Laman Utama

22 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan - II (...posted by Sham)

Sent: Thu, 8 July, 2010 23:24:26

Teman memulakan langkah "be your own boss", sebaik sahaja menamatkan khidmat dengan Felda, pada 15.11. 1994, iaitu setelah menamatkan cuti tanpa gaji selama setahun, mulai 16.11.1993 hingga 15.11.1994. Tempoh setahun bercuti dari khidmat hakiki dengan Felda, 6 bulan pertama, membantu perniagaan syarikat milik keluarga mertuaku, berasaskan kilang padi di Perlis, pengalaman pertama mengurus enterpris berasaskan dagangan beras, namun "term of reference" nya tak berapa nak menarik, 6 bulan keduanya, teman memohon lesen setiausaha syarikat dengan Pendaftar Syarikat, ditemuduga melalui rekomendasi rakan sekerja perkhidmatan pengurusan di Shah Alam. Langkah awalnya, beli Manual Praktis Setiausaha Syarikat, dihafal dan dihadhamkan isinya, dan mengkaji Akta Syarikat 1965.

Temuduga ini berjaya dilalui dan diluluskan untuk memegang Lesen Setiausaha Syarikat. Surat kelulusan praktis ini diterima pada 14 Nov 1994, iaitu sehari lagi tamat tempoh cuti tanpa gaji, dah diarahkan bertukar melapur diri di Felda Mata Air Padang Besar(U).

Memikirkan dah hampir 13 tahun di Felda, menghambur khidmat, memugar tanah rimba nun jauh dipendalaman, jauh dari arus komunikasi dan kemudahan asas,
Maka atas faktor itulah, nekad meninggalkan perkhidmatan itu dan terus menerajui HDL Management Consultancy Sdn. Bhd., syarikat yang dibuka, masa tu, menghambat pink form MOF, semasa Dato Seri Anwar Ibrahim menerajui MOF, dapatlah 5 lot saham Malaysia Smelting, dibeli 2 ringgit, dijual 6 ringgit, berasaskan jualan itulah dijadikan modal untuk note book pc dan printer hp, semasa itu bernilai RM 9500. Lebihan dari situ digunakan untuk alatan pejabat di Kompleks Mara Kangar, Perlis.

Terbiasa dengan cukup bulan, tekan mesin ATM Kawanku, namun setelah melampiaskan diri dengan dunia dagang, maka berubahlah dimensi kehidupan dengan mengubah hala tuju kehidupan berencana makan gaji kepada gaji makan tuan!

Terlanjur, dah berjinak jinak dengan dunia perundingan dan pengurusan, teman menyambung di peringkat Sarjana Sains  Pengurusan di UUM Sintok mulai Sessi Jul 1994 hingga Disember 1996. Dan dianugerahkan pada 1997.

Namun apa yang kita fikir ketika itu yang muluk muluk dan indah indah segala, namun serangan tsunami ekonomi, dengan serangan kegawatan, meruntuhkan idealisma, yang sebelum ini, sedang rancak mengorak langkah, mengumpul dana untuk di jadikan pelbagai portfolio, terbantut dengan sekelip mata, berhempas pulas menyelamatkan perniagaan dan enterpris yang dibina.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan