Laman Utama

28 Mac, 2011

Kesepian Seorang Tua. (...posted by Sham)

Sent: Sat, 26 February, 2011 2:04:04

Rata rata rakan rakan yang telahpun mencapai usia emas, telah 50 tahun masehi, kita lalui dengan nada rasa mahu atau tidak, ianya pasti dilalui dengan perasaan yang serba serbi dan pelbagai, kenangan manis nun jauh dilubuk hati, tersenyum sendirian mengenangkan kisah kisah silam, yang mana tidak mungkin ada peluang untuk melawan arus, setapak usia dilalui, serasa kesepian dalam lubuk hati, kemana gerangan kita untuk ke semudera kehidupan yang melalui hujung usia, tidak ketahui, bila bakalnya pulang menemui Tuhan Penciptanya. Kenangan pahit disimpan dilubuk hati untuk disimpan dalam bentuk guntingan epik dan sastera, bagaimana kepahitan itu dicernakan selaku ubat dalam melegakan tindakan dan halatuju kehidupan.

Kita telah lalui bait bait kehidupan ini dengan pelbagai rasa dan pengalaman, ada yang melangkaui batasan dan ada yang diatas garisan, sisipannya jua ada yang berpeluang, dan keterlanjuran itu digenangi rasa kesal dan tidak diulangi lagi kesilapan lalu.

Roda roda kehidupan diselubungi dengan kerahsiaan, yang tidak dilampiaskan pada sesiapa, digenangi dengan laluan kesepian seorang tua, yang dikongsi dengan rakan rakan seangkatan, agar ianya menjadi pagar pagar kehidupan, dikongsi pengalaman silam, untuk tidak diulangi di akhir usia, yang bakal dipersoalkan dihari kemudian.

Kesepian Seorang Tua, hanya terubat dengan diceritakan laluan kehidupannya untuk dinukilkan, agar ianya dihambur dari lubuk hati, demi dilampiaskan dari kotak kotak yang biasa merobek hati, jika bersarang disudut hati.

Agar kita yang sama sama melalui sketsa kehidupan seorang tua, yang jitu pengalaman silam, biasa tenang dengan laluan laluan kehidupan yang melankoliknya selaku ombak deras membaham pantai. Sentiasa iltizamkan diri, agar kita biasa tenang dihari akhir usia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan