Laman Utama

28 Mac, 2011

Renungan Di Usia Senja. (...posted by Sham)

Sent: Thu, 17 February, 2011 21:33:08

Ada terdapat 3 perkara dalam alam kehidupan kita, iaitu kedudukan, wanita dan harta. Dan ketiga tiga itu adalah ujian yang amat besar yang dilalui saban hari, dan saban tahun disepanjang kehidupan dunia. Calang calang bekalan dan runtunan hawa yang tidak terkawal, biasa menjerumuskan ahli abid, yang sepanjang hidupnya beribadah sentiasa, pemantapan ilmu, memerlukan pengorbadanan yang mempertaruhkan harta yang ada untuk dipelajari, difahami dan diamalkan.

Ilmu tanpa amal, menjerumuskan segalanya, amal tanpa ilmu, merosakkan. Untuk selamat serba serbi, ilmu, faham dan amalkan apa jua ilmu, yang biasa diketengahkan di permukaan keadilan, yang mana mulut tidak akan boleh berkata-kata, hanya amalan yang baik, yang bakal membela di hari kemudian.

Sementara umur masih ada, masih ada hayat dikandung badan. Biarlah kehidupan ini menjadi landasan dan jambatan untuk dijadikan kehidupan dialam tinggi.

Ujian demi ujian, adalah untuk mengukuhkan, keberadaan kita di kehidupan sementara. Sebelum sakit, sebelum miskin, laksanakan apa yang dituntut untuk kita lakukan.

Selamat berjuang kawan kawan, melalui sisa sisa umur yang ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan