Laman Utama

10 Mac, 2011

Kita dan Kenangan: Sebenarn (...posted by Yasin)

Sent: Sat, 5 February, 2011 11:11:29

 Untuk yang mengikuti dari tadi dinihari

......dan ia mengerakkan kita ke hadapan. Aku dapat merasakannya. Aku berusaha dan mengawal perjalanan hidup aku adalah kerana rentetan insiden dalam hidup. Alhamdulillah, aku beroleh beberapa kejayaan setakat kemampuan aku....dan ia bertitik-tolak dari kenangan itu suatu ketika dahulu....!
 ....... yang melamun kerana kenangan itu, adalah mereka yang "terbantut" kerana gagal menerajui perjalanan hidup.

    ....sesekali kita singkap, untuk lebih "sedar diri". Apakah aku harus lupakan "kenangan bersama ibuku"...contohnya...
     Benarlah Man, CPO, Nin, Zam, dan yang membaca, "separuh jiwa aku tertimbus sewaktu tanah-tanah itu menutup tubuh kaku ibu aku. Aku anak yang terakhir keluar dari liang lahad,.... DAN aku simpan amanatnya.  Aku jadi pedoman dan panduan serta azimat untuk terus hidup, melangkah dan dalam waktu yang sama aku sentiasa bersama kenangan.
    Tidak aku menkadi "pengeluh takdir"!!

Salam Hormat
Yasin Ismail




Tiada ulasan:

Catat Ulasan