahnya pulang kerahmatullah, Yasin punyai keistemewaannya tersendiri, memori pada dia, aku tidak pernah kulupakan, pabila Cikgu Basri naik berang, entahlah, waktu itu, kenakalan hanya untuk tempoh masa yang pendek, mungkin untuk ambil perhatian, tambahan pula, ayah tersayang telah pergi tidak kembali. 

Peristiwa seperti ini, tidak lekang di ingatan, lebih lebih lagi, mengingatkan yang pernah berjasa pada anak bangsa, mendidek dan membentuk agar menjadi manusia berperadaban.



------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 5:31 PM

Jika dari Karai, Pak Mad dengan van BMCnya, ulang alik mengangkut dari sektor Karai.

Celik mata, mandi, ke sekolah, yang nyata, ragam Geng Sekolah, yang celik awal, selepas Darjah 6, menyusuri Sekolah Berasrama Penuh. Yang tinggal setia, masih meneruskannya di Sekolah Menengah.


------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 5:24 PM

Period sekolah rendah, ulang alik ke sekolah dengan bas yang berlambangkan GEGS, ada ketika, bas Vulcan berlambang Clifford juga berulang alik di persekitaran, Karai, Kota Lama, Sayong dan akhirnya Bendang Kering, Geng Bas Sekolah, seawal subuh, sudah menanti di tepi jalan untuk menunggu bas, pemandu Pak Din, dan konduktor Puan Siti, setia melayani kerenah Geng Bas Sekolah.



------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 23, 2013 7:13 AM

Tahun tahun dipersekolahan rendah dan menengah di Clifford, dari 1968 hingga 1978, adalah period alam remaja, belajar erti kehidupan, sambil bersekolah, sambil mencari ruang ruang kehidupan, aku dibesarkan dalam suasana yang diluar pembesaran kedua ibu dan ayah, jodoh mereka tidak panjang, aku diserahkan penjagaan pada nenda sebelah ayah, dibesarkan bersama abang sepupu dan kakak sepupu di kampong, nasib kami serupa, tidak dibesarkan dengan adanya ibu dan ayah, sekeliling. Abang pupuku, Bolia Bakar, dan kakak pupuku, Noraziah. Tumbesaran kami, disekitar nenda, Noraishah dan ibu saudara, Fatimah. 

Sesekali, pabila cuti persekolahan, adakala, aku berziarah di rumah ibu saudara, Habibah di Grik, bersama, Noraziah dan Bolia.

1971, nenda, pulang kerahmatullah, lantaran itu, aku dan ibu saudara, Bolia serta Noaziah, ditempatkan dirumah ibu saudara, yang baru sahaja membina rumah baru, setelah hampir melalui alam persaraan dari perkhidmatan perguruan.

Setiap fasa kehidupan, punyai pengalaman, dan pastinya, menjadi kenang kenangan abadi disepanjang jalan.


------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 21, 2013 10:24 PM

Tahun 1974, dimasa Tingkatan 1, ditahun itu juga adalah zaman meleset, harga komoditi getah asap berbunga RSS 5, cuma bernilai 2 kupang 5 duit sekati, sama harga dengan gula sekati, beras seringgit enam kupang segantang. 

Semasa cuti penggal persekolahan, aku dan adik adik sebapa, ke Pasir Raja, menebas lorongan lorongan getah, untuk dibersihkan. Yang lelaki menebas, dan yang perempuannya, menyediakan makanan harian untuk santapan. Pagi, dihidang nasi, ikan kering belanak atau cencaru, disisi sambal belacan manis, berulam pucuk ubi. Makan untuk menghamburkan tenaga untuk menebas kebun getah yang sudah semak samun, rimau akar lalu pun payah kelihatan, disuatu ketika, sambil kami berehat rehat, abah terpinga pinga mencapai senapang double barrel bullet, dan dihalakan muncung kearah tanah, berdentum, rupa rupanya ular tedung senduk berkeliaran di kawasan rumah, hampir 10 kaki panjangnya.

Perhubungan dari Kota Lama Kanan ke Pasir Raja, dengan mengayuh basikal menempuhi Jalan Kati, simpang Temong, Chegar Galah, menghala ke Selinsing, dan terus ke Hutan Perang dan menembusi Kuala Kangsar Estate, jalan antara Sauk ke Chenderoh. Hampir 40 kilometer, jarak kayuhan.

Zaman itu, zaman lesu dengan pencarian meraih rezeki, memadai dengan adanya beras, gula, kopi, yang asasi lainnya, disekeliling rumah, pucuk ubi kayu, seketika abah menembak ikan, adakala temboleh di dapati.

Pabila musim durian, selepas subuh, dengan lampu picit berkuasa 6 bateri, menyuluh sekeliling pokok durian yang berbuah, berbakul bakul dihimpun, ada yang dikupas untuk lempuk, ada yang ditempoyakkan, yang baik dijual kepada peraih peraih yang datang. Musim durian, bak kata Os dalam lagunya, "Oh komer, doroyan dah luruh, mula deme sombong, saman boleh bayour." Almaklum hasil musim ada ketika mencecah RM 5 ribu ketika itu, adalah nilai yang besar bagi yang mengusahakan kebun sebagai mata pencarian.

Walau duit sukar dicari, namun barangan keperluan semasa itu, masih ada batas kemampuan memilekinya, cukup sekadar menarik gebar malam, untuk menyambung hidup, keesokan hari.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan