Laman Utama

03 Julai, 2010

Kehidupan Seharian... (posted by Sham)

Sent: Mon, 19 April, 2010 8:13:30

Sebermula subuh yang hening ini, kita majoritinya, mengejutkan anak anak untuk bersiap siaga untuk menghadapi situasi alam anak anak untuk ke sekolah. Bagi yang masih ada anak anak yang menjinjing buku ke sekolah merupakan rencah harian yang pasti menyibukkan suasana pagi.

Seluruh kehidupan direncanakan menurut keperluan anak anak untuk melalui liku liku persekolahan. Beginilah keadaan suasana pagi pagi di hari hari persekolahan. Situasi yang berbeza dimasa kita sendiri bersekolah 32 tahun yang lalu, tidak sama dizaman kini, dimana anak anak dihantar kebanyakkannya oleh ibu bapa, berbeza dizaman kita, ada yang berbasikal, melangkah sungai dengan bot dan sampan, menaiki bas dan ada yang berjalan kaki, bagi yang menginap di asrama pula mempunyai pengalaman yang berbeza pula.

Ketidaksamaan ragam kehidupan ini mengayakan pengalaman kita melalui rentetan kehidupan yang berbagai.

Dewasa ini, anak anak dihantar sama ada melalui mobil mahupun skuter ke sekolah oleh kedua ibu bapa mahupun oleh abang atau kakak mereka yang sulung, mahupun yang atas dari mereka.

Situasi berbeza ini, memanjakan mereka dari suasana berubah, lantas perubahan masa dan peredaran zaman, mengikat keupayaan anak anak bertindak dan berfikir, daya tahan dan jati diri, yang hampir tidak sama terhadap apa yang dilalui, oleh kedua ibu bapa anak anak kita.

Lantaran itu, anak anak sering melontarkan kepelbagaian permintaan yang bukan bukan kepada ibu bapa, yang rata ratanya, kita semua selaku genre itu.

Beginilah kehidupan dulu dan sekarang!

Selamat Berjuang Rakan Rakan ku. Membesarkan Anak Anak adalah majoriti agenda kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan