Laman Utama

28 Mac, 2011

Musim Cuti Sekolah (...posted by Sham)

Sent: Mon, 14 March, 2011 14:19:37
Subject: [7378] Re: Musim Cuti Sekolah (2)

Seni memindahkan dana dari poket orang lain ke poket empunya pengumpul dana, adalah seni yang tidak pernah diajar secara langsung di institusi sekolah mahupun universiti, kita diajar dengan ilmu ilmu yang pelbagai sebagai bekal mengukur dan mengesahkan tindakan selaku pemutus dana, yang diperlukan.

Lihat saja, survival menentukan keberlangsungan kehidupan yang kompleks, lebih lebih lagi pada dunia yang berubah, meruwetkan keadaan si aktor aktor yang menjadi pelaku dan pemutus sesuatu keputusan.

Dalam menentukan rezeki, kita selaku aktor, hanya mampu berusaha menggilap dan berusaha kearah itu, mampu peroleh laba dan sebaliknya, hanya keadaan saja yang menentukan.

Kejadian tsunami melanda Jepun, beberapa hari yang lalu, dapat dilihat akan kesengsaraan yang melanda, semuanya adalah ujian yang menimpa ummat disitu, agar yang disekelilingnya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku, agar kita mengingati, bahawa kewujudan kita semata mata adalah selaku aktor yang diberi tanggongjawap melaksanakan pelan pelan yang dijanjikan Pencipta aktor berkenaan.

Kita hanya mampu berusaha, ketentuan bulan dari kita yang bersifat kerdil.

Selamat berusaha rakan rakan. Esok tidak pasti apa yang berlaku.

------Original Message------
Subject: Musim Cuti Sekolah (1)
Sent: Mar 14, 2011 7:35 AM

Sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala Lumpur semalam, persinggahan pertama, di Kg Bikan, berhampiran Merbau Pulas, di kawasan Parlimen Padang Serai, singgah sebentar meraikan rakan sekenderaan menziarahi ayahnya disitu. Diselit dengan hadiri kenduri kahwin disitu, observation dari situ, diraikan 3 mempelai disatukan di salah sebuah rumah sepupu sepapat Roslan, khenduri diurus secara berderau, dilaksanakan seperti 30 tahun silam di daerah Kuala Kangsar, suatu perkara yang menarik dilihat, lebih lebih lagi keadaan persekitaran ekonomi yang mencabar dewasa ini, suasana kampongan, yang kebanyakannya memburuh menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.

Bagi generasi terkemudiannya, membanting tulang dibandar bandar berhampiran, bekerja di sektor perkilangan di kawasan Kulim High Tech. Keadaan kehidupan seperti ini, yang simplistik, jauh berbeza di Lembah Kelang, yang rata ratanya di diami aristokrat dan kelas menengah, yang beroperasi selaku mediator dalam membangun struktur ekonomi negara. Disana sini kedapatan generasi baru, dengan dimensi baru, berkomunikasi di warung warung kopi berinternet, yang rata ratanya diberikan wifi access, untuk melamakan duduk bersembang, sambil menikmati hidangan di kedai yang menjual makanan ruji Malaysia, terdiri dari roti canai, mee goreng, dan seadanya untuk alas perut menarik gebar di sepanjang malam.

Sinonim cuti persekolahan, kenderaan bersusur galur, hilir mudik, merentasi lebuhraya dari Taiping ke Kuala Lumpur, disepanjang kawasan Rehat dan Rehat dipenuhi kenderaan di parking bay, yang memustahilkan untuk singgah menarik nafas.

Asalnya dirangka program untuk hadirkan diri menghadiri mesyuarat di Shah Alam, tidak kesampaian, jam 10 malam baru sampai di Kuala Lumpur, keletihan menyelubungi malam yang panjang dengan mimpi mimpi yang panjang, mainan tidur, sama ada diimpikan yang lunak lunak, dan yang mencabar untuk diputuskan tindakan terbaik.

Hari ini, diprogram semula dengan aktiviti mencari ruang dan luang seharusnya untuk kelangsungan kehidupan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan