Laman Utama

28 Mac, 2011

Kenangan 1994-1997 (Chapter 4&5 ...posted by Sham)

Sent: Sat, 12 March, 2011 18:45:23
Subject: [7378] Re: Kenangan 1994-1997 (5)

Kemanisan madu, bisa menjadi ubat, kenangan bisa terubat dengan kesukaran kesukaran silam, tapi sketsa kehidupan terus berjalan dengan kebejurusan silam, bisa mengubah jatidiri menjadi insan yang survival keatas laluan kehidupan. Kehidupan diteruskan selagi hayat masih ada, rezeki terbuka luas, menjadikan dunia tanpa sempadan, untuk direbut peluang yang sentiasa terbuka.


------Original Message------
Subject: Re: Kenangan 1994-1997 (4)
Sent: Mar 10, 2011 10:12 PM

Kesekian lamanya kenangan silam, bermain di fikiran, sesedarnya sudah 15 tahun berlalu, aku sudah melalui saat saat getir, bergelut dengan kehidupan, membina kerjaya, agar membesarkan generasi terkemudian , dengan keadaan yang berbeza, dunia maklumat, semuanya dihujung jari, yang difikirkan mustahil berlaku pada tahun tahun terkemudian, pengalaman silam banyak mengemudi olahan tindakan, agar bersesuaian untuk menjadi relevan diabad kini, masa kini, dimana tiada sempadan maklumat yang tidak dicerebos, lebih lebih lagi kecanggihan sistem maklumat kini, hampir mustahil, kita boleh berundur ke alam sebelumnya, melakukan kerja dengan secara manual, sebelum komputer diapplikasikan dalam bentuk maklumat dihujung jari.

Diimbau, pengalaman mengkaji zaman 15 tahun terkebelakang, dan jika inilah amalan pada masa kini, hampir mustahil rasanya untuk mengkaji dan menjadi pengkaji yang bermaklumat, yang diperlukan adalah gadget teknologi maklumat, disambungkan dengan internet, dan fizikalnya bergolek gelandangan dirumah mahupun dipejabat, dengan kata kekunci, apa yang nak dicari, aku terus mengkaji.

Lagi diselam, semakin dalam dasarnya, semakin kerdil jadinya, itulah sketsa kehidupan baru, yang dikaji dan terus mengkaji, tidak diketahui hujungnya, kemana gerangan. Namun kayuhnya diteruskan, tanpa memberhentikan perjalanan, yang bakal jatuh, jika kayuhannya terhenti.

Moga kesempatan dan sisa umur yang ada, dilalui dengan jalanan yang ada sedikit manafaat, kepada manusia dan keseluruhan alam sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan