Laman Utama

21 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan (...posted by Sham)

Sent: Thu, 8 July, 2010 21:39:14

Sepanjang bulan April hingga Jun, adalah musim yang ketat bagi sesetengah teman teman kita dalam dunia korporat, terutamanya yang melibatkan syarikat syarikat yang menutup akaunnya December, 2009, yang mengenakan adanya Mesyuarat Agong Tahunan bagi syarikat syarikat dibawah seliaan.

Selaku tanggongjawab pada pelanggan ini, tidak terkecuali bagi teman, yang sebahagian dari sistem itu, agak kesibukan dan kesuntukan masa untuk menyumbang akan tulisan tulisan yang mengaitkan realiti kehidupan dan realiti semasa.

Dalam kesibukan dan kebejatan ekonomi yang tak menentu, disamping komitmen terancang yang diatur sendiri, serba sedikit meruntun kedudukan mudah tunai yang merencam suasana dan mengawatkan suasana kehidupan.  Beginilah keadaan sebahagian dari kita yang terlibat dalam dunia niaga. Tidak terlepas jua bagi rakan rakan yang berkerjaya tetap, tetapi dengan tanggongan yang melibatkan pendidikan anak anak , terutama yang menuntut di IPTA dan IPTS.

Waktu di usia ini, sebahagian besarnya, masih lagi menanggong keluarga, yang terdidi dari anak anak yang masih dibangku pengajian. Suasana kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dahulu, jauh berbeza dari suasana kita membesarkan anak anak dikalangan kita kini.

Sistem berubah, dulu kebanyakan kita menuntut di IPTA dengan yuran minimum, tapi kini, telah membobrokkan poket kita dengan sebahagian besar pendapatan dicurahkan pada mereka. Beginilah peredaran masa, yang memerlukan kita melangkah lebih jauh, menguruskan dana dana yang terhad kepada perbelanjaan keatas portfolio yang lebih diberi keutamaan. Kita kena bijak mengatur dan mengurusnya secara meminimumkan risiko masa hadapan.

Sekali kita terlanjur silap merancang, keseluruhan sepanjang kehidupan ini terancam dengan permasalahan ini.

Dalam masa 1994 hingga 2010, pengalaman silam mengajar akan erti hakiki kehidupan. Semasa teman menceburkan diri dalam kerja buat ini, tahun pengenalan kepada dunia dagang, 1994 adalah tahap ekonomi, ditahap puncak, sehinggalah akhir 1997 telah merudumnya sistem ekonomi dengan kegawatan yang biasa merubah kehidupan, atau dipanggil tsunami ekonomi.

Diikuti dengan tsunami politik yang menggoncang kestabilan status quo mengurus negara. Sebahagian besar dari kita, yang terlibat dengan dunia niaga, tidak terlepas dari percaturan ini, demi mencari survival kehidupan untuk meneruskan apa yang telah diberi komitmen sebelumnya. Keadaan itu tidak mengupayakan kita mengubah waktu kebelakang, melainkan terus melaluinya dengan jiwa yang penuh mengharap. Apa lagi bagi yang nak baru bertapak dalam mengharungi kehidupan secara "private enterprising, be your own boss."

Bersambong.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan