Laman Utama

01 Januari, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 dari AzR

Kita kini dipenghujung tahun 2012. Pelbagai perkara telah berlaku, beribu posting telah teman hantar dan puluhan ribu pula yang telah dibaca, dan sememangnya ruangan GG Cliffordian inilah yang menjadi tatapan harian, tempat kita bertukar cerita, menyampaikan khabar berita,  dan bergurau senda.

Tetapi, bila memperkatakan mengenai gurau senda atau berkelakar itu adalah perencah dalam komunikasi seharian, menjadikan suasana menjadi semakin akrab, menghilangkan rasa bosan dan boleh meredakan marah. Namun begitu, ia telah melalaikan kita. 

Dan sesungguhnya bergurau adalah sunnah bagi yang dapat melakukan sesuai dengan tuntutan. (Dari Sufyan bin Uyanah). 

Untuk mewujudkan suasana kelakar hendaknya seseorang menjauhi perbuatan yang tidak terpuji, antaranya mengungkapkan perkataan kotor, dusta, berolok-olok dan merendah-rendahkan orang lain hanya demi menjadikan suasana kelakar dan orang lain tertawa. Nabi SAW bersabda,"Celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa." (HR Abu Dawud).

Selain perbuatan tersebut mengandungi cela dan dosa, Rasulullah sendiri tidak berkelakar dengan para sahabat, kecuali di dalamnya mengandungi kebenaran dan fakta. Hal tersebut dapat kita temui dalam hadis Abu Hurairah RA bahawa para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami."Rasulullah SAW menjawab,"Sesungguhnya tidakhlah aku berbicara, kecuali yang benar." (HR Tirmidzi).

Contohilah Rasul kita bila bergurau, berkatalah yang benar dan bila perlu. 

Disepanjang 2012, marilah kita semak kembali dalam beribu2 emel yang kita hantar, berapakah yang telah memberi menafaat, yang benar2 kelakar dan menyegarkan, dan berapa pula yang menyemakkan minda, mencetuskan kemarahan dan menimbulkan pertelagahan sesama kita? Tidak semua rakan2 kita mempunyai banyak masa untuk membaca emel. Saya adalah seorang daripadanya. Berita dinanti melalui emel tetapi yang masuk adalah emel2 yang sukar difaham mesejnya. Adakah ini menghiburkan? 

Maaf jika cetusan hati ini tidak menyenangkan rakan2 tertentu. Telah banyak masa dihabiskan kerana mengadap PC, Tablet... sedangkan masa tersebut sepatutnya saya gunakan untuk perkara2 yang lebih produktif. 

Untuk tahun 2013 yang akan menjelang tiba, saya berazam untuk membuat sedikit perubahan ke atas rutin harian saya ini... dan dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat handai kerana disepanjang kita berposting, saya telah banyak mempertikaikan dan menegur posting2 sahabat semua, terutama yang telah banyak berposting maka banyaklah tegurannya. Semoga keakraban kita lebih mesra diluar dari apa yang terjalin di ruangan ini. Sekian.

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2013 kepada semua.

Wassalam.
Azizul Rahman

Hp: 013-5211552/013-4545484
Emel: arbaa_99@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan