Laman Utama

19 Januari, 2013

[7378] Sepetang Di Kuala Lumpur

Sementara menunggu temujanji ditengahari esoknya, hari ini, sejak pagi, menguruskan urusan kendiri di Jalan Perumahan Gurney, urusan perbankan, Pengurusnya adalah rakan lama, rakan sepermainan sejak sebelum memasuki alam persekolahan, membesar di Grik, Perak, sambil merancang beberapa urusan perbankan. Kiri kanan, sudah ada rakan seangkatan memegang portfolio urusan kehidupan, yang serba sedikit memudahkan kelancaran proses dan kelicinan urusan dan keperluan menurut. kehendak semasa. Tengaharinya menyelinap di sekitar KLCC mencari beberapa bahan bacaan terkini untuk bekalan pembacaan dan pengetahuan umum yang seharusnya diketahui. 

Sukar dibicarakan diatas kemelut kehidupan dibandaraya besar, ibukota, yang meruntun penghuninya terkial kial dengan aktiviti kehidupan sepanjang zaman. Acapkali, sekerap sebulan 2 hingga 3 malam, disini melihat dan meneliti ragam kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar. Siapa peduli, dan tiada siapa yang ambil kisah, masing masing ada adab tersendiri, itulah budaya kotaraya besar, yang menyelinap kepelbagaian kerenah dan mehnah.

Petangnya, menghabiskan sisa waktu hingga kelibat malam, bersama sama rakan rakan sepersekolahan di rimbunan batu batan, di pinggir Kuala Lumpur, bercerita kisah kisah kehidupan, keluarga dan ragam anak anak yang membesar. Masing masing dengan pendekatan dan interaksi, kepelbagaian asam garam laluan pengalaman dan menyelubungi kehidupan pra pencen.

Begitu cepat generasi itu berlalu, kita telah separuh usia, meniti liku liku penghujung usia. Malam tetap berlalu, menunggu siang, dengan aktiviti kehidupan, lagi ada kudrat dan tenaga bersisa, kita dengan kisah kisah kehidupan.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan