Laman Utama

05 Julai, 2010

Kisah Indahnya Persahabatan... (posted by Amir)

Sent: Fri, 30 April, 2010 2:44:20

Salam para sahabat ku, terharu kali akan perginya sahabat ke negara orang demi tugas yang diamanahkan,tabahkan hati mu sahabat.Tiada yang lain yang dapat ku sampaikan cuma coretan pendek ini untuk santapan minda mu............

 Syukur alhamdulillah.......indahnya persahabatan,apa yang kita alami, demi sahabat kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menuntut pelbagai dugaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi dugaan itu bahkan bertumbuh kerananya.....

Persahabatan tidak terjalin secara mendadak tetapi memerlikan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka,dihibur-disakiti,dipedulikan-dikecewakan,didengar-diabaikan,dibantu-ditolak,namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses daripada teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan daripada kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian,pertolongan dan pernyataan  kasih daripada orang lain tetapi justeru itu berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah sebahagian daripada kehidupan sahabatnya kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.

Semua orang pasti menghendakkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang telah menikamati indahnya persahabatan,namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Dalam masa kejayaan teman-teman mengenal kita.Dalam masa kesengsaraan kita mengenal teman-teman kita.

Ingatkah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda? 

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai?

Siapa yang ingin bersama saat anda tidak mampu memberikan apa-apa?

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah persahabatan anda dengan mereka.........



Amir Md Akhir
30 April 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan