Laman Utama

17 April, 2011

Sepetang Di Hujung Minggu (...posted by Sham)

Sent: Sat, 9 April, 2011 17:20:19

Sambil mengakses online library, sempat juga bertanya khabar akan rakan kita, Yasin yang masih di padang dengan acara balapan, dengan bunyi das pistol, tanda melepaskan permulaan acara sukan di padang.

Maaf Zam, walaupun telah dijadualkan untuk ke kenduri menyambut pernikahan anaknya, tetapi teman masih disisi komputer, mencari maklumat dan penemuan baru untuk dilapurkan dalam kajian kerja yang perlu dikemukakan, hampir sangat harinya.

Begitulah menyelidek sambil menemui penemuan lama, untuk dileraturkan dalam lapuran, sambil mengikuti perkembangan rakan rakan disana sini, hari ini, serasa sunyi dengan email yang masuk, ada agenda besar yang dilalui, sama ada tugas hakiki, bersama keluarga, dan juga pelbagai acara, aktiviti luar jangka, ada yang melancong ke luar negara, setelah lama memburu sasaran, dilampiaskan lelah itu dengan penajaan, agar kita bisa terhibur dengan lelah berkarya, kata orang seberang.

Apa sahaja dilakukan adalah untuk penyempurnaan tanggongjawab berkeluarga, agar kita bertanggongjawab pada yang dibawah jagaan.

Hakikat kehidupan yang menjurus kepada matlamat akhirnya, menjana kejayaan, dan ada dikalangan kita masih terus berkarya mencari kesempurnaan kehidupan, lagi dicari, makin ianya pergi, dan aktiviti mencari diteruskan, hinggalah panggilan wisel penamatnya ditiupkan.

Agar kita terus mencari kedamaian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan