Laman Utama

08 Julai, 2010

KISAH SEMALAM (...posted by Sham)

Sent: Thu, 20 May, 2010 10:52:43

Perjalanan hidup dari alam anak anak hingga lah apa yang kita ada disekeliling kita, telah banyak mengolah pergerakan dan pergolakan hidup, dari yang tiada kepada ada, melalui tajribah (perjalanan kehidupan), yang pelbagai onak dan duri menusuk di jalanannya. Namu itu semua adalah asam garam kehidupan, yang mana menuju kehidupan maknawi dan hakiki itulah jalan akhirnya. 

Rentetan dari sahabat kita, Mior Puat di rawat di IJN, disitu terdapat kisah baru dalam perjalanan kehidupan kita, mengenai kisah kisah manusia dan alam sejagat, masalah yang terlalu kompleks dan meruwetkan keberlangsungannya perjalanan. Setiap masalah yang dihadapi, disitu pasti ada jalan keluarnya, sama ada ianya umpama sekilas cahaya lutsinar menembusi batang tubuh, ataupun lilin yang berbalapan berkedip kedip menyinari kegelapan. Kita hanya mampu menilai luaran tabii seseorang, namun dalamannya tidak diketahui, apa yang terbuku dihati sanubarinya. Belajar dan terus belajar, mengenai insan dan tabiat keinsanan ini terus berkayuh tanpa hentinya, ibarat anak kecik mengayuh basikalnya, lantaran terhenti, maka ianya biasa jatuh menyembah bumi.

Karekter manusia, dalam kajian sosiologi dan antropologi, bersandarkan budaya dan alam kebiasaan sesuatu nusa dan bangsa, bagi kita yang terbiasa dengan adab ketimuran, nilai budi ini dikendung, dan diingat hingga mati. Peradaban yang melalui alam globalisasi, merentasi sempadan benua, membolehkan kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik. Ambil yang baiknya, yang buruk dikesampingkan.

Begitulah keadaan sekitar kita, yang dinamik dan acapkali peranan kita dan tindakan kita berubah sekedip mata, umpama hati yang menjadi raja seluruh anggota badan. Sekali air bah, disitu berlaku perubahan.

Anuti ia dengan perjalanan kehidupan yang berubah dan dinamiknya perubahan pantai, bila ombak melanda. Behitulah kehidupan , kawan kawan. Sementara hayat masih ada. Semalam adalah kenangan, dan tidak berubah pantai tanpa pertautannya ombak.

Jalani kehidupan seadanya, usah difikirkan, apa yang tidak terjangkau di tangan, hentikanlah setakat itu. Biarlah labu terjun dengan labu labunya.

--
HISHAMUDIN ALLI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan