Laman Utama

06 Julai, 2010

Bab 4 - Hikayat Kole O dan Curut... (posted by Amir)

Sent: Mon, 3 May, 2010 10:28:57

 

Alkisah, tidaklah ditahmidkan lagi oleh rakan-rakan dari Kole O sama ada yang tinggal di permukiman utara sungai atau di permukiman selatan sungai dengan kisah yang berbagai,ada yang bercerita tentang kisah-kisah yang sewaktu perguruan,kenangan semua mereka diingati satu persatu, sekira ada yang lupa pasti ada yang mengingatkan, tidaklah hilang dari ingatan akan kisah-kisah itu. Burung utusan tiadalah berhenti terbang menghantar utusan, akan tetapi burung yang dilatih oleh ahlinya tidaklah mengecewakan empunya burung, utusan yang dihantar semakin banyak bilangannya dan berbagai.


Tiadalah yang tidak terlepas dari rakan-rakan seperguruan itu dengan kisah masing-masing,akan adanya kisah-kisah lampau yang masih dikenang hinggalah ke berita sedih, kerana ada rakan mereka yang kerjanya sebagai perwira hulubalang telah jatuh sakit, dimaklumkam tabib sakitnya itu, sakit jantung, meskipun tiadalah parah tetapi dibawa orang jua ke rumah sakit di kota negeri untuk dirawat. Sakitnya itu dikata orang akibat bermain sepak raga  bulat,sememangnyg di petang hari sewaktu bermain permainan itu amatlah dia bersungguh-sungguh hingga tidak sedar diri yang kemampuan dan tenaganya tidaklah seperti orang muda, usianya sudah mencecah hampir setengah abad, apa lagi kesihatan sendiri tidak terjaga, dicerita orang tinggalnya sendiri jua kerana isterinya telah kembali ke rahmatullah,simpati dan amat kasihan serta ambil berat jua dari rakan-rakannya. Ada juga rakan-rakannya mau mencari jodoh untuknya akan tetapi tiadalah yang berkenan di hatinya lagi.


Sakit sang perwira itu tidaklah jua kebah,maka dibawa orang ke rumah sakit khas untuk orang yang sakit jantung, tabib di rumah sakit yang ahlinya dalam ilmu jantung tidaklah membuang masa lalu merawatnya dengan segala ilmu perubatan yang ada di rumah sakit itu. Adapun rakan-rakannya pun datang menziarah, ada yang datang dari jauh, ada yang datang dari dekat, amatlah berduka akan semua mereka. Akan tetapi perwira itu seorang yang hatinya keras dan degil, telah dinasihati oleh para tabib jangan menghisap rokok tetapi tidak dipedulinya, sememangnya dia tahi rokok! Rakan-rakan tiadalah ikhtiar lagi untuk dia berhenti dari menghisap rokok,mungkin juga sewaktu permainan sepak raga bulat itu dia menghisap curut. Agak terkilan dan menyesal juga rakannya yang memberi dia curut,mungkin curut punya angkara! Terdetik dihatinya menziarah perwira itu akan tetapi tidak terdaya kerana dia dihantar berguru oleh ketuanya dalam minggu ini dan tidaklah tamat di minggu mendatang,sungguh kecewa hatinya,sebak di dada tiada tertahan lagi bak dihiris sembilu.


Rakan-rakan seperguruan yang menziarahi perwira yang sakit itu tiadalah berganjak mereka di rumah sakit itu mengabarkan keadaan rakan yang sakit kepada rakan-rakan yang tidak dapat menziarahinya, akan berita yang dikabarkan melalui burung utusan itu terkandungnya juga berita sang perwira telah diubati dan dirawati meskipun tiada sembuh sepenuhnya. Apa yang lebih penting adalah si perwira hendaklah lebih menjagai dirinya sendiri dan menyedari akan perlunya seseorang itu teman hidup untuk menruskan kehidupannya.


Setelah diamat-amati berbagai perkara dan hal yang dibincangkan antara rakan-rakan lama itu,tiadalah yang jemu dan muak mereka berceritera. Masakan tidak, hal-hal yang dibincangkan oleh rakan-rakan seperguruan ini tiadalah terhad isinya, berbagai hal sama ada yang berat-ringan,besar-kecil,panjang-pendek,suami-isteri,kahwin-cerai,agama,keluarga, bagaikan semuanya ahli.Mungkin juga semua mereka itu ahli,memang mereka semua mereka itu ahli! Tiada soalnya lagi.Sekiranya diamat-amati tulisan-tulisan semua mereka boleh dijilidkan dan dijadikan sebuah buku, apa bentuknya tiadalah diputuskan lagi,biarlah dipilih sendiri oleh semua mereka,mungkin juga nanti ada yang mengusulkannya.


Sementelahan itu, Belalang yang telah meninggalkan desa Kole O sejak kelmarin terpinga-pinga di persimpangan jalan ke utara dan jalan ke selatan, kerana tiadalah dia maklum akan ke arah mana hendak dituju. Ketinggian akalnya menyelesaikan masalah desa sememangnya terbilang,akan tetapi dalam perkara dirinya sendiri amatlah dangkal, masakan tidak orang yang hendak dicari tiadalah dia tahu tinggal di dearah mana, sama ada di utara atau di selatan, cuma yang diketahuinya jenis curut dan bentuk tubuh empunya diri. Belalang tiadalah tahu yang lain, matanya memandang ke kiri dan kanan,musykilnya ia bagai orang sesat jalan, kepala di garu meskipun tidak gatal. Langsung di hatinya berkata "ah kenapa tidak ku selidik perkara ini terlebih dahulu sebelum berangkat dari desa, sudah biulkah aku ini". Maka tiadalah ia berganjak dari persimpangan itu,mujur juga di tepi jalan itu ada pondok kecil untuk dia berteduh dari panas terik matahari, sepanas matahari itu begitu jugalah panas hatinya akan dirinya sendiri yang tidak usul periksa akan di mana permukiman ayah yang dicarinya itu. Tidak berapa lama kemudian datanglah sebuah kereta lembu dari arah utara lalu berhenti di hadapan pondok kecil itu, penyetir kereta lembu itu lalu menegur Belalang akan apa halnya dia di situ,dibilang akan Belalang dari awal hinggalah ia berehat di pondok kecil itu kepada penyetir kereta lembu. Penyetir kereta lembu itu langsung bersetuju menumpangkan Belalang ke daerah selatan tetapi di desa atau kota mana tidaklah ia berjanji. Belalang tidaklah menolak akan pelawaannya, dia pun lalu memanjat ke belakang kereta lembu, setelah dia duduk dengan selesa di- perhatikannya berguni-guni muatan tersusun rapi, lalu ditanyanya penyetir akan isi guni-guni itu,dijawab penyetir itulah guni-guni berisi curut yang dibawa masuk dari negara jiran di utara, selain itu katanya ada juga guni berisi tembakau. Belalang agak terkejut akan muatan kereta lembu itu,apatah lagi dengan kandungan dalam guni yang semakin kuat mengeluarkan bau tengik dan langsung memutarkan dan meminarkan kepalanya........sejurus itu hatinya berkata-kata "#@^*! celakalah akan diriku ini.



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan