Laman Utama

12 April, 2011

Fenomena Kejadian Alam Untuk Kita Berfikir... (posted by Sham)

Sent: Thu, 31 March, 2011 7:08:38

Baru sekitar 3 minggu yang lalu, kita digegarkan dengan berita tsunami melanda Jepun, maka banyaklah kemusnahan hartabenda dan nyawa melayang sekelip mata. Dari timbunan harta yang menimbun, kemusnahannya digarap sebentar cuma, walaupun ada pendapat pendapat dari rangkaian blog linkedin, Business In Japan, Jepun bakal bangun semula, dengan membawa semula pulang pelaburan pelaburan dari luar negara untuk dibangunkan semula, kehidupan yang dirancang dan bagaimana yang diinginkan. Jika ditinjau dari sudut yang lain,  yang kaya, adalah golongan golongan pemodal, aristokrat dan borjuis, namun rata rata masyarakat adalah teramainya adalah masyarakat pengguna dan dari kelas menengah yang bekerja untuk kehidupan. Merenung apa yang telah hilang, adalah untuk kita menghitung, apakah kesilapan lalu boleh diperbaiki, apa yang kita rancang untuk masa depan, boleh dibaiki pendekatan untuk kebaikan keseluruhan alam sekeliling dan sejagat.

Cerita di Perlis, lain pula kisahnya, begitu juga di Terengganu, banjir melanda sekali lagi selepas tempoh 4 bulan, maka dipindahkan segala kenderaan ditempat tinggi, dan mengayuh basikal menjelajah tempat tempat yang perlu dilihat, almaklum, kerja naik basikal ini adalah suatu kerja lama, yang ditinggalkan sejak 1978 lagi. Sementelahan hujan tanpa henti beberapa hari yang lalu, dan 2 hari yang lepas, sambil bersembang sembang dengan Penyelia Program PhD, lantaran dia menyatakan bahawa di Hadyai telah mulai banjir diketika sembang 2 hari yang lalu, terbetik dihati, ianya bakal jadi kali kedua di Utara Semenanjung, namun keadaan ini, hanya dilihat selaku rutin harian, pergi kerja balik kerja, semalam, sambil melakukan kerja Lapuran untuk dihantar ke Suruhanjaya Syarikat, baru 2 jam melabuh dikerusi, lantaran dilihat dibawah diruang letak kereta, air telah mula masuk ke permukaan jalan, lantas, menyuruh beberapa internship dan staff meninggalkan pejabat, balik ke destinasi masing masing, sehinggalah keadaan surut semula, kebiasaan yang lalu, sekitar 10 hari baru boleh air dijalanan benar benar pergi meninggalkan permukaan jalan.

Jadual perjalanan ke Banjarmasin, telah dibatalkan, untuk ke Lapangan Terbang Kepala Batas, beberapa jalan telah putus. Begitulah sketsa kehidupan. Lali dengan keadaan, disamping memikir akan keEsaan Tuhan Rabbul Jalil, yang Maha Mengetahui Segala Perancangan dan Penyusunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan